CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sedia Berdepan Usul Undi Percaya Di Parlimen, Muhyiddin Dedah Ada Pihak Kurang Senang Tuntutan Tidak Dilayan

4-8-2021 01:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3096| Komen: 19

Description: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa terdapat pihak yang kurang senang dengan ketegasan beliau untuk tidak melayan beberapa tuntutan mereka.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa terdapat pihak yang kurang senang dengan ketegasan beliau untuk tidak melayan beberapa tuntutan mereka.

"Ini termasuk desakan supaya saya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

"Saya juga telah dituduh menderhaka kepada Raja sedangkan apa yang saya lakukan adalah semata-mata untuk memelihara keluhuran Perlembagaan dan mempertahankan kemuliaan institusi Raja Berperlembagaan.

"Saya tidak akan mengorbankan prinsip saya dan membelakangi sumpah jawatan saya untuk menunaikan segala kewajipan dengan jujur, menumpahkan taat setia kepada Raja dan Negara serta memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan," katanya menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung, pada Rabu.



Muhyiddin berkata, beliau menerima warkah daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memaklumkan kepadanya terdapat lapan ahli Parlimen Umno yang menarik sokongan terhadapnya sebagai Perdana Menteri.

"Saya telah menyembah maklum kepada baginda bahawa saya telah menerima sejumlah surat akuan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang meyakinkan saya bahawa saya masih mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat pada masa ini.

"Sehubungan itu, peletakan jawatan saya di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit," katanya.

Muhyiddin bagaimanapun berkata, beliau menyedari kedudukannya sebagai Perdana Menteri sering kali dipersoalkan.

"Maka, saya telah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa saya akan menentukan keabsahan saya sebagai Perdana Menteri di Parlimen.

"Suatu usul undi percaya kepada saya akan dibentangkan di Dewan Rakyat ketika Dewan Rakyat bersidang pada September ini," katanya.

Melalui cara itu katanya, kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan.

"Alhamdulillah, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan cadangan saya ini," katanya.

Pada Jumaat lalu, warkah berkaitan penamatan Ordinan Darurat daripada Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tular di media sosial.

Ia susulan Yang di-Pertuan Agong pada Khamis menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada 26 Julai lalu, bahawa kerajaan telah membatalkan Ordinan Darurat yang dimasyhurkan oleh baginda, sedangkan pembatalan belum lagi diperkenankan.

Dalam warkah itu, Al-Sultan Abdullah bertitah supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menghadap Seri Paduka Baginda secara maya pada 24 Julai lepas.

Semasa sesi menghadap tersebut, Baginda menitahkan tidak berkenan untuk menandatangani permohonan pembatalan Ordinan Darurat kerana ia dilakukan secara tergesa-gesa.

Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa amat dukacita selepas Takiyuddin tidak menuruti titah Baginda malah memberi kenyataan bercanggah dan tidak tepat dalam Dewan Rakyat pada 26 Julai 2021.

Susulan itu, Umno pada Selasa sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan kerajaan PN yang didakwa gagal di mata rakyat selaras Fasal 3.3 Perlembagaan Umno. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meteorspeed 4-8-2021 01:56 PM
Kenapa tak sekarang usul tue. Kenapa perlu tunggu bulan 9
Quote Normabaru 4-8-2021 01:56 PM
Taki mana taki.. Xguna btol pakcik tu
Quote kakikuDibibirmu 4-8-2021 01:57 PM
Kita tunggu apa pula langkah atokcow ijau lepas ni
Quote kakikuDibibirmu 4-8-2021 01:58 PM
Normabaru replied at 4-8-2021 01:56 PM
Taki mana taki.. Xguna btol pakcik tu

Kan kena tengah bedah jantung
Quote nakkomenjugak 4-8-2021 02:06 PM
side eye jelaaaa..
Quote blastoff 4-8-2021 02:28 PM
meteorspeed replied at 4-8-2021 01:56 PM
Kenapa tak sekarang usul tue. Kenapa perlu tunggu bulan 9


Sebab utk pecukup mp tentu ambik masa utk pm nak fikir sapa perlu di rasuah, rasuah style apa sesuai, sapa perlu di ugut, ugutan style apa sesuai, masa tu penting utk beli sokongan dan sekat bangkangan kekdahnyaaa
Quote harisbee 4-8-2021 02:34 PM
Jahid dan jibby lew tu
Quote rashiman 4-8-2021 02:36 PM
Edited by rashiman at 4-8-2021 02:38 PM


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa terdapat pihak yang kurang senang dengan ketegasan beliau untuk tidak melayan beberapa tuntutan mereka.
"Ini termasuk desakan supaya saya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.


Jika pun dilayan tuntutan mereka, adakah PM mempunyai kuasa utk mencampuri urusan mahkamah?
Jika ada kuasa pun, eloklah tidak dilayan, biar mahkamah membuat keputusan tanpa diganggu oleh mana2 pihak...
sama ada dihukum atau dibebaskan.


Quote sidewinder 4-8-2021 02:38 PM
sapa 8 ahli parlimen umno tu ? Wak jahit pornorogo, kuli batak,  bosskuu penyamun, jazlan.....4 lagi sapa ?
Quote meteorspeed 4-8-2021 04:22 PM
blastoff replied at 4-8-2021 02:28 PM
Sebab utk pecukup mp tentu ambik masa utk pm nak fikir sapa perlu di rasuah, rasuah style apa se ...

Lorr yer ker.. Mmg liat la.. Tak tau la aku nak ckp apo.. Harap allah jer la tolong.. Dorank mmg kematu suk situ.. Tak malu
Quote minahrecon 4-8-2021 04:47 PM
Report la polis.....KO bgtau camni, KO da la pm.....KO punya balaci kan pandai record Telefon, record mesyuarat....pastu sebar sana sini....semoga bersatu melingkup dgn mat jorgon, Hamzah, senator2 yg xguna satu sen..........KO punya balaci sebok parti org .....parti sndiri xnak jaga......boooddooo betul la Midin crit ni............
Quote tupai 4-8-2021 04:49 PM
meteorspeed replied at 4-8-2021 01:56 PM
Kenapa tak sekarang usul tue. Kenapa perlu tunggu bulan 9

Nk shopping katak dulu kot
Quote Normabaru 4-8-2021 05:10 PM
kakikuDibibirmu replied at 4-8-2021 01:58 PM
Kan kena tengah bedah jantung

Oyeke... Pttlaaa xde.hihi
Quote Chessman 4-8-2021 05:47 PM
I wonder why must wait till sept untuk bahas dekat parlimen. Kalau kata dah daapt undi cukup, takde dah cerita perletakan jawatan ni semua, agong pun okay je then hadap je lah parlimen tu.
Quote sicvitaest 4-8-2021 06:01 PM
rashiman replied at 4-8-2021 02:36 PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa t ...

Statement mengundang. Yang dah terlepas Musa Aman dgn Ku Nan dia lupa nak jelaskan ada campur ke tidak. Kalau Speaker dgn AG termasuk KKM mmg selalu pun masuk campur
Quote meteorspeed 4-8-2021 06:11 PM
Chessman replied at 4-8-2021 05:47 PM
I wonder why must wait till sept untuk bahas dekat parlimen. Kalau kata dah daapt undi cukup, takde  ...

That the point.. Kata dah cukup majoritu ao on jer la bersidang

Quote Crystars 5-8-2021 06:49 AM
rashiman replied at 4-8-2021 02:36 PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa t ...

ko apa tau....dok diam2 dah la...ini org tua2 punya politik
Quote clarizsa 5-8-2021 06:53 AM
Jagung jagung
Banyak makan jagung boleh akibatkan cirit birit

I geli btul bila masih ada dok gelar pm ni abah abah yucks
Quote noor2 5-8-2021 07:03 AM
Mesti geng umno yg dengki tu....

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.209113 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top