CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bayi Lahir Zaman Covid-19 Ada IQ Rendah?

15-8-2021 02:52 PM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 2895| Komen: 8|Original author: Oleh: akubujang

Description: Perkembangan Mereka Terjejas Sebab Ibu Bapa Tertekan Duduk Rumah.
Sesiapa yang ada anak kecil atau baru dapat bayi waktu zaman Covid-19 ni mesti perasan perkembangan mereka agak terjejas. 

Ingatkan ini tanggapan semata-mata, tapi rupanya memang ada kesan kena kurung waktu Covid-19 terhadap perkembangan IQ anak-anak kecil dan bayi ya. 


Satu kajian dibuat Brown University di Amerika Syarikat terhadap 672 kanak-kanak mendapati perkembangan kepandaian dan kongnitif mereka terjejas teruk disebabkan banyak menghabiskan masa di rumah kerana pandemik. 

Kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah paling teruk terjejas, disebabkan hanya duduk di rumah dengan ibu bapa yang tertekan dengan pandemik. 

Ibu bapa yang tertekan akan ada masalah interaksi dengan anak-anak mereka menyebabkan perkembangan kanak-kanak terbantut. 

Gambar Hiasan
Walaupun, saintis masih tak tahu kesannya kepada anak-anak kecil ini, mereka menjangkakan kesannya akan dilihat dalam beberapa tahun lagi. 

Sebelum pandemik, IQ bayi dan anak-anak kecil sekitar 100 dan akan berkembang bila mereka besar dengan syarat persekitaran mereka baik. 

Tetapi, untuk anak-anak yang lahir dan menghabiskan banyak masa di rumah kerana Covid-19, IQ mereka didapati hanya sekitar 78 sahaja! 

Menakutkan tak? 

Apa aktiviti anda buat dengan anak-anak di rumah supaya perkembangan tak terbantut? Jom kongsi! -CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dorotheas 15-8-2021 03:16 PM
Ye ke iq rendah....pernah tgk documentary the wolfpack,sekumpulan 5 adik beradik berkurung di rumah sejak dilahirkan hingga berusia 18 tahun di NYC..mereka di homeschool dan banyak meluangkan masa menonton movies ... Mereka semua cerdik2 belaka.. ye la kalau budak2 terkurung tanpa buat apa2 mmg la akan jadi bengap..sebabtu penting ibubapa luang kan masa didik anak2 dgn membaca buat activity berfaedah,insyallah anak2 tk jdi bodoh.
Quote sharlenetexas 15-8-2021 04:08 PM
EQ pulak macamana?
Quote TieKar 15-8-2021 08:38 PM
Mak bapak pun sama.. Menurun.... Asyik mengong***... Buat anak... Tp kalau family ada adik beradik harap ok... Tp mmg nmpk laa gak
Quote NekNgah 16-8-2021 11:35 AM
Macam-macam boleh dilakukan untuk tidak stagnant.  Otak orang dewasa juga perlu latihan, apalagi anak-anak.  Berbagai module boleh dicari dalam alam maya.  Gunakan untuk stimulasi otak anak-anak.

Anak-anak di kampung mungkin lebih bernasib baik kerana ada laman untuk bermain, ada binatang peliharaan untuk dilihat, ada flora dan fauna untuk dinikmati.

Apa aku mengarut ni labu.....
Quote damsel_fiji 16-8-2021 12:31 PM
tak covid pun..klu dari kecik ko sumbat anak tu dgn semakpon..jadik bengap jugak dekkk
Quote RatuDunia94 16-8-2021 12:38 PM
Bukan iq lemah.. tp more tu xde experience di luar rumah
Quote rosevelvet 16-8-2021 06:12 PM
Baby pkp kurang exposure. Tgk org lain selain family, dia akan nangis sbb stranger. X biasa pg tpt yg ada crowd. So bila bwk kuar pi klinik ke, mcm weird places bg dia
Quote Burong_Hantuk 17-8-2021 02:15 AM
Confirm kah info ni

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.053657 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top