CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

14 Pelacur Tetap Waktu Perkhidmatan Ikut SOP PKP Tumpas

16-8-2021 03:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1955| Komen: 8

Description: Hanya melayan pelanggan tetap yang dikenali. Itu modus operandi digunakan sekumpulan 14 pelacur warga asing bagi mengelakkan dicekup pihak berkuasa.
Hanya melayan pelanggan tetap yang dikenali. Itu modus operandi digunakan sekumpulan 14 pelacur warga asing bagi mengelakkan dicekup pihak berkuasa.

Malah mereka juga dikatakan menetapkan waktu 'perkhidmatan' mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila tidak 'melayan' pelanggan selepas jam 8 malam.


Bagaimanapun kegiatan tidak bermoral itu dibongkar polis selepas kesemua mereka dicekup dalam tiga serbuan berasingan di Jalan Limbongan, Klebang Kechil dan Taman Melaka Raya di sini, antara jam 5 hingga 7 petang, Khamis lalu.


Gambar hiasan

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, kesemua 12 wanita itu ditahan melalui operasi Ops Noda dijalankan Unit Pencegahan Maksiat Bahagian (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Melaka dan Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah.


Beliau berkata, kesemua 12 wanita terbabit masing-masing 12 warga Vietnam dan dua Thailand berusia antara 21 hingga 37 tahun.

"Mereka dipercayai aktif menjalankan aktiviti pelacuran dalam tempoh dua minggu hingga sebulan dengan mengiklankan perkhidmatan melalui aplikasi WeChat dan WhatsApp.

"Melalui risikan dijalankan, mereka akan meneliti terlebih dahulu gambar pelanggan diberikan oleh ejen sebelum bersetuju untuk melayan lelaki terbabit di lokasi ditetapkan.

"Dalam sehari, mereka dikatakan mampu melayan sehingga empat pelanggan dengan kadar bayaran antara RM150 hingga RM260 yang dibayar terus kepada mereka," katanya tadi.

Menurut beliau, wanita itu dikatakan masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial sebelum terkandas susulan pelaksanaan PKP dan mereka sebelum ini turut bekerja sebagai pelacur.

"Selain 14 wanita ini, polis turut menahan dua lelaki tempatan dipercayai penjaga premis berusia 40-an. Mereka ini akan diberikan komisen 10 peratus daripada caj kadar bayaran pelacur terbabit.

"Malah lima lelaki yang juga pelanggan berusia antara 27 hingga 30 tahun turut ditahan dalam operasi itu," katanya.

Beliau berkata 14 pelacur dan dua penjaga premis berkenaan direman selama empat hari bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 372A/372B Kanun Keseksaan kerana membabitkan diri dalam aktiviti persundalan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun, sebatan dan denda.

Katanya, kes berkenaan juga disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal melebihi tempoh masa yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak kurang RM10,000 atau kedua-duanya.

Menurutnya, lima pelanggan yang ditahan ketika serbuan juga dikenakan tindakan di bawah Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB 2021) kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) di bawah Fasa Satu PPN.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 16-8-2021 03:10 PM
tringat kaka cite hustlers JLo blakon. Hehe
Quote sharlenetexas 16-8-2021 03:22 PM
AP dah tengok2 lah ni. Sambil menyelam minum air.

Quote trexxxxxi 16-8-2021 03:25 PM
Githuuuu ikut waktu biz SOP

Quote Kurex 16-8-2021 03:32 PM
Buatnya salah sorang positif..
Quote edayildiz 16-8-2021 03:33 PM
perkhidmatan' mengikut prosedur operasi standard (SOP)

acaner tu? sambil pakai mask kew
Quote mclaren 16-8-2021 03:36 PM
edayildiz replied at 16-8-2021 03:33 PM
perkhidmatan' mengikut prosedur operasi standard (SOP)

acaner tu? sambil pakai mask kew

Dan jaga jarak ha ha ha ha
Quote nakkomenjugak 17-8-2021 10:00 AM
hehehehehe acaner tu melacur ikut sop? sanitize pp?
Quote lofar11 17-8-2021 09:31 PM
sorg rm200 ngko charge, sehari dua org, sabtu ahad cuti, Sebulan 8k gaji hahahah senang hidup

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.258837 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top