CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Amboi! Angsa Pun Reti Menunjuk-nunjuk Ya?

13-8-2021 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1721| Komen: 16

Description: Beberapa pakar mendakwa bahawa foto menunjukkan seekor angsa terbang dalam keadaan terbalik adalah kerana mahu menunjuk- nunjuk kepada angsa lain, lapor laman metro UK semalam.
Beberapa pakar mendakwa bahawa foto  menunjukkan seekor angsa terbang dalam keadaan terbalik adalah kerana mahu menunjuk-nunjuk kepada angsa lain, lapor laman metro UK semalam.

Foto angsa tersebut yang dirakam jurugambar amatur, Vincent Cornelissen menunjukkan angsa itu  terbang dalam keadaan terbalik di Arnhem, Belanda pada Mac lalu.



Kredit foto: Mirror

Foto tersebut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai.

Cornelissen meyakinkan orang ramai bahawa angsa berwarna kelabu gelap itu berada dalam keadaan baik dan hanya cuba membuat kawanannya kagum dengan muslihat yang baru dipelajarinya.

Pergerakan angsa itu  dikenali sebagai whiffling apabila ia cuba turun dengan cepat dalam pergerakan zig-zag.

Pergerakan itu juga dikatakan merupakan kaedah mempertahankan diri daripada haiwan pemangsa.

“Angsa itu melakukan gaya terbang tersebut untuk mengagumkan kawanannya, seolah-olah ingin berkata ‘Hei, lihatlah saya’.


“Seorang profesor dari Universiti Istanbul turut menyunting gambar saya dengan meletakkan anak panah padanya bagi mengajar pelajarnya tentang aerodinamik,” kata Cornelissen. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 13-8-2021 11:05 AM
Riak dan angkuh yachhh angsa ni
Nasib comel so iol maafkan
Quote krustykrab 13-8-2021 11:18 AM
Binatang pun dh pandai tiru sifat angkuh manusia...
Quote KIM.K 13-8-2021 11:18 AM
Hebat la leher dia menten 180 darjah tak goyang pun
Quote ahlisihircute 13-8-2021 11:33 AM
Dahsyat angsa nie....
Quote MissyMolly 13-8-2021 12:07 PM
Ni tektik nk mengorat nih.. mesti nk show off kat awek kan?? semuga berjaya yach{:run
Quote Fortiori02 13-8-2021 12:49 PM
Wah hebatnya, buat backflip sambil pusing kepala
Quote Ayda89 13-8-2021 12:50 PM
Disebabkan dia angsa maka boleh dimaafkan perbuatan angkuh beliau haha
Quote MsPercy 13-8-2021 01:23 PM
"Lihatlah wahai makhluk bumi, aku sekor je boleh buat cenggini. Ko ado? Hahahahaha"
Quote ikanmasin 13-8-2021 01:33 PM
angsa pun pandai menunjuk2 yer..hehehe
Quote any42 14-8-2021 01:50 AM
wahhh mnunjuk2 sape hebat utk pilih siapa lyak jd ketua angsa ke ni.
Quote Burong_Hantuk 14-8-2021 03:15 AM
Bila angsa naik angin ..better lari jauh2...
Quote Lengkong 14-8-2021 08:50 AM
mau yang lain jeles ni

Quote pearl.silver 14-8-2021 01:14 PM
Kucing bw balik khazanah mcm cicak, lipas, burung, pun iols rasa dia nk menunjuk kt kita dan kucing lain kat umh..

Bkn nya nk bg hadiah. Sapa ntah punya teori kata kucing bw balik tu as hadiah kt org.
Quote bebba 14-8-2021 02:16 PM
Kagum  
Quote gideoncross 30-9-2021 11:20 AM
Binatang klau show off mmg cute haha, klau mnusia show off mmg iol kahakkn je.
Quote noorhairiahma 30-9-2021 10:14 PM
Binatang pun ada sifat angkuh.

Orang kalau bersifat angkuh, rasa benci rasa nak tumbuk je.

Tapi kalau binatang angkuh, nampak omelangat

Lihat semua komen(16)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-1-2022 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.088187 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top