Trending artis memberi komen terhadap isu semasa sehingga menimbulkan ketidakpuashati dalam kalangan netizen semakin menjadi-jadi. Terbaharu, penyanyi Faizal Tahir memuat naik status kekesalannya terhadap sikap segelintir netizen yang mengecam seorang ustaz kerana tegurannya mengenai aurat peserta wanita olimpik baru-baru ini. Bagaimanapun, sebaliknya berlaku apabila penyanyi itu pula yang dikecam kerana hanya mengambil cerita di satu pihak sahaja. Sedangkan hakikatnya ustaz tersebut juga didakwa bersalah. Tapi, salah kah Faizal menegur? Menurut pelantun lagu kemanusiaan ini, dia berasa kesal dengan situasi sekarang yang mempersendakan ajaran agama Islam. Lebih dasyat mengaku muslim tapi sebenarnya jahil. "Hilangnya adab & akhlak yang Islam ajarkan kepada kita yang menyebabkan runtuhnya moral." Namun, bagi netizen di Twitter, rasa hormat hilang terhadap Faizal Tahir kerana suka menangguk di air keruh dengan tidak memahami konteks sebenar. Ini kerana Ustaz tersebut sebenarnya pernah mengeluarkan kata-kata kesat dalam berdakwah. Bagaimanapun, bagi segelintir netizen lain, mereka berpandangan apa yang Faizal sampaikan itu betul kerana ramai muslim sekarang hanya pada nama. |
MadameOnion replied at 4-8-2021 07:39 PM
Entah..aku ok je apa yg FT kata tu...cuma tweet ustaz tu kasaq sikit la..tegoq kena beradab..nak nak ...
ADVERTISEMENT