CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Cendawan baru tumbuh - Sarah Suhairi Kpop

11-3-2021 11:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10024| Komen: 42|Original author: piao

Description: Cendawan baru tumbuh - Sarah Suhairi PELAYARAN Sarah Suhairi di lautan seni tidaklah semudah yang disangka. Percubaan demi percubaan dilakukan untuk terus berada dalam industri bukan hanya untuk ...
 

PELAYARAN Sarah Suhairi di lautan seni tidaklah semudah yang disangka.

Percubaan demi percubaan dilakukan untuk terus berada dalam industri bukan hanya untuk kekal diingati tetapi juga bagi mengukuhkan sebuah portfolio bernama kerjaya.

Menelusuri perjalanannya, Sarah atau nama lengkapnya Sarah Suhairi sudah mencuba pelbagai genre muzik.

Berbeza dengan rakan seangkatan lain yang hanya fokus terhadap satu aliran muzik.

Malah, anak kelahiran Rawang, Selangor itu memberitahu dia tidak malu untuk mengakui sedang mencari rentak dan identiti diri meskipun sudah empat tahun membawa nama sebagai penyanyi.

https://www.kosmo.com.my/wp-cont ... hazwanie034-NEW.jpg

ENGGAN statik menggauli genre muzik sama, Sarah percayakan variasi mampu menghadirkan kematangan untuk meningkatkan portfolio dirinya menjadi seorang penghibur versatil. – SHIDDIEQIIN ZON
Versatil

Menurut si genit yang petah berbicara itu, pelbagai genre sudah dicubanya seperti balada, pop dan rap, namun kepuasannya belum mencapai tahap maksima.

“Saya seorang yang susah hendak puas dengan apa yang dilakukan terutama berkaitan muzik.

“Biarpun orang kata suara saya sedap menyanyikan lagu balada dan mahu terus menghasilkan genre sebegitu, saya tetap ingin mencuba aliran muzik lain.

“Bukan kerana tamak tetapi mahu mencari kepuasan yang sebenar,” ujarnya kepada HibGlam baru-baru ini.

Dia yang pernah popular menerusi lagu Pedih sekitar 2018 itu bagaimanapun tidak pernah memandang rendah mana-mana genre muzik.

Sarah bahkan enggan mengambil pusing sekiranya ada yang menggelarkan diriya tidak beridentiti.

“Sebagai penyanyi, saya mahu menjadi seorang penghibur yang versatil.

“Biarlah orang nak cakap saya tiada identiti sendiri. Realitinya, saya masih setahun jagung dalam industri dan berilah peluang kepada saya untuk meneroka lebih banyak genre,” ujarnya yang turut mengimpikan merakam lagu irama Malaysia suatu masa nanti.

Mengimbau kembali memori ketika menyertai Big Stage musim pertama, namanya pernah menjadi bualan ramai malah tular selepas dia mendendangkan lagu kumpulan K-pop terkenal, Blackpink iaitu Ddu-Ddu Ddu-ddu.



GEMAR mencuba variasi genre muzik, Sarah bahkan enggan mengambil pusing sekiranya ada yang menggelarkan diriya tidak beridentiti.
Lagu K-pop

Sejak dari detik tersebut, ramai yang mula membuat permintaan agar Sarah dapat menghasilkan lebih banyak lagu bernuansa K-pop.

“Ramai yang membuat permintaan agar saya muncul dengan lagu berentak K-pop. Kata mereka, saya lincah menari dan sebutan pun jelas. Sebenarnya single kedua saya, Nyawa & Raga ada sedikit elemen K-pop tetapi dalam bahasa Malaysia.

“Kalau boleh, peminat mahukan lagu dalam bahasa Korea. Untuk saya, bukan tidak mahu tetapi risau pula dikecam peminat fanatik K-pop tambahan pula sekarang, mereka sangat lantang mengkritik dalam media sosial,” katanya.

Tambahnya, kelantangan peminat fanatik selebriti K-pop menjadi antara penyebab dia masih belum terbuka hati untuk melancarkan single dalam bahasa Korea.

“Kadangkala risau pula nak keluarkan single Korea, takut teruk dikritik teruk peminat K-pop.

“Jadi, saya tunda dulu hasrat tersebut buat sementara waktu. Biarlah saya cari kekuatan vokal sebelum lancarkan lagu dalam bahasa asing,” tuturnya.


KELANTANGAN peminat fanatik selebriti K-pop menjadi antara penyebab dia masih belum terbuka hati untuk melancarkan single dalam bahasa Korea.
Mungkin

Berkongsi lanjut mengenai karier seninya, Sarah baru sahaja tampil dengan single terbaharu berjudul Mungkin, sekali gus menjadi single keempatnya.

Lagu berkenaan dihasilkan sepenuhnya oleh Ariff Bahran, Rinkarnaen dan Zack Merican.

Berbicara mengenai Mungkin, juara Big Stage musim pertama itu gembira dan bersyukur lagu berkenaan akhirnya dilancarkan.

Kongsinya, lagu tersebut berkisarkan penyesalan seorang wanita tentang kesilapan masa lalu.

“Sejujurnya, melodi Mungkin sangat kena dengan jiwa. Liriknya juga sarat emosi.

“Setakat ini, sambutan yang diberikan peminat sangat baik. Harap dapat jalinkan lagi kerjasama dengan mereka bertiga lagi,” tutupnya.


SARAH SUHAIRI kini muncul dengan single keempat berjudul Mungkin, sebuah lagu sarat emosi yang bercerita tentang penyesalan seorang wanita terhadap dosa silam.


Sumber : Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Redmyvi 10-3-2021 11:03 AM
kdg2 tgk muka dia ada mcm iras2 sari yanti skit..
Quote TerataiMelur02 10-3-2021 11:06 AM
Takde aura... Bakalan sendu
Quote Mawar91 10-3-2021 11:09 AM
Edited by Mawar91 at 10-3-2021 11:12 AM

Sari Yanti + Liyana Jasmay = Sarah Suhairi

Btw lately ni meols perasan kulit sheol makin gelap.Makeup ke atau sheols buat skin tanning?Tpi tetap comel.Jgn forumer tuduh meols mengutuk pulak sheols berkulit gelap.Meols sendiri pon kulit sawo matang & meols bangga Ngan kulit meols
Quote yeos 10-3-2021 11:11 AM
i suka suara dia... lepas dah dengar dia and penyanyi lagu bili bbili tu sarah suhairi ni wayyyy better than billi bili
Quote piao 10-3-2021 11:14 AM

mmg akan sendu sbb tu artikal tulis panjang2
Quote buragazz 10-3-2021 11:15 AM
yeos replied at 10-3-2021 11:11 AM
i suka suara dia... lepas dah dengar dia and penyanyi lagu bili bbili tu sarah suhairi ni wayyyy bet ...

Lagu bili bili tu lagu apa...
Quote yeos 10-3-2021 11:19 AM
buragazz replied at 10-3-2021 11:15 AM
Lagu bili bili tu lagu apa...

u i lupa nama penyanyi tapi lagu tu tajuk teman, lirik dia ada sebut bili bili hahaha
Quote miszclassique 10-3-2021 11:36 AM
Suara dia okay la untuk level dia tapi takde aura, memang sekapal dengan wani kayrie
Quote aderaderker 10-3-2021 11:38 AM
Suara dia okay,  boleh diasah lagi.
And bila dia nyanyi lagu Korea mmg sebutan jelas, rap part pun dia boleh tapau gitu je...
Quote tikusmontok 10-3-2021 11:52 AM
mai dari mana budak ni tp pnh tgk kat utiub dia nyanyi atas stage kat korea, not bad la.
Quote buragazz 10-3-2021 12:48 PM
yeos replied at 10-3-2021 11:19 AM
u i lupa nama penyanyi tapi lagu tu tajuk teman, lirik dia ada sebut bili bili hahaha

Hahaha.. dah agak dah lagu tu.. si Iman Troye... bos meols lagi hamlau dia dengor geli geli kejadah... dasar jantan kelepis...
Quote laksmanabentan 10-3-2021 06:00 PM
ko kalau suara padu, sedap pasti boleh survive dekk...
ini suara ko biasa2 aja, xde woww sgt... personaliti pun biasa2 aja...
x-factor xde... xde daya penarik ler dekkk.....
Quote edayildiz 10-3-2021 08:11 PM
dia ni berlagak kwnn i ckp..yg tu je sbb i knl dia ni..kau ingat kau ct nurhaliza ke dik..ni kwn i yg ckp
Quote DainaEli 10-3-2021 08:16 PM
Iola rasa masalah sheols ialah sheols kena cari komposer yg btul and come out dgn single yg boleh dijual and mesra telinga. Ironically lagu2 duet sheols lagi boom and best compared to single2 sheols yg maaf cakap la skala nguapan tidak bertepian sgy
Quote gideoncross 12-3-2021 02:13 AM
Tringat dlu kat show apa entah, pnyanyi ni nyanyi lgu Korea.
Quote dudaberhias 12-3-2021 02:16 AM
bakalan sendu sebab minat kpop tapi wajah tak kpop...
persis iras ajib hyun min A..

ni sarah Hyun Ah
Quote Perawankota 12-3-2021 03:23 AM
Suara biasa2 muka biasa2.. Tapi lagu2 duet dia sedap2..
Quote kivio 12-3-2021 06:24 AM
More like bulu baru tumbuh
Quote Rainsack 13-3-2021 04:32 AM
Dia umur berapa

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.053526 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top