CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerana Cinta, Pelajar Ditahan Ganti Tempat Kekasih Ambil Peperiksaan

4-8-2021 02:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2096| Komen: 12

Description: Seorang pelajar lelaki Senegal ditahan kerana menipu dengan menyamar sebagai seorang pelajar perempuan bagi menduduki peperiksaan sekolah tinggi, kata peguam belanya pada Selasa.
Seorang pelajar lelaki Senegal ditahan kerana menipu dengan menyamar sebagai seorang pelajar perempuan bagi menduduki peperiksaan sekolah tinggi, kata peguam belanya pada Selasa.

Dia sanggup berbuat demikian bagi menggantikan tempat kekasihnya itu untuk menduduki peperiksaan.


Bagaimanapun, pelajar perempuan tersebut turut ditahan.


Seorang pelajar lelaki sanggup menyamar menjadi perempuan untuk menggantikan tempat kekasihnya mengambil peperiksaan di sebuah sekolah tinggi di Senegal. - Foto AFP

Kedua-duanya dijangka dihadapkan ke mahkamah pada Khamis ini atas dakwaan melakukan penipuan, kata peguam bela tersebut, Serigne Ndiongue seperti dilaporkan oleh AFP.

Menurut pihak pendakwaan, pelajar lelaki berkenaan merupakan seorang mahasiswa sebuah universiti dan sanggup pergi ke bandar Diourbel untuk menggantikan tempat kekasihnya bagi mengambil peperiksaan tersebut.


Gambar-gambar di sosial media menunjukkan mahasiswa lelaki itu memakai pakaian berwarna merah.

Media tempatan menyatakan pengawas peperiksaan menangkap mahasiswa tersebut pada hari ketiga peperiksaan setelah mengetahui ada sesuatu yang tidak kena dengan pakaiannya sebelum beliau melaporkan perkara berkenaan kepada polis.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 4-8-2021 02:36 PM
gigih!
pastu break up awak terlalu gigih untuk saya
Quote ketupatnasi 4-8-2021 03:09 PM
kalau berniqab + mask orang susah juga nak cam dekk
Quote wirazam 4-8-2021 03:12 PM
That's why pentingnya pengawasan pepeperiksaan yg berkesan diperlukan utk peperikssan penting mcm spm,stpm..
Quote Artemesiaa 4-8-2021 05:43 PM
Penyamaran tak kena mungkin nampak terlalu jangal kantoi jadinya
Quote dua_chzy 4-8-2021 05:48 PM
Edited by dua_chzy at 4-8-2021 05:52 PM

Teringat cerita kawan kat U. Dia nampak ex gf yang masih dicintai tengah nangis2 tak dapat jawab paper, dia kesian (bersulam harapan ngorat semula), dia ambik paper pompuan tu, tukar nama dengan paper dia. End up dia gagal dan terpaksa repeat manakala ex gf lulus pehtu hepi2 merendek dengan jantan Cina, kahkahkah. Pengorbanan sia2. Bertahun jugak la pompuan tu carik dia di saat perlu ja tapi pastu tohtap la merendek dengan jate lain tak balik pun kat dia. RIP Stan (as in RIP bebetul sebab dah mati kawan tu). Tu la ko lembut hati sangat.
Quote annehuda 4-8-2021 06:11 PM
Teringat plak masa aku tahun 2 ke thn 3 amek degree kat satu uni ni. Aku mmg duduk dalam as in duduk kt kolej kediaman. Exam kan buat masa cuti sem, jd nk jimat duit sewa ada je student duduk luar yg menumpang dgn kami yg duduk hostel ni. Skali tu kecoh kt kolej kediaman aku yg blok sebelah tu ada student tumpangkan boyfriend die. Masa ditangkap tu katenye boyfriend die pun berpakaian wanita siap bertudung lg tu. Dh le kt blok die tu masih ada students lain lg. Imagine ye selama ni diorg kt sana berkongsi tandas dan bilik mandi dgn jantan mana ntah huhuhu
Quote I.K.A888990 5-8-2021 02:07 AM
kan bodoh namanya
alahai adik2
Quote batmana 5-8-2021 02:20 AM
Menyamar la jadi cikgu..tukar kertas jawapan..tu kn bijak sket..
Quote Whitepinkrider 5-8-2021 04:57 PM
gigih pastu esok di break ngan ko.. giler
Quote biozipstar 6-8-2021 01:31 PM
hahhahaa.... bodohnya lahai.....
Quote spicygirl3 9-8-2021 05:09 PM
Otak geliga. Baik guna untuk belajar bukan untuk menipu
Quote edayildiz 9-8-2021 05:15 PM
blh pulak mcmni..cinta mati bethol gini..i mitk tlg adik jwb exam spa jer..tp gagal wpn she lg bijak dr i
xberani la nk buat mcm dia ni..tp sbnrnya kat uni sng jer nk menyamar..

zaman sekolah i skls jgn adik i..dia lg pandai subjek math..so she bg krts jwpn she..tkr nama..dedua dpt ok..jgn kecam ni exam biasa jer.zaman sekolah...bkn exam yg besar pun.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.228547 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top