Seorang pelajar lelaki Senegal ditahan kerana menipu dengan menyamar sebagai seorang pelajar perempuan bagi menduduki peperiksaan sekolah tinggi, kata peguam belanya pada Selasa.
Dia sanggup berbuat demikian bagi menggantikan tempat kekasihnya itu untuk menduduki peperiksaan.
Bagaimanapun, pelajar perempuan tersebut turut ditahan.
Seorang pelajar lelaki sanggup menyamar menjadi perempuan untuk menggantikan tempat kekasihnya mengambil peperiksaan di sebuah sekolah tinggi di Senegal. - Foto AFP
Kedua-duanya dijangka dihadapkan ke mahkamah pada Khamis ini atas dakwaan melakukan penipuan, kata peguam bela tersebut, Serigne Ndiongue seperti dilaporkan oleh AFP.
Menurut pihak pendakwaan, pelajar lelaki berkenaan merupakan seorang mahasiswa sebuah universiti dan sanggup pergi ke bandar Diourbel untuk menggantikan tempat kekasihnya bagi mengambil peperiksaan tersebut.
Gambar-gambar di sosial media menunjukkan mahasiswa lelaki itu memakai pakaian berwarna merah.
Media tempatan menyatakan pengawas peperiksaan menangkap mahasiswa tersebut pada hari ketiga peperiksaan setelah mengetahui ada sesuatu yang tidak kena dengan pakaiannya sebelum beliau melaporkan perkara berkenaan kepada polis.
Sumber: Sinar Harian |