CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Azaria Tagaya tak lokek kongsi tip, kagum ramai remaja tunjuk bakat baca berita di TikTok

7-6-2021 02:10 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 17373| Komen: 51

Description: Mungkin ramai dikalangan remaja yang bercita-cita ingin menjadi pembaca berita kerana dunia penyiaran sering dilihat sebagai sesuatu yang dihiasi dengan elemen "glamor".


Kredit foto : Instagram Azaria Tagaya

Mungkin ramai dikalangan remaja yang bercita-cita ingin menjadi pembaca berita kerana dunia penyiaran sering dilihat sebagai sesuatu yang dihiasi dengan elemen "glamor".

Namun, minat sahaja tidak cukup kerana kerjaya sebagai pembaca berita tidak semudah disangka dan bukan hanya membaca berita semata-mata mengikut skrip di "prompter".

Berkongsi tip dan pengalaman, personaliti dan pembaca berita TV3, Azaria Tagaya berkata dia menerima banyak mesej pertanyaan daripada pengikut yang mahukan tip dan panduan untuk menjadi seorang pembaca berita. 

Menurut Azaria atau nama sebenar Azaria Tagaya Norio Tagaya, 36, kebanyakan pertanyaan itu datang daripada golongan remaja yang meluahkan hasrat mahu mengikut jejak langkahnya bergelar seorang personaliti televisyen.

"Ada ramai DM saya tanya macam mana nak jadi pembaca berita. Adik-adik lepasan sekolah tanya perlu ke belajar dalam jurusan komunikasi media? Saya kata itu kelebihan tapi tak semestinya kerana ada sahaja rakan sekerja lain yang bukan datang dari lulusan berkenaan".

"Bagi saya yang paling penting adalah minat dan bakat, itu adalah keutamaan! Soal rupa pun bukan keutamaan sebab kalau ada muka cantik sekalipun tapi baca tak sedap susah juga.

"Sekarang ini di media sosial ramai sahut cabaran baca berita. baguslah kerana mereka boleh ketengahkan bakat yang ada, mana tahu satu hari nanti boleh diangkat sebagai pembaca berita baharu," katanya kepada mStar.



Azaria merupakan pembaca berita basa Melayu dan Inggeris di TV3.


Menerusi aplikasi TikTok ramai pengguna dilihat menyahut cabaran membaca berita dengan cara tersendiri.

"Rata-ratanya memiliki bakat terpendam sebagai penyampai berita dan boleh bertutur dengan baik serta penuh keyakinan diri.

"Kita juga kena banyak buat kajian tentang sesuatu isu sebelum baca berita itu, saya akan tengok dahulu berita antarabangsa bagi memastikan sebutan nama dan info-info lain tepat!" 



Sementara itu, personaliti TV3 berdarah kacukan Melayu, Jepun dan Pakistan ini berkata seorang pembaca berita perlu cakna dengan isu semasa dan banyak membaca berita-berita semasa.

Selain itu, mereka juga perlu bersikap profesional ketika membacakan berita secara langsung di televisyen.

"Nak jadi pembaca berita, pertama sekali kena ambil tahu pelbagai isu semasa contohnya sebelum ini saya kurang tahu mengenai sukan tapi selepas berkecimpung dalam bidang ini saya kena ambil tahulah nama pemain sukan antarabangsa dan segala aspek supaya orang faham apa kita sampaikan".

"Kita juga kena banyak buat kajian tentang sesuatu isu sebelum baca berita itu, saya akan tengok dahulu berita antarabangsa bagi memastikan sebutan nama dan info-info lain tepat".

"Pembaca berita juga kena pandai jaga emosi" contohnya baca berita mengenai pemergian seseorang memang kita rasa sedih! Apabila baca berita fasal kekejaman Israel di Palestin, saya pun rasa marah sekali. namun walau apa keadaan kita kena profesional dengan sorokkan perasan itu".

"Ekspresi muka pembaca berita memainkan peranan penting. Kalau baca berita serius kena la muka serius dan begitulah sebaliknya!" ujarnya.


Kredit foto : Instagram Azaria Tagaya


Fasih bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris, Azaria yang berpengalaman selama tujuh tahun sebagai pembaca berita berkata kedua-dua bahasa mempunyai cara penyampaian berbeza.

"Buat masa ini saya seorang sahaja di TV3 yang ditugaskan membaca berita dalam bahasa Melayu dan Inggeris?. Tidaklah terlalu sukar cuma style bacaan untuk kedua-dua bahasa berbeza dan ada lenggok dia sendiri jadi kena banyak berlatih!"

"Selain baca berita, saya juga mengendalikan program berbahasa Inggeris iaitu Money Matter yang membincangkan mengenai ilmu kewangan, jadi kena belajarlah mengenai program tersebut," katanya yang merupakan lulusan komunikasi massa dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Terdahulu, Azaria pernah menjadi hos dalam rancangan Easy Inspirasi (HyppTV), Bual Bicara Hujung Minggu, Hello On Two(RTM), Nasi Lemak Kopi O, dan Buletin Pagi.

Figura ini juga merupakan pencinta kucing kerana kerap memuatnaik gambar haiwan kesayangannya itu di laman Instagram. - CARI


1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • admin6

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_ctrl 7-6-2021 02:33 AM

ingatkan nama glamor macam sesetengah retis letak rupanya nama betul.. dah kawen ke
Quote wnwa05 7-6-2021 04:23 AM
Bahasa jepun dia tak reti ke
Quote Janjimanismu123 7-6-2021 06:52 AM
Pembaca berita skng tak seglam zmn dedulu
Quote notM 7-6-2021 08:41 AM
Darah kacukan memang ada bright future...asalkan bukan kacukan Siam, Kemboja dan Indon...tampak kepam jua
Quote flipolivio 7-6-2021 10:38 AM
Janjimanismu123 replied at 7-6-2021 06:52 AM
Pembaca berita skng tak seglam zmn dedulu

kalau dulu..vvip pon pakat nak jadikan pembaca berita bini..sbb kita semua tgk tv je..xde sosial media
Quote Jolabu 7-6-2021 11:42 AM
Dia ni ada darah Jepun,  ke sesaja mak pak ltk nama MCM tu, artis Malaysia yg saya tau ada mix Jepun Hunny madu dgn aqasha
Quote sukacactus 7-6-2021 12:00 PM
Jolabu replied at 7-6-2021 11:42 AM
Dia ni ada darah Jepun,  ke sesaja mak pak ltk nama MCM tu, artis Malaysia yg saya tau ada mix Jepun ...

Bapak dia japanese
Quote Cece1234 7-6-2021 04:05 PM
Lawa la dia..mata cantik..
Quote awekjepun 7-6-2021 04:29 PM
Aku mmg suka suara dia baca berita.. lama dah pelik dengan nama dia nagaya..mix jepun rupanya
Quote Amigurumi 7-6-2021 06:52 PM
Wah..antara pembaca berita yg i rasa sedap nk dengar. First perasan kewujudan dia bila dgr english dia dalam money matters
Quote mohabbatein 7-6-2021 08:05 PM

suka tengok dia ni..beauty with brain. lagi sorang tu siapa nama yang 999 tu.. yang tu hubby dia orang jepun kan
Quote che-cikL 7-6-2021 08:19 PM
I like her... Berbakat dan knowledgeable macam Zalina Azman.

Terhurai dah misteri namanya...
Quote sikatkutu 7-6-2021 10:47 PM
mohabbatein replied at 7-6-2021 08:05 PM
suka tengok dia ni..beauty with brain. lagi sorang tu siapa nama yang 999 tu.. yang tu hubby dia o ...


Sofea Nur Solehha Tun. hak ah sheols memang cantik. dia pun hos MHI gak




Quote sfinaria 8-6-2021 03:32 AM
Jolabu replied at 7-6-2021 11:42 AM
Dia ni ada darah Jepun,  ke sesaja mak pak ltk nama MCM tu, artis Malaysia yg saya tau ada mix Jepun ...

Setilah melvin jangan dilupa uolss
Quote fadz84 8-6-2021 09:03 AM
Oo ada mixed jepun rupanya.. patut nama dia pelik.. and gmbar2 kat atas tu dh mcm heroin drama jepun pasal anchorwoman. Ehehe
Quote Acikgomen 8-6-2021 09:42 AM
sfinaria replied at 8-6-2021 03:32 AM
Setilah melvin jangan dilupa uolss

Yg tu mix celah jubo
Quote aduh2sayang 8-6-2021 01:39 PM
che-cikL replied at 7-6-2021 08:19 PM
I like her... Berbakat dan knowledgeable macam Zalina Azman.

Terhurai dah misteri namanya...


zalina dah jadi datin kan


Quote RatuDunia94 8-6-2021 08:52 PM
Janjimanismu123 replied at 7-6-2021 06:52 AM
Pembaca berita skng tak seglam zmn dedulu

Kann.. tp pembaca berita zaman dulu mmg cantik2 lah. Mcm Normala Samsudin tu.
Quote Janjimanismu123 8-6-2021 08:56 PM
RatuDunia94 replied at 8-6-2021 08:52 PM
Kann.. tp pembaca berita zaman dulu mmg cantik2 lah. Mcm Normala Samsudin tu.

Dedulu ada aura..tertunggu2 nak tgk tiap mlm

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.068071 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top