CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kurangkan Kos Ujian Covid-19' - Jokowi

16-8-2021 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1563| Komen: 2

Description: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mahu kos melakukan ujian saringan 'reverse transcriptase-polymerase chain reaction' atau RT-PCR bagi COVID-19 dikurangkan.
Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mahu kos melakukan ujian saringan 'reverse transcriptase-polymerase chain reaction' atau RT-PCR bagi COVID-19 dikurangkan.

Tegas beliau, ujian saringan RT-PCR yang menjadi antara cara menangani coronavirus perlu ditetapkan pada harga sekitar Rp450,000 (RM135) sehingga Rp 550,000 (RM165) saja.



Kredit foto: The Conversation

"Saya sudah berbincang dengan Menteri Kesihatan (Budi Gunadi Sadikin) mengenai hal ini, saya minta biaya ujian RT-PCR dipastikan berada dalam lingkungan harga ini.

"Penurunan harga standard ujian RT-PCR perlu menjadi upaya kita untuk banyakkan ujian dalam kalangan masyarakat," katanya menerusi siaran di Youtube Sekretariat Presiden semalam.

Selain itu, beliau juga mahu semua hasil ujian saringan RT-PCR diperoleh dalam tempoh 24 jam

Berdasarkan tinjauan, harga atau kos RT-PCR di Jakarta adalah di sekitar Rp800,00 (RM240) hingga Rp1 juta (RM300) manakala ujian antigen sekitar Rp75,000 hingga Rp200,000 (RM22-RM60).



Seorang kanak-kanak menjalani ujian COVID-19 di Banda Aceh, Indonesia. - Foto AFP

Tahun lalu, harga ujian RT-PCR di semua hospital di seluruh Indonesia ditetapkan pada Rp900,000 (RM265) dan hanya perlu dibayar oleh penduduk yang membuat ujian tanpa arahan pihak berkuasa kesihatan.

Manakala, mereka yang menjalani ujian RT-PCR atas keperluan mengesan kontak rapat pesakit COVID-19 yang disediakan oleh kerajaan adalah percuma. 


Sumber: BERNAMA
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 16-8-2021 05:41 PM
Kat indonesia semua berbayar. Bersyukurlah jadi rakyat malaysia walaupun jadi bini nombor 2
Quote nakkomenjugak 17-8-2021 09:56 AM
patut ramai tak nak balik yendon sana

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.044122 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top