CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Instafamous Terima Mesej Dari Wanita "Terdesak", Ingatkan Nak Minta Bantuan Duit Rupanya Ajak Bermadu

18-8-2021 02:17 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 12678| Komen: 30

Description: Usahawan kosmetik dan Instafamous dari Kelantan, Sha Hasan kerap berkongsi tips perniagaan dan berinteraksi dengan pengikut di Instagramnya.



Usahawan kosmetik dan Instafamous dari Kelantan, Sha Hassan atau nama sebenarnya Wan Nur Siti Aisya Wan Hassan kerap berkongsi tips perniagaan dan berinteraksi dengan pengikut di Instagramnya.

Selain mempromosikan produk, Sha turut memuat naik gambar dan video aktiviti harian yang sering dilakukannya bersama keluarga untuk tatapan pengikutnya.

Sha yang berperwatakan sentiasa ceria juga dilihat sering berkongsi video menyakat suami dan anaknya dengan pelbagai "prank" yang melucukan. 

Tanpa sedar, kebahagiaan yang dimiliki keluarga ini telah menarik perhatian seorang wanita berstatus janda dan dengan berani wanita itu menyampaikan hajatnya yang terpendam kepada usahawan itu.


Melalui perkongsian tangkap layar DM yang dimuat naik oleh usahawan tersebut, janda anak dua itu menawarkan diri untuk menjadi "madu". 

"Seram ye main ig sekarang. Kalau ada yg jual madu pm tepi kita nak pass no akak ni" tulis Sha di kapsyennya.



Dalam mesej tersebut, wanita itu mengaku berasa malu namun keadaan sangat mendesak kerana wabak pandemik yang melanda menyebabkan dia hilang sumber pendapatan.

Jelas wanita itu lagi, dia melihat usahawan ini seorang yang baik dan gemar membantu pengikut di Instagram.

Usahawan dan Instafamous, Sha Hassan

Jadi dia sangat bersyukur sekiranya usahawan itu sudi menerima tawaran untuk berkongsi kebahagiaan bersamanya. 

Malah, dia turut meninggalkan nombor telefon sekiranya founder dan pengarah Shalicious Empire Sdn Bhd itu ingin menghubunginya.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut turut terkejut malah ada yang geli hati membaca luahan "berani mati" wanita itu.  



Ingatkan nak minta bantuan duit atau keperluan harian, rupanya nak ajak kongsi kasih sayang suami orang. Kata malu tapi mahu, jangan buat pasal lah kan! - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 18-8-2021 02:26 PM
Aku yakin yg pompuan ni CHAT DIRI SENDIRI atau SURUH ORANG mesej macam ni. Apa2 yg pemes2 ni aku tak percaya. Lagi2 dari twitter & tiktok
Quote krustykrab 18-8-2021 02:29 PM
Kurex replied at 18-8-2021 02:26 PM
Aku yakin yg pompuan ni CHAT DIRI SENDIRI atau SURUH ORANG mesej macam ni. Apa2 yg pemes2 ni aku tak ...

Kan...cheap marketing dr founder entah  siapa ni...
Quote MsKathryn 18-8-2021 02:34 PM
Taik... tipu la
Quote mamajawie 18-8-2021 02:40 PM
Kurex replied at 18-8-2021 02:26 PM
Aku yakin yg pompuan ni CHAT DIRI SENDIRI atau SURUH ORANG mesej macam ni. Apa2 yg pemes2 ni aku tak ...

teringat kat retis bibiaq tebai hat join geng2 mengumpat online tu..dasar otak bebai

Quote shernazz 18-8-2021 02:56 PM
Dia terkenal sebab apa?
Quote BungaTepiMeja 18-8-2021 03:47 PM
fake account ke akaun betul. kalau akaun betul berani gila mesej macam tu
Quote 3480 18-8-2021 03:59 PM
Seram putih camtu
Quote LadyCarefree 18-8-2021 04:25 PM
Gimik nak viral je ni kot
Quote chinta89 18-8-2021 04:56 PM
haDAP viral btl...
Quote ghalibboy 18-8-2021 05:13 PM
Mungkin saja bergurau
Quote heythere123 18-8-2021 05:17 PM
ye lah tu. Entah2 upah orang untuk up nama sendiri
Quote wnwa05 18-8-2021 05:21 PM
Siapa tau pakai apa nak kulit camtu. Aku perasan artis pun ramai asal kulit tak berapa cerah tapi tiba2 peloles... Bukan muka je tapi satu badan. Tu pelik..
Quote matbad 18-8-2021 05:26 PM
sbb tu bila bahagia jgn ditunjuk terutama dimedsoc. bahaya ada janyg memerhati
Quote terpaling 18-8-2021 05:38 PM
sape pompuan ni siak?? pehal aku tak pnah tahu pun??
Quote mayaBB 18-8-2021 06:53 PM

cantik sha ni. suka tengok

[youtube]_fA2DaLUlBg[/youtube]

Quote mayaBB 18-8-2021 07:01 PM


Bermodalkan RM 250, Sha Hasan Jadi Jutawan Pada Usia 19 Tahun
!





Bergelar jutawan pada usia 19 tahun, Sha Hasan mengaku hanya bermodalkan RM 250 memulakan perniagaan kosmetik sekitar empat tahun dahulu.

“ Saya berniaga macam-macam sebelum ini dengan modal yang saya pinjam dengan kakak, saya berjaya membina empayar Shalicious Sdn Bhd.

“ Tamat persekolahan saya mula berniaga antaranya buah mangga, jeruks asam boi seterusnya menceburkan diri dalam bidang perniagaan kosmetik,” katanya kepada XTRA.

Selepas setahun aktif berniaga produk makanan, Sha berjaya mengumpul modal memulakan perniagaan kosmetik Shalicious.

“ Mula-mula berniaga kosmetik, memang ‘sendu’ jugalah memandangkan pengikut saya di Instagram hanya 2000 orang pada waktu itu.

“ Saya bekerja keras untuk bergelar selebriti di media sosial sekaligus melonjakkan perniagaan saya hingga ke tahap.

“ Dalam masa setahun, saya berjaya menjana RM1 juta ringgit dengan kos RM40,000 kos permulaan,” katanya.

Sha Hasan yang sudah berkahwin turut menasihatkan agar anak muda yang berminat menceburkan diri dalam dunia perniagaan tidak cepat mengalah.

Sementara itu, Shalicious Empire Sdn Bhd telah mengadakan pelancaran produk terbaru iaitu BB Cushion bertujuan untuk mevariasikan lagi produk syarikat yang sedia ada yang terdiri daripada suplemen dan juga penjagaan kulit seiring dengan permintaan pasaran yang tinggi.

BB Cushion yang mempunyai 2 tona yang berbeza memenuhi permintaan di kalangan pengguna yang memiliki tona kulit yang berbeza.

Pelancaran BB Cushion ini telah dimeriahkan oleh agen stokis yang mempunyai jumlah jualan tertinggi serta dihadiri oleh instafamous atau influencer sebagai salah satu pendekatan syarikat untuk memasarkan BB Cushion agar diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

Puan Sha Hasan selaku founder dan pengarah Shalicious Empire Sdn Bhd berkata “Majlis pelancaran ini diadakan bertujuan menghargai semua yang menyokong perkembangan Shalicious sejak syarikat ini ditubuhkan sehingga sekarang. Sokongan penuh semua pihak amat bermakna dan majlis ini juga diadakan bertujuan meraikan agen dan stokis terbaik yang memiliki pencapaian jualan tertinggi.”

BB Cushion yang akan menembusi pasaran Indonesia dan Brunei selain Malaysia bakal dijual secara rasmi bermula 25 April 2019 sejurus selepas ianya dilancarkan. Ia sudah mula dijual secara pre order bermula 4 April 2019 pada harga RM 77 sahaja.



https://www.xtra.com.my/hiburan/bermodalkan-rm-250-sha-hasan-jadi-jutawan-pada-usia-19-tahun/


Quote Itzy 18-8-2021 07:14 PM
aku percaya wujud org macam ni, perempuan janda mana senang tengok perempuan lain bahagia da kemewahan ada suami hensem, anak2 comel. Hahaha materialistik betul, gi la cari rezeki sendiri cam dato vida tu, nescaya ramai teruna sengkek berebut tak payah ambik laki org dah.
Quote marigold90 18-8-2021 08:39 PM
Alah, sesiapa je boleh create content mcm ni sama mcm si noorinoora tu. Dengan syarat ko hantar pada diri ko sendiri, upload dalam ig dan boom kau expect untuk viral
Quote isteri_ayil 18-8-2021 08:58 PM
Jijik....

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.056615 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top