CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Akan Benarkan Adik Pergi, Cikgu Boleh Marah Saya,"-Sweet Qismina Tak Setuju Sekolah Dibuka

15-8-2021 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6448| Komen: 53

Description: Keputusan kerajaan yang memutuskan sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka mulai 1 September depan menerima pelbagai respons daripada ramai pihak.
Keputusan kerajaan yang memutuskan sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka mulai 1 September depan menerima pelbagai respons daripada ramai pihak.


Pelakon Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi merupakan salah seorang yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut memandangkan buat masa ini pelajar sekolah belum menerima suntikan vaksin.

Kata Sweet, dia tidak akan membenarkan adik perempuannya kembali mengikuti pembelajaran di sekolah kerana bimbang dengan keselamatan memandangkan kes Covid-19 masih membimbangkan ketika ini.


Foto: via Kosmo

“Ya, tolonglah. Para guru boleh marah saya, tapi saya minta maaf. Saya tidak akan benarkan adik pergi ke sekolah pada September depan.


“Dengan vaksin belum dapat lagi? Covid-19 itu perkara benar. Saya tak boleh ambil mudah,” katanya dalam satu hantaran InstaStory.

Hantaran berkenaan memaparkan Sweet, 24, berkongsi satu artikel berkenaan sesi pembelajaran pelajar sekolah dengan tajuk ‘Pembukaan Sesi Persekolahan 1 September Ini Wajar Dikaji Semula’.

Pada masa sama, pelakon drama Bidadari Salju itu berpendapat, keputusan untuk memastikan pelajar terlibat diberi vaksin apabila sekolah dibuka nanti adalah satu langkah yang salah.

“Bukan langkah yang betul kalau kalian putuskan mereka perlu ke sekolah dan terima vaksin semasa sekolah dibuka kelak.

“Melainkan, jadikan sekolah sebagai pusat pemberian vaksin untuk pelajar. Dah selesai dua dos, baru boleh buka sekolah,” ujarnya lagi sambil menanda Instagram Kementerian Kesihatan (KKM) dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Julai lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) membuat ketetapan bahawa sekolah akan dibuka untuk PdP bersemuka bermula 1 September depan dengan mengambil kira kadar vaksinasi semasa.

Malah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun hari ini memberitahu bahawa kerajaan dalam pertimbangan untuk memberi vaksin kepada kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun sebelum atau apabila sesi persekolahan dibuka kelak. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 15-8-2021 03:35 PM
Wartawan CARI dengan 'berita' basi dan SAMPAH berpisah tiada.
Skrg tambah pulak lg beberapa manusia yang bukak thread ntah hape2
Quote dua_chzy 15-8-2021 04:27 PM
Eh ekeleh budah hingusan ni. KPM memang bagi ja bebudak tak hadir sekolah jika takut Covid. Yang penting, kau homeschoolkan la adik kau supaya tak ketinggalan. Bukan tengoookkkk ja dia main game sampai lebam.
Quote Cik_jantung 15-8-2021 04:41 PM
slyfynx replied at 15-8-2021 03:35 PM
Wartawan CARI dengan 'berita' basi dan SAMPAH berpisah tiada.
Skrg tambah pulak lg beberapa manusia ...

Haah kann..  ya ampunn tah sape2 tulis dgn bahasa tunggang langgang. Memang mod tak kesah ke..
Quote Cece1234 15-8-2021 04:46 PM
Gosip sampah apakah ini?
Quote ladybugz 15-8-2021 04:47 PM
please jgn la bukak lagi. budak2 ni belum vaccinated lagi. plus cikgu cikgi pun ramai juga yg x mau vaccinr. kesian kalau kena virus tu kat diorg iaitu guru antivaccine n students yg rata2 belum diberi vaksin mmg high chance utk teruk.
Quote Nham22 15-8-2021 04:49 PM
Piiggiiiidahhhhhh.... Porahhhhh
Quote Nenasketum 15-8-2021 04:51 PM
Kecoh lah minah indon nih. Tetiba aku tuduh Indon sebab abang dia meroyan kawen indon tapi tak dapat balik aritu
Quote misuke 15-8-2021 04:55 PM
Sabar la dulu dikkkk..cikgu2 pun xtau apa keputusan buka sekolah ke idokkk...
Quote kotakominami 15-8-2021 05:03 PM
Amendeelah.....org belom muktamad lg nak bukak ke tak ko dah bising...nanti tak jadi bukak pon ko bising...bg kije skolah byak pon ko bising...sabarlah....
Quote krustykrab 15-8-2021 05:16 PM
dua_chzy replied at 15-8-2021 04:27 PM
Eh ekeleh budah hingusan ni. KPM memang bagi ja bebudak tak hadir sekolah jika takut Covid. Yang pen ...

Kannnn....ni tak bg adik gi sekolah tp tak pantau pun org tu masuk kelas online ke idok....yg penting dh blh bawak adik gi soping esok..yabwdabeduuuu
Quote midori_katana 15-8-2021 06:01 PM
Iols dah hampir lupa ttg kewujudan dia ni..
Quote Lentera 15-8-2021 06:02 PM
Tak habis2 minah ni meroyan pasal sekolah adik dia. Tak nak pi sekolah, lantak ko la. Tak ada sape nak paksa2. Nak bentang red kapet sebab adik retis? Yihhh lamberttt lagi {:smile
Quote likilu 15-8-2021 06:07 PM
Amboi dah sign up jadi agent ke
Quote TomyamPuteh 15-8-2021 06:30 PM
Adik dia yg gigi kuda muka cam jantan tu ke?
Quote siasia 15-8-2021 07:51 PM
Dia ni ala ala cam try too hard sgt nk dianggap penting.
Quote Secretless 15-8-2021 07:59 PM
entah kenapa menyampah betul bila budak hingusan ni bagi statement
Quote asfaz 15-8-2021 08:00 PM
Setahu aku cikgu tak bising pun kalau Tak nak hantar anak ke sekolah. Dr lepas pkp 1.0 dlu. Cumanya kena ada surat lah. Tpi peliknya org yg bising suruh bukak sekolah tpi dia lah Tak mau hantar anak ke sekolah masa covid menurun dlu.
Cikgu pun malas nak layan. Bagi aje kerja sekolah takde nya cikgu nak buat GM bila bukak sekolah.
Quote Mulotkoyak 15-8-2021 08:37 PM
Kerajaan akan memastikan penjawat awam divaksinkan sebelum masuk kje... Jika tidak vaksin mereka diberi tempoh utk berbuat demikian dlm tempoh tertentu. Jika berdegil maka terlucut jawatan mereka. Korg hadooo?? Swasta pun akan buat benda yang same ye lpas ni...
Quote trexxxxxi 15-8-2021 08:41 PM
Tiap kali rempanan mesti pasal adik sekolah etc
Diamlah

Memekak saja
Sweet tang mana tah

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.066984 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top