CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mati Ditembak Anak Ketika Mesyuarat Online

16-8-2021 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2973| Komen: 16

Description: Seorang ibu di Florida ditembak mati anaknya ketika dia sedang mengadakan perbincangan menerusi aplikasi Zoom.
Seorang ibu di Florida ditembak mati anaknya ketika dia sedang mengadakan perbincangan menerusi aplikasi Zoom.

Ketika kejadian, Shamaya Lynn, 21, sedang bermesyuarat bersama rakan sekerjanya sebelum tiba-tiba rebah.



Gambar hiasan

Rakan sekerja dalam aplikasi Zoom mendengar bunyi tembakan kuat, kata kenyataan Polis Altaminte Spring.

Rakan sekerjanya segera menghubungi talian kecemasan 911 selepas Lynn dilihat tidak kembali di depan komputernya.

Polis yang tiba di lokasi kejadian menemui mangsa yang tidak bernyawa dengan kesan tembakan di kepala.

Penyiasat tidak menolak kecederaan dialami mangsa disebabkan tembakan dilepaskan kanak-kanak itu.

Pistol itu ditemui kerana mangsa tidak menyimpannya dalam keadaan selamat.

Difahamkan, senjata api berkenaan adalah kepunyaan suaminya.

"Kepada sesiapa yang memiliki senjata api diminta menyimpannya di tempat berkunci dan selamat," kata Pegawai Polis, Roberto Ruiz Jr seperti dilaporkan Fox News.


Kanak-kanak itu adalah seorang daripada dua anak Lynn dan kini mereka dilaporkan dalam jagaan keluarga terdekat.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anony-mous 16-8-2021 12:50 PM
Cash???? Yg kesian anak tu lah trauma smpai mati.
Quote vee_zara 16-8-2021 12:51 PM
Trauma weh kawan dia yang meeting skali tu. N kesian sgt kat anak yg tak berdosa tu mcm mana dia nak survive hidup dia. Dah la kecik lagi. Membesar dengan stigma masyarakat pulak tu.
Quote pooh~key 16-8-2021 12:52 PM
Headshot pula tu ya sis? Tahniah anak penuh bakat sistah! Sila hire heshe jadi sharpshooter bila dewasa kelak sistah!
Quote nakkomenjugak 16-8-2021 12:54 PM
macam manaaaa loaded gun tu boleh dicapai budak?? letak mana benda alah tuuu?
ni macam kes video mana entah iol tengok, mak budak sibuk twerk/nari2 gitu, anak capai pistol tunjuk kamera. nasib member mak budak nampak, terus rampas.
Quote sukacactus 16-8-2021 12:58 PM
Kanak2, so nak kata apa kan
Yg dewasa kat umah tu la, cuai
Quote namr 16-8-2021 01:00 PM
Pistol siap loaded letak merata2..cash!
Quote edayildiz 16-8-2021 01:01 PM
xberat ke pistol tu..sepupu i cakap berat mcm batu  ..ke brand lain xberat sgt..trauma ank sheols..silap2 dibenci kaum keluarga..mak umo 21..anak umo 2 thn?
Quote MissyMolly 16-8-2021 01:25 PM
Salah laki dia la kn?
Quote Fortiori02 16-8-2021 02:34 PM
Camna mangsa kanak2 tu leh ada akses kat pistol yg loaded. Paknya patut kena dakwa sbb cuai hingga bawa kpd kematian maknya.
Quote Fortiori02 16-8-2021 02:38 PM
edayildiz: xberat ke pistol tu..sepupu i cakap berat mcm batu  ..ke brand lain xberat sgt..trauma ank sheols..silap2 dibenci kaum keluarga..mak umo 21..anak umo  ...

Tak silap pistol byk jenis. Ada yg berat ada yg ringan. And picu (trigger) dia pun, ada keras ada yg lembut. Mungkin kes ni pistol paknya tu jenis ringan & picu lembut, tu yg budak tu boleh tertembak.
Quote twins 16-8-2021 02:43 PM
nakkomenjugak replied at 16-8-2021 12:54 PM
macam manaaaa loaded gun tu boleh dicapai budak?? letak mana benda alah tuuu?
ni macam kes video m ...

kot jenis simpan loaded pistol dalam laci sebelah katil kot ni.
Letak situ supaya mudah capai malam2 kalau ada perompak ke apa ...
agaknya anak pulak main2 tarik laci jumpa & ingaat kot toys main acah2
pulak kat kepala mak dia kot.... tapi kannn... pistol betul bukan ke berat ?
larat pulak budak tu pegang & tarik picu dia ?
Quote aderaderker 16-8-2021 02:43 PM
Umur berapa anak tu?
Quote Thunderclouds 16-8-2021 02:50 PM
edayildiz replied at 16-8-2021 01:01 PM
xberat ke pistol tu..sepupu i cakap berat mcm batu  ..ke brand lain xberat sgt..trauma ank sheols..s ...

Pistol xpernah pegang. My BIL ada senapang double barrel. Xlarat angkat pakai 1 tgn, need both of my hands. Berat. Sori OT. Pistol depends ngn jenis dia jgk kot. Sbb ada yg ringn ada yg berat based on my reading.
Quote edayildiz 16-8-2021 03:47 PM
Thunderclouds replied at 16-8-2021 02:50 PM
Pistol xpernah pegang. My BIL ada senapang double barrel. Xlarat angkat pakai 1 tgn, need both of  ...

oh mayb yg adik ni ringan gamaknya...salah apak dia la letak merata.
Quote mawar_pink 16-8-2021 06:11 PM
nape letak pistol kat tmpt anak2 kecik blh capai....bukan pistol mainan...
Quote any42 16-8-2021 06:53 PM
omg pistol bleh pulak letak kt tmpt bdk2 bleh access. klau ltak dlm drawer tp xbkunci mmg sengaja cri nahas. sgt2 la cuai.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.047679 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top