CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Jangan salahkan kerajaan jika rakyat langgar SOP – Finaz Yunus

11-5-2021 12:15 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9587| Komen: 37|Original author: piao



Jangan salahkan kerajaan jika rakyat langgar SOP – Finaz Yunus

PETALING JAYA – Pengacara dan juga personaliti TV, Finaz Yunus menggesa masyarakat supaya berhenti daripada menyalahkan kerajaan 100 peratus atas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga yang dilaksanakan hari ini.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, personality TV AL-Hijrah itu berkata, sebelum ini kerajaan pernah memberi kelonggaran, namun disia-siakan masyarakat dengan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Sudah-sudahlah salahkan kerajaan tentang PKP ‘separuh masak” dan sebagainya. Dari PKP fasa satu saya dah menjangkakan berkurung bukanlah solusi terbaik. Itu adalah langkah terakhir

“Kita hanya berjaya kawal kes apabila kerajaan ‘kurung’ kita. Tapi bila kerajaan beri kepercayaan, PKP kembali diangkat (dimansuhkan), apa yang kita buat? Jangan kata golongan kayangan, Instagfamous dan selebriti sahaja yang langar SOP, kita pun sama,” katanya.

Ujar Finaz lagi, selepas kerajaan memberi kelonggaran, masyarakat mula tidak menjaga penjawakan fizikal, tidak memakai pelitup muka dan masih berkeliaran walaupun berstatus kontak rapat.

“Depan mata saya polis kena berkeras untuk minta orang awam beratur dengan penjarakan satu meter di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Semudah-mudah SOP pun kita perlukan polis,” ujarnya.

Disebabkan sikap sambil lewa tersebut, Finaz bertegas bahawa peningkatan angka kes pada hari ini bukanlah disebabkan PKP ‘separuh masak’, namun disebabkan oleh sikap masyarakat sendiri yang mengambil mudah tentang SOP.

“Menghapuskan Covid-19 bukan kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan semata-mata.

“Jika lumpuh sektor kesihatan, masalah itu berlaku disebabkan hasil tangan-tangan kita yang ambil mudah dan pentingkan diri sendiri,” jelas Finaz.

Dalam hantaran itu juga, Finaz turut melahirkan rasa bimbang terhadap ekonomi negara yang perlu dijana selain memikirkan soal pendapatan rakyat terutama mereka yang hidup dalam kesempitan jika diarahkan untuk berkurung.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan Pelaksanaan PKP di enam daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang telah dilaksanakan pada 6 Mei hingga 17 Mei dan di seluruh Kuala Lumpur bermula semalam hingga 20 Mei ini.

Manakala semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran pihak polis di seluruh negara adalah tidak dibenarkan selama empat minggu berkuatkuasa dari 10 Mei hingga 6 Jun depan.-K! ONLINE
-HABIS



2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingeraudi 10-5-2021 07:44 AM
Agree tapi tidak bermaksud tidak boleh carut serta bangkaikan pemimpin pemimpin yg non examplary....tidak menunjukkan kepimpinan melalui teladan...sentiasa terlepas walaupyn melakukan kesalahan serupa seperti rakyat....

Dan akhir kalam...bu toe la para pwmimpin yg tak beramanah
Quote Normabaru 10-5-2021 08:21 AM
Rakyat langgar sbb tgk pemimpin vip selebriti kayangan tahik kucing semua pon xjaga..

Respect is earned not given
Quote matchstick 10-5-2021 09:08 AM
Senang nye bagi alasan langgar sop sbb vvip pon langgar sop..takde otak utk pikir sendiri ke mana yg baik mana buruk. Impact sendiri tanggung. Kalau vvip rentas negeri tak kena covid tapi kita yg marhain rentas negeri kena jangkit covid nk salahkan Tuhan tak adil plk ke
Quote king_kenny 10-5-2021 09:32 AM
Mana2 negara pun,bila buat full lockdown, baru berjaya turunkan kes. Apa yg Msia belajar?


UK 2 kali full lockdown,  2nd time,even kematian da single digit, UK tak open lg,sampai dia yakin majoriti golongan yg hi risk da di vaksin. Sekarang baru buka balik.

So Msia buat apa?
Tak full lockdown
Vaksinasi yg lembab
Salahkan rakyat

org buat cara yg betul tak ikut, dia buat 180 darjah sebaliknya.
Quote Orix 11-5-2021 01:13 AM
Ni semua salah kerajaan bodoh tak kekang awal2 ms prn sabah. Toksah la nak deny yg bawa msuk virus ke semenanjung pun org2 dalam kabinet PN jugak yg duk gigih berkempen kt Sabah pd waktu tu.

Keduanya kerajaan bodoh x kuarantin org2 yg bru balik dari Sabah dgan alasan Sabah tu bukan luar negara. Dan berlarutan hingga sekarang.

Ketiga, bulan 10 tahun lepas rakyat dh gesa kerajaan buat total lockdown, abahcow kata bertenang keadaan terkawal, terkawal abah dia sampai kesudah 8 bulan kemudian kes mencanak teruk. Pkp pkpb pkptaik pkpd smpi ajm !

Keempat, dh dibagi darurat, serupa tak payah darurat ! Buat keputusan pun lembab wlu kuasa dh ada ditangan sendiri sebab darurat, bukannya parlimen dibuka utk perbincangan pun ko nak announce lambat2 mcm la kes bru naik mencanak semalam.

Kelima, varian baru covid dh terlepas msuk Malaysia. Di saat negara lain cepat2 ttup border, abahcow masih lembab dan sembab nk buat keputusan ttup border wlupun kuasa mutlak berada di tangan dia atas pengisyhtiharan darurat. Tp masih lembab dan sembab spt wajahnya seolah2 ada perbincangan di parlimen sedangkan parlimen ttup katup berlumut !!

Keenam, menteri kabinet PN paling ramai dlm sejarah, tapi apa function dan keberkesanan serta tindakan diorg semua dalam mengekang covid ni dari berleluasa. Ya! Tepat sekali. Function mereka adalah utk tnjuk kt rakyat diorg boleh langgar SOP, rakyat biasa tak boleh !
Quote blastoff 11-5-2021 01:20 AM
Edited by blastoff at 11-5-2021 01:23 AM
matchstick replied at 10-5-2021 09:08 AM
senang nye bagi alasan langgar sop sbb vvip pon langgar sop..takde otak utk pikir sendiri ke mana yg baik mana buruk. Impact sendiri tanggung. Kalau vvip rentas negeri tak kena covid tapi kita yg marhain rentas negeri kena jangkit covid nk salahkan Tuhan tak adil plk ke

Kenapa VVIP rentas negeri tak kena covid ?
Quote harizs 11-5-2021 01:27 AM
betul ke netizen follow SOP?  cuba tengok di mana2.... ramai yg pakai mask keluar hidung. ajk masjid tempat aku mask kat dagu. klu polis saman pasti melalak
Quote blastoff 11-5-2021 01:30 AM
harizs replied at 11-5-2021 01:27 AM
betul ke netizen follow SOP?  cuba tengok di mana2.... ramai yg pakai mask keluar hidung. ajk masjid ...

kalau dah setahun lebih tak leh kawal rakyat utk patuh SOP , apa menyebabkan boleh berjaya kawal plak nanti  ?
Quote Babai 11-5-2021 04:28 AM
Rakyat yang degil kepala batu.
Quote pyropura 11-5-2021 04:32 AM
Rakyat contohi ikut KERAjaan.
Quote stingerbeetle 11-5-2021 04:38 AM
Babai replied at 11-5-2021 04:28 AM
Rakyat yang degil kepala batu.

Kepimpinan melalui teladan macam pookeymark...rakyat yg dipersalahkan kerna kepala batu?
Quote stingerbeetle 11-5-2021 04:41 AM
blastoff replied at 11-5-2021 01:30 AM
kalau dah setahun lebih tak leh kawal rakyat utk patuh SOP , apa menyebabkan boleh berjaya kawal p ...

A thousang miles journey begins with that very first step....biar lambat asal selamat ...kerajaan mengambil pendekatan siput babi merangkak....


Kahkahkahkahkah
Quote BiniBoy 11-5-2021 08:36 AM
Orix replied at 11-5-2021 01:13 AM
Ni semua salah kerajaan bodoh tak kekang awal2 ms prn sabah. Toksah la nak deny yg bawa msuk virus k ...

Well said!
Quote Al-Patih 11-5-2021 09:57 AM
PETALING JAYA – Pengacara dan juga personaliti TV, Finaz Yunus menggesa masyarakat supaya berhenti daripada menyalahkan kerajaan 100 peratus atas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga yang dilaksanakan hari ini.
                          
                                               
Quote blastoff 11-5-2021 10:14 AM




jack2.jpg
Quote tripleid 11-5-2021 10:28 AM
Quote tripleid 11-5-2021 10:34 AM
berapa banyak kali kena tipu daa..

Quote zidane_ziege 11-5-2021 10:51 AM
Orix replied at 11-5-2021 01:13 AM
Ni semua salah kerajaan bodoh tak kekang awal2 ms prn sabah. Toksah la nak deny yg bawa msuk virus k ...

Tgk masa abahkow jadi menteri KDN kerajaan PH  pon dah tau mcm mana lembabnya dia buat kerja..

dtg bahalol2 umno dgn lobai pas angkat dia jadi PM..kah kah
Quote Orix 11-5-2021 11:17 AM
zidane_ziege replied at 11-5-2021 10:51 AM
Tgk masa abahkow jadi menteri KDN kerajaan PH  pon dah tau mcm mana lembabnya dia buat kerja..

...

itu pun ummah bodoh boleh sokong abah sembab ni jd PM. berpenjana konon. puih

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.100528 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top