CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Malaysia Paling Banyak Buang Peti Sejuk, Mesin Basuh

16-8-2021 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7770| Komen: 77

Description: Penduduk di negara ini didapati paling banyak membuang peti sejuk dan mesin basuh setiap tahun berbanding pelbagai lagi produk sisa elektronik atau e-waste yang lain berdasarkan hasil kajian Jabatan ...
Penduduk di negara ini didapati paling banyak membuang peti sejuk dan mesin basuh setiap tahun berbanding pelbagai lagi produk sisa elektronik atau e-waste yang lain  berdasarkan hasil kajian Jabatan Alam Sekitar (JAS).


Menurut Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), secara purata, sebanyak 50 juta tan buangan berbentuk e-waste dilupuskan penduduk di seluruh negara.


Peti sejuk (kiri) antara barangan yang sering dibuang sehingga mencemarkan tasik dan sungai

SWCorp memaklumkan bahawa daripada jumlah tersebut, sebanyak 22 peratus merupakan peti sejuk dan mesin basuh, diikuti pendingin udara (17 peratus) dan set televisyen (14 peratus), sementara baki 19 peratus lagi merupakan produk teknologi komunikasi maklumat sama ada telefon bimbit, peranti pintar, komputer dan komputer riba.

Justeru, agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menasihatkan pengguna peralatan elektrik dan elektronik agar berhemah serta mengamalkan kitar semula dengan mengelak pelupusan barangan itu di tempat tidak dibenarkan, sebaliknya menghantar produk berkenaan ke fasiliti kitar semula.


“Kaedah tersebut bukan sahaja boleh meraih pendapatan tambahan, malahan memulihara alam sekitar daripada risiko pencemaran sampah elektronik yang berbahaya kepada kesihatan,” katanya dalam kenyataan di Facebook agensi itu.

Pada masa sama, SWCorp turut menyarankan masyarakat supaya menggunakan bekas makanan atau mangkuk tingkat setiap kali ingin membeli makanan jika berada di luar rumah bagi mengurangkan janaan sisa beg plastik jenis bukan mesra alam yang tidak mudah terurai.

“Bermula hari ini, janganlah guna plastik sama sekali dan marilah kita bersama-sama amal kaedah lestari pengasingan plastik sekali guna dan boleh dikitar semula dengan betul,” katanya.


Sumber: UTUSAN ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 16-8-2021 03:20 PM
Cepat rosak pun. Mesin basuh sikit2 tak boleh isap air
Quote sharlenetexas 16-8-2021 03:20 PM
Awal tahun hari tu jual mesin basuh rosak kat lori besi buruk yang duk lalu sini. Dapatlah sepuluh ringgit.

Quote gekkou 16-8-2021 03:30 PM
biasa suruh je company yang hantar mesin basuh/ peti ais baru untuk ambil yang lama
Quote R2D2 16-8-2021 03:38 PM
pernah tgk kusyen rotan dibuang dlm sungai
Quote Denco 16-8-2021 03:42 PM
Aku mmg asingkan sampah recycle kat rumah. Cukup haul sebulan 2 letak kat tmpt recycle.. dpt gak duit wp x byk to puas hati dpt sama2 jaga alam sekitar
Quote imanjannah 16-8-2021 03:45 PM
bagus yg mengamalkan konsep 5R
Quote edayildiz 16-8-2021 03:52 PM
kat tmpt dorg takde yg kutip besi buruk..kt sini ada lorry charity..sambil bg baju utk charity dorg amek jua brg letrik yg rosak.tp ni yg non muslim punya la..last month i  terbagi sekali tudung.
Quote Kupucandy 16-8-2021 03:53 PM
MashaAllah, apa punya mentalitylah, ada ke patut buang dlm sungai, patutlah ALLAH marah, dah diberi pinjam bumi ni tak reti nk jaga pulak
Quote margo20 16-8-2021 04:09 PM
hmm so far tak pernah lg buang dalam sungai
sebab rumah jauh dr sungai
Quote Meiizu 16-8-2021 04:22 PM
Aku iklan dlm fb for free...ada je repairman mai amik utk buat brg ganti katanya..peti ais pun dah 12thn
Quote any42 16-8-2021 07:03 PM
sblum pndemik kt area rumah ni ade je tiap bln lori besi buruk dtg collect barang rosak/lama. skrng mcm dah xde or xprasan sbb byk bkurung dlm rumah.    

pralatan ltrik skrng mmg agknya sengaja dibuat utk cpt rosak kot eh. dulu2 ssah barang letrik nk rosak bpuluh tahun guna ok je lg.
Quote salmon-suki 16-8-2021 09:11 PM
Paling lama guna peti ais kt kg tu 19thn..hujung thn lps baru ganti y baru sbb uzur sgt daa..peti ais lama tu still boleh guna tp bahagian freezer jah,tp ikut cuaca...kalau hujan,mmg sejuk berais laa freezer tu,tp kalau panas,dia pun panas jgk..hahaha

So tkr laa y baru..covid2 ni kne restock brg basah by week..kang tak memasal beli byk2,rosak laa kalau still guna peti ais lama tu..n brg letrik lama2 ni salunya ada org dtg kutip..tp so far,xde lg laa..duk mereput kt stor lg laa peti ais lama tu..hehe
Quote salmon-suki 16-8-2021 09:11 PM
Paling lama guna peti ais kt kg tu 19thn..hujung thn lps baru ganti y baru sbb uzur sgt daa..peti ais lama tu still boleh guna tp bahagian freezer jah,tp ikut cuaca...kalau hujan,mmg sejuk berais laa freezer tu,tp kalau panas,dia pun panas jgk..hahaha

So tkr laa y baru..covid2 ni kne restock brg basah by week..kang tak memasal beli byk2,rosak laa kalau still guna peti ais lama tu..n brg letrik lama2 ni salunya ada org dtg kutip..tp so far,xde lg laa..duk mereput kt stor lg laa peti ais lama tu..hehe
Quote najib888 17-8-2021 12:05 AM
Mostly mesin basuh, peti ais yg dibuang tu boleh je repair.. diy sendiri pun insyaallah boleh.. mesin basuh, elakkan beli brand Samsung.. memang le warranty drum, motor 5 years or more, tapi the real problem bukan kat motor, tapi kat control panel..

Dah le seluruh panel tu disalut epoxy, nk troubleshooting bila malfunction pun agak
mustahil. Jadi terpaksa la beli control panel board sekeping.. dekat rm200 juga.  Replace dgn compatible board tahan ngam2 setahun ja. Original samsung tahan dlm 2 tahun lebih. Rumah mak aku, dah 2 kali replace control board tu.. dalam dok pesan, kalau nk beli mesin basuh, ambil je toshiba.. tgk2, samsung juga dia beli.. sebelum2 ni pun guna mesin basuh Samsung juga. Ntah apa la salesman tu kelentong tak tau la. Canggih memang canggih. Tapi planned obsolescence part Samsung tu buat kita sakit hati..

Mesin basuh runah aku, toshiba, dah 17 tahun, steady lagi.. penah 2 kali replace solenoid valve utk water intake dgn water level sensor.. Alhamdulillah..

Sori OT..
Quote misuke 17-8-2021 12:15 AM
Barang cepat rosak..repair pun sama rege cam beli baru
Quote supernaturalee 17-8-2021 05:42 AM
najib888 replied at 17-8-2021 12:05 AM
Mostly mesin basuh, peti ais yg dibuang tu boleh je repair.. diy sendiri pun insyaallah boleh.. mesi ...

Kt rmh ni guna samsung
Alhamdulillah dh 12 tahun dan masih terus berbakti

Bgs u know a lot about mesin basuh

Quote najib888 17-8-2021 09:32 AM
supernaturalee replied at 17-8-2021 05:42 AM
Kt rmh ni guna samsung
Alhamdulillah dh 12 tahun dan masih terus berbakti


Bagus la.. beli alat elektrik/elektronik ni, gamble juga.. ikut nasib.. tapi my experience dgn certain2 brand ni..mmg susah nk move on kalau pernah ada  bad experience.
Quote Kiyah 17-8-2021 01:23 PM
najib888 replied at 17-8-2021 12:05 AM
Mostly mesin basuh, peti ais yg dibuang tu boleh je repair.. diy sendiri pun insyaallah boleh.. mesi ...

Bagus u punya perkongsian..btw nak tanya kiyah ni family kecik je ber4..so far pakai fridge 350L je n just nice weekly restock brg..tp since pandemic ni I dok stress bila nak keluar..berminggu dah contemplating to get a freezer (chest freezer /upright freezer/frost free)..ikut hati nak sambar 168L upright frost free freezer harga dalam 1.3k. berbaloi ke idak? Reason nak upright ni sbb I sejenis suka organize things..kalau pakai chest freezer xkemas n ada risiko org lain ambil brg sampai kecah n I akan mengamuk ..any advice anyone?
Quote xastor9 17-8-2021 05:52 PM
sekarang ni mmg banyak brand peti sejuk tapi banyak yang tak berkualiti. Dulu company yang besar buat barang yang tahan lama. Lepas tu, bisnes drop lah sebab org tak beli barang dia. now dia dah set siap2 barang/alat-alat electronic ni akan tahan berapa la. contohnya jangka hayat 7 tahun. every 7 tahun, orang kena beli beli baru... dalam kepala diorg ni dah fikir sustainability company diorg sebenarnya...

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.075551 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top