Tengok YouTube memang jadi kegemaran ramai orang sekarang, tapi kebanyakan video dalam YouTube kecoh sangat, bising dan penuh gosip. Ada tak YouTuber yang video-videonya tenang saja menayang kehidupan masing-masing tanpa kecoh dan membuat kita berasa 'bestnya hidup macam ni'?
Mestilah ada! Jom tengok enam YouTuber yang contentnya bagus, tengok pun rasa tenang, tak ada rasa nak bergosip dan memaki tak tentu pasal. 1- Kominka Solo Life Youtuber lelaki berasal dari Jepun ni menayangkan kehidupan sehariannya di kawasan luar bandar Jepun. Videonya tenang, tunjuk kehidupan seharian, apa dia masak, bila dia pergi melancong, semua dilakukan seorang diri. Editing pun cantik, memang rasa macam seronok jugak hidup macam ni! 2- This Is My Alaska
Channel ni masih baru, tapi videonya memang menarik sebab memaparkan kehidupan di Alaska. YouTubernya seorang lelaki yang mempamerkan kehidupan di Alaska. Kalau anda memang suka suasana bersalji sejuk ni, memang asyik duk tengok. 3- Asu Jika anda suka tengok orang buat benda baru, bonsai misalnya. YouTuber ni memang menarik. Lelaki Jepun ni memang tak banyak bercakap, tapi video di channelnya memang menakjubkan, terasa macam nak buat jugak pun ada! 4- Cooking Tree Kalau anda penggemar video masakan, Cooking Tree menarik sebab dia memang tunjuk cara memasak je. Memang nampak sedap semua kek itu. Taklah bingit dengar suara yang terkepit-kepit kan? 5- Haegreendal Jika anda memang suka tengok video kehidupan orang tapi tak nak dengar orang berleter, channel ni memang best. Video menarik, rumah lawa, musik sedap. Tenang je tengok. 6- Pete R- BucketListy Blog Zaman Covid-19 ni memang teringin betul nak melancong! Tak kisahlah luar negara ke dalam negara kan? Ramai orang buat video melancong tapi seperti biasa, bising! Penuh tip dan macam poyo je. Tapi, channel lelaki Thailand ini memang indah, tengok pun buatkan kita nak pergi tempat dia pergi. Anda ada channel youtube tenang yang anda suka tengok? Ada tak YouTuber Malaysia yang buat video macam ni? Cuba bagi link di bawah. Bukan apa, kadang-kadang menjerit-jerit, rasa lawak sendiri paling best tu dah bosan tengok. Betul tak? - CARI |
airmineral replied at 16-8-2021 01:12 PM
iols suka jonna jinton hehe
SitiRopeah replied at 16-8-2021 07:24 PM
Ni list yang aku ada:
1. Honeyjubu
SekeremKopi replied at 16-8-2021 02:27 PM
Thank you share...bole layan untuk lupakan anxiety ni
ADVERTISEMENT