CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amira Othman Tak Ada Boyfriend, Fobia Bercinta?

4-8-2021 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3226| Komen: 19

Description: Sepanjang penyanyi Amira Othman memahat bakatnya dalam industri seni tanah air tidak banyak cerita cinta yang dikongsikan wanita jelita berusia 28 tahun itu.
Sepanjang penyanyi Amira Othman memahat bakatnya dalam industri seni tanah air tidak banyak cerita cinta yang dikongsikan wanita jelita berusia 28 tahun itu.

Memiliki alasan tersendiri untuk setiap perkara yang ingin diluahkan kepada umum, Amira juga dilihat antara selebriti yang bersih tanpa sebarang gosip cinta dan kontroversi.

Mengakui hatinya belum dimiliki sesiapa, Amira bagaimanapun enggan terburu-buru dalam soal jodoh.

Kredit foto: IG


"Sekarang ini saya selesa berkawan dengan sesiapa saja yang sudi berkawan.

"Saya tidak mahu terburu-buru memikirkan soal cinta atau jodoh kerana tumpuan saya ketika ini diberikan kepada kerjaya seni.


"Lagipun dalam waktu yang sukar seperti ini saya perlu memikirkan cara terbaik untuk teruskan kehidupan dan bekerja," katanya.

Sengaja bertanyakan soalan adakah dia fobia dalam melayari hubungan percintaan, Amira dengan pantas menjawab dirinya tiada alasan untuk berasa fobia atau takut bercinta.



"Saya tak pernah rasa fobia dalam setiap perhubungan yang pernah saya lalui sebelum ini.

"Bagi saya, kalau hubungan itu tidak menjadi maknanya ada hikmah disebaliknya.

"Saya tiada sebab untuk rasa fobia kerana soal cinta ini, semua orang laluinya dan punya cerita yang tersendiri," katanya.

Bagi Amira, dia masih berpegang pada prinsip hidupnya untuk tidak menghebahkan siapa individu yang bertakhta di hatinya selagi hubungan itu belum kuat.



"Hal berkaitan peribadi biar saya simpan sendiri dulu. Saya tak suka nak hebohkan kecuali hubungan itu benar-benar kuat dan melangkah ke fasa seterusnya.

"Buat masa ini, saya selesa dengan kehidupan solo kerana banyak hal yang perlu saya buat dulu untuk terus berjaya dalam bidang seni," katanya.

Pendapatan terkesan

Hampir setahun tiada tawaran nyanyian sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19 , Amira mengakui terkesan kerana bergantung dengan bayaran untuk sesuatu projek sebelum ini.




Namun, Amira mengambil pendekatan untuk sentiasa berfikiran positif bagi mengelakkan perkara itu menghantui kehidupan sehariannya.

"Tidak dinafikan memang agak terkesan, tapi saya perlu terus bergerak dan fokus kepada rezeki lain seperti menerima tawaran kempen produk di media sosial.

"Alhamdulillah syarikat pengurusan juga banyak membantu dalam mencari tawaran kempen, jadi sedikit sebanyak dapat membantu saya menambah pendapatan," katanya.



Tambah Amira lagi, dia juga kini dalam proses untuk menceburi bidang perniagaan memandangkan mempunyai permintaan ke arah itu.

"Saya ada terfikir untuk membabitkan diri dalam perniagaan, tapi semuanya masih dalam perancangan awal.

"Bagi saya, selagi tak mulakan selagi itu kita takut untuk mencuba sesuatu yang baharu. Lagipun perniagaan ini dikira satu percaturan yang perlu diambil dengan berani.

"Saya kini dalam proses mencari perniagaan yang bersesuaian dengan saya," katanya.

Paranoid nak keluar rumah

Sejak angka kes positif Covid-19 mencatatkan peningkatan yang mendadak tinggi, Amira mengakui sedikit fobia dan paranoid untuk keluar rumah.

Kata Amira, dia sanggup membeli barang keperluan asas menerusi platform 'online' bagi mengelakkan dirinya bertemu ramai orang.




"Selagi belum dapat dos kedua vaksin, saya masih berasa takut dan tidak selamat.

"Saya kini beli barangan dapur pun menerusi platofrm 'online'. Saya memang agak paranoid untuk keluar rumah sekarang.

"Saya tunggu dos kedua dulu, kemudian mungkin ada sedikit keberanian untuk saya keluar bertemu orang atau membabitkan diri dengan aktiviti sukarelawan," katanya.

Dalam pada itu, Amira juga masih aktif mempromosikan single terbaharunya berjudul Surat Akhir. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 4-8-2021 12:46 PM
she anak orka ke?
Quote ufc148 4-8-2021 12:56 PM
sayangnya pada amira sbb nikmat yg paling best adalah bersama lelaki
Quote shernazz 4-8-2021 01:03 PM
Tapi amira neh popular dgn apa ek?
Iols.slalu juga tengok thread dia
Adeh..tak boleh nak recall plak
Quote mesmerize 4-8-2021 01:06 PM
dulu dengan azhar tu tapi dah putus eh
Quote pukulrata 4-8-2021 01:29 PM
minta maaf.adik dia lagi lawa
Quote leen_shaza 4-8-2021 01:37 PM
mesmerize replied at 4-8-2021 01:06 PM
dulu dengan azhar tu tapi dah putus eh

Azhar yang mana,?
Quote Jemahjemah1988 4-8-2021 01:38 PM
Elok lah takde boyfriend..
Quote mummydarling 4-8-2021 01:42 PM
rimasnye aku die ni  pakai tudung tu cube helok2 sket cube lipat..ni mcm tak siap kedepan naw
Quote dua_chzy 4-8-2021 01:43 PM
Muka dia memang ada sikit iras Ara Jo ya? Baru ai pasan.
Quote Knowlee 4-8-2021 02:00 PM
Dia ni I tengok mcm ada aura tak berapa sikit. Kalau tgk TV ke, social media ke, I tengok dia ni macam fake sikit. Maybe perasaan I je kot.
Quote slyfynx 4-8-2021 02:01 PM
Bukan ke momod dah bukak thread ni?

thread xpdckelate
Quote edayildiz 4-8-2021 02:14 PM
azlina othman tu kakak dia ke?
Quote mesmerize 4-8-2021 03:50 PM

Azhar bekas kumpulan Azhael .. tapi dah berpecah n Hael mendonia sorang2


Quote minah_selekeh 4-8-2021 03:53 PM
Pentingnya cerita ni.. By the way, dia ni memang suka pakai contact lens ke warna mata dia memang cekelat light cam gitu?
Quote Whitepinkrider 4-8-2021 04:07 PM
clean je dia ni.. aura kureng..
Quote imanjannah 4-8-2021 04:14 PM
comel je dia ni
Quote I.K.A888990 5-8-2021 12:09 AM
last tgk dia berlakon dlm cite ada alif satar tu
nyanyi plak yg dlm tv3 family show apa tah
tapi dia dgn adik beradik mmg herlok la
Quote AshkieLa 5-8-2021 08:31 AM
sejenis buat ape pun takde aura...

dia, zuraidah, putra amaris ke ape nama ntah... boleh buat geng.
Quote dheya_hanna 5-8-2021 09:21 AM
Dia nie anak orka ke? Nampak gaya mcm anak orka tp takde la menunjuk sgt kan.. Skrg dia baru pindah duduk BI berjiran dgn tokti..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.065692 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top