CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

6 YouTuber Yang Video Tenang Je Tak Kacau Orang

16-8-2021 01:07 PM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 16569| Komen: 55|Original author: Oleh: akubujang

Tengok YouTube memang jadi kegemaran ramai orang sekarang, tapi kebanyakan video dalam YouTube kecoh sangat, bising dan penuh gosip.

Ada tak YouTuber yang video-videonya tenang saja menayang kehidupan masing-masing tanpa kecoh dan membuat kita berasa 'bestnya hidup macam ni'? 


Mestilah ada! Jom tengok enam YouTuber yang contentnya bagus, tengok pun rasa tenang, tak ada rasa nak bergosip dan memaki tak tentu pasal. 


1- Kominka Solo Life 

Youtuber lelaki berasal dari Jepun ni menayangkan kehidupan sehariannya di kawasan luar bandar Jepun. 

Videonya tenang, tunjuk kehidupan seharian, apa dia masak, bila dia pergi melancong, semua dilakukan seorang diri. 

Editing pun cantik, memang rasa macam seronok jugak hidup macam ni! 




2- This Is My Alaska


Channel ni masih baru, tapi videonya memang menarik sebab memaparkan kehidupan di Alaska. 

YouTubernya seorang lelaki yang mempamerkan kehidupan di Alaska. Kalau anda memang suka suasana bersalji sejuk ni, memang asyik duk tengok. 




3- Asu

Jika anda suka tengok orang buat benda baru, bonsai misalnya. YouTuber ni memang menarik. 


5 Youtuber Yang Video Tenang Je Tak Kacau Orang

Lelaki Jepun ni memang tak banyak bercakap, tapi video di channelnya memang menakjubkan, terasa macam nak buat jugak pun ada! 




4- Cooking Tree

Kalau anda penggemar video masakan, Cooking Tree menarik sebab dia memang tunjuk cara memasak je. Memang nampak sedap semua kek itu. Taklah bingit dengar suara yang terkepit-kepit kan? 




5- Haegreendal

Jika anda memang suka tengok video kehidupan orang tapi tak nak dengar orang berleter, channel ni memang best. Video menarik, rumah lawa, musik sedap. Tenang je tengok. 



6- Pete R- BucketListy Blog

Zaman Covid-19 ni memang teringin betul nak melancong! Tak kisahlah luar negara ke dalam negara kan? 

Ramai orang buat video melancong tapi seperti biasa, bising! Penuh tip dan macam poyo je. Tapi, channel lelaki Thailand ini memang indah, tengok pun buatkan kita nak pergi tempat dia pergi. 



Anda ada channel youtube tenang yang anda suka tengok? Ada tak YouTuber Malaysia yang buat video macam ni? Cuba bagi link di bawah. Bukan apa, kadang-kadang menjerit-jerit, rasa lawak sendiri paling best tu dah bosan tengok. Betul tak? - CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote solarlunar 16-8-2021 01:10 PM
Edited by solarlunar at 16-8-2021 01:22 PM

I tertarik dgn channel nie. Tp die bukan Malaysian lah. Studying ASMR.

https://www.youtube.com/channel/UCkPgEucgqedbckpzC2EUwIA
Quote airmineral 16-8-2021 01:12 PM
iols suka jonna jinton hehe
Quote tepisket.. 16-8-2021 01:24 PM
Suka tgok nino's home cooking
Quote bihunsiam 16-8-2021 01:31 PM
airmineral replied at 16-8-2021 01:12 PM
iols suka jonna jinton hehe

jonna jinton mmg best. cantik, suara best, scenary pun superb. eh bestlah teringin nak g iceland tu tp kt rumah aircond bawah 25 je pun dh gigil2
Quote Fortiori02 16-8-2021 01:37 PM
Iols suka tgk Kominka solo life sbb dia akan tunjuk cara dia masak guna benda2 yg dia petik dr kebun dia. Sayur2 dia fresh betul nampak.
Quote Beribear 16-8-2021 02:51 PM
Iolss suka hidamari cooking. Asmr baking dia tenang je bika tengok
Quote vee_zara 16-8-2021 03:36 PM
I mmg suka tgok video ASMR ni.. rasa tenang n release stress.
Quote lwyl 16-8-2021 04:00 PM
Saya suka cooking tree dan hidamari.
Quote SitiRopeah 16-8-2021 07:08 PM
Ala... TT ni, letak la sekali Youtuber pemegang Guinness World Records.

Liziqi Channel.

Very talented dan video dia penuh nilai tradisional dan ketimuran.
Aku tengok sambil berangan dapat stayback buat kerja kampung and enjoy life macam dia.

Aku baru discover her vlog/channel together with many others aesthetic content creator lain.

Mostly from Korea dan Jepun.

Kalau Korea banyak video simple life and tema 'Clean With Me'.

Kalau Jepun banyak yang related to living alone.

nak try tepek gambar tak reti, so aku try letak link k.

https://www.youtube.com/channel/UCoC47do520os_4DBMEFGg4A

[Mod, bagi kredit lebih sikit kat aku... aku sumbang info kan... hehehe.]
Quote SitiRopeah 16-8-2021 07:24 PM
Ni list yang aku ada:

1. Honeyjubu
2. Haegreendal
3. SisLetter (ni dua beradik gabung buat video from two different places)
4. Imamu Room
5. Hamimommy
6. Silviahome
7. Ivykitchen
8. Her 86m2
9. Dreaming House
10. Heymayday
11. Harugreen
12. Better Simple (ni banyak bagi idea simple life)
13. Milika
14. Bea Abella
15. Sueddu
16. Onul
17. Housewife Story
18. N Rizki
19. Dellie Ellie
20. Bomdam (suka sebab nampak real dan tak control or cover bajet easthetic sangat)

21. Nebom (ni pun best)
22. Dyeong
23. Yangsoop
24. Kylie Siow
25. Miku
26. Yunyogi
27. Nami's Life
28. Saeron Life
29. May Hock
30. Kimono Mom (hat ni famous)

Aku ada  banyak lagi nak list tapi tak larat nak taip.

Oh, ada satu vlogger Jepun ni, 'Paolo from Tokyo', dia buat mini vlog macam siri kehidupan sebenar masyarakat Jepun. Aku suka juga tengok.

Aku suka topik ni.
Bila rasa serabut, aku akan tengok video-video Liziqi atau simple life and cleaning video from the list, dan nanti rasa tenang, kadang-kadang motivated to do light cleaning i the house.

Maaflah panjang lak bebel. hehe
Quote missus_meow 16-8-2021 07:34 PM
SitiRopeah replied at 16-8-2021 07:24 PM
Ni list yang aku ada:

1. Honeyjubu

i pon minat tgk vlog paolo from tokyo ...
Quote SekeremKopi 16-8-2021 10:27 PM
Thank you share...bole layan untuk lupakan anxiety ni
Quote MsPercy 16-8-2021 10:34 PM
Aku buka youtube dgr lagu je.
Mmg xde follow mane2 youtuber
Tapi since aku dpt tips dr one forummer kat sini, terus aku melekat tgk video Raden Rauf.
Syok banget.
Ok die laki Indonesian dan video byk tips utk cewek2 mengenali cowok2 bila nak bercinta. So utk current situation mmg sesuai la utk aku nonton nya.
Quote Burong_Hantuk 17-8-2021 02:00 AM
Aku X blh tgk channel Jamil kucing...
Quote meisapoya 17-8-2021 06:47 AM
Suka tengok channel org jepun sbb mostly semua x bercakap/ minimal kecuali rachel & jun.
Quote gfjunki 17-8-2021 08:28 AM
suka jgk tgk paolo from tokyo.... kt mcm dpt rs experience org yg keje kat tokyo tu
Quote SitiRopeah 17-8-2021 03:56 PM
SekeremKopi replied at 16-8-2021 02:27 PM
Thank you share...bole layan untuk lupakan anxiety ni

moga baik-baik aja untuk you.

aku suka tengok cara orang enjoying their lives.

kalau kat sini mungkin orang rasa kaya mewah berduit itu bahagia,
tapi di tempat lain dalam dunia ini, ada yang lebih menghargai kehidupan sedia ada.

ada yang hidup sibuk, sharing about their busy life in a way we could relate.

ada yang suri rumah, tapi find peace in cleaning.

ada yang hidup sendiri tapi tak rasa sunyi.

so kita belajar untuk menghargai kehidupan yang kita ada.

positive vibes giturh... hehe.
Quote Lula2 17-8-2021 05:16 PM
I suka haegreendal tu..
Teringin buat youtube mcm ni tp mesti renyah kan kalau uruskan sorang2.
Nak letak camera kt mana angle apa semua. Makan masa punya job ni
Quote lotionmilo 17-8-2021 05:38 PM
I suka tengok reflexology by yutaka

Sampai boleh tertido lahh

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.045536 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top