CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kejam! Bela Anak Anjing Untuk Bagi Ular Makan

25-9-2020 01:25 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7662| Komen: 51|Original author: Oleh: Cari-Azza




Melihat raut wajah pasangan ini seperti biasa-biasa sahaja, namun siapa sangka sebenarnya mereka berhati syaitan! 

Kevin Peralta de la Torre, 24, dan teman wanitanya didakwa mengambil anjing liar bukan untuk dibela semata-mata. Mereka memberi anjing-anjing itu makan hanya untuk dijadikan makanan kepada ular peliharaa mereka. 


Foto: Daily Star

Memetik Daily Star, pengguna Facebook mendakwa pasangan itu meminta anjing liar terbabit daripada netizen di platform berkenaan. 


Bagaimanapun, setelah menerima haiwan tersebut, Kevin menyekat nombor telefon dan akaun media sosial pemberi. 

Kejadian yang berlaku di Aguascalientes, Mexico ini menggemparkan pencinta haiwan. 


Foto: Daily Star

Malah, ada pengguna FB mendakwa Kevin sudah melakukannya sekian lama untuk ladang ular mereka. 

"Mereka meminta anjing kecil dan hairannya setelah itu, dia menyekat semua akaun pemberi."

Kevin didakwa bertanggungjawab atas kehilangan 11 ekor anak anjing. 


Daily Star

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum membuka kertas siasatan terhadap mereka. - CARI







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 25-9-2020 01:33 PM
Ok gak idea ni. Boleh kawal pembiakan anjing liar. Yang salahnya, bila meka menipu untuk dapatkan anjing tu. Apa beda bagi ular makan anjing peliharaan dengan bagi ular makan ayam peliharaan?
Quote Jiddin 25-9-2020 01:36 PM
Laki dia muka baby face n inesen giler.
Quote sarah82 25-9-2020 01:43 PM
Sedih pulak aku tengok mata puppy tu.. Mcm tau2 nak mati dgn ular.
Quote Atata 25-9-2020 01:46 PM
dua_chzy replied at 25-9-2020 01:33 PM
Ok gak idea ni. Boleh kawal pembiakan anjing liar. Yang salahnya, bila meka menipu untuk dapatkan an ...

Ada
Quote dua_chzy 25-9-2020 01:47 PM
Atata replied at 25-9-2020 01:46 PM
Ada

Aaaaaah. Sama jak binatang dua2, hahaha.
Quote AbukRokok 25-9-2020 02:40 PM
ala anjing xpela bukan binatang kesayangan nabi
jangan kuceng

Quote dua_chzy 25-9-2020 02:47 PM
AbukRokok replied at 25-9-2020 02:40 PM
ala anjing xpela bukan binatang kesayangan nabi
jangan kuceng

Sebenarnya, betul ke pun menda ni? Bukan apa, akak cuma teringat artikel ni.

https://kitareporters.com/gaya/l9av28X8aG

Jika artikel tu betul, maka betul la cercaan @Changa yang kata umat Islam ramai kaki fitnah nabi.
Quote AbukRokok 25-9-2020 02:51 PM
dua_chzy replied at 25-9-2020 02:47 PM
Sebenarnya, betul ke pun menda ni? Bukan apa, akak cuma teringat artikel ni.

https://kitareport ...

entahlah kak yang iols tau binatang ni kesayangan abu hurairah je
entah sejak bila netizen lebai wannabe mengangkat abu hurairah menjadi nabi masih mnjadi misery

Quote dua_chzy 25-9-2020 02:54 PM
AbukRokok replied at 25-9-2020 02:51 PM
entahlah kak yang iols tau binatang ni kesayangan abu hurairah je
entah sejak bila netizen lebai  ...

Gituh dek. Noted.
Quote MsKathryn 25-9-2020 02:54 PM
Comelnya puopy
Quote Decaffeinated 25-9-2020 02:55 PM
a long long time ago adalah satu kumpulan sarkis came to my home town maka tersebarlah cerita mereka memberi makan harimau mereka dengan kucing.

tak tau ler betul ka tak tapi bagi aku sama taraf je dengan berita wartawan Cari, setakat baca boleh lah...

Quote susukambingbest 25-9-2020 02:57 PM
dua_chzy replied at 25-9-2020 01:33 PM
Ok gak idea ni. Boleh kawal pembiakan anjing liar. Yang salahnya, bila meka menipu untuk dapatkan an ...

Setuju. Tp gmbr ank anjing coklat tu inesen jer, comelll
Quote susukambingbest 25-9-2020 03:00 PM
dua_chzy replied at 25-9-2020 02:47 PM
Sebenarnya, betul ke pun menda ni? Bukan apa, akak cuma teringat artikel ni.

https://kitareport ...

Xprnah dgr nabi ada kucing tu. Yg iol tau, pncinta kucing tu sahabat nabi yg digelar abu hurairah
Quote Zeatyisaac 25-9-2020 03:02 PM
Anjing itu haiwan peliharaan, ayam tu haiwan ternakan untuk dimakan. Beza sangat2.
Quote Decaffeinated 25-9-2020 03:03 PM
dua_chzy replied at 25-9-2020 01:33 PM
Ok gak idea ni. Boleh kawal pembiakan anjing liar. Yang salahnya, bila meka menipu untuk dapatkan an ...


Orang Korea yang makan hanjeng pun hangen bila barat kecam makanan mereka. So what kalau ada orang amik babi buat pet katanya?
Dekat kejiranan aku ni pun ada orang bela ayam as pet. Memekak je kerjanya. Tengah kumpul kekuatan nak report ni. Matilah aku kena pulau mati golek sendiri katanya.



Quote dua_chzy 25-9-2020 03:04 PM
Edited by dua_chzy at 25-9-2020 03:07 PM
Zeatyisaac replied at 25-9-2020 03:02 PM
Anjing itu haiwan peliharaan, ayam tu haiwan ternakan untuk dimakan. Beza sangat2.


Anjing adalah delicacy bagi kaum tertentu. Sama macam arnab berstatus binatang peliharaan tapi kenapa kita makan arnab? Sebab arnab asalnya liar sebelum jadi peliharaan dan jadik buruan manusia untuk makanan. Sama juga dengan anjing.
Quote prettyuglybabe 25-9-2020 03:05 PM
mana mungkin kokesen bertamadun bersifat kejam gini..
Quote dua_chzy 25-9-2020 03:06 PM
Decaffeinated replied at 25-9-2020 03:03 PM
Orang Korea yang makan hanjeng pun hangen bila barat kecam makanan mereka. So what kalau ada ora ...


Report aje. Aiol bukan pencinta binatang. Ayam pun ai benci sebab kuat berak merata kotorkan laman rumah. Tu belum masuk hanat panjat keta, cakar keta. Tapi sebab dok kampung bertabah saja la hadap femili yang pelihara ayam free range ini.
Quote Kurex 25-9-2020 03:20 PM
prettyuglybabe replied at 25-9-2020 03:05 PM
mana mungkin kokesen bertamadun bersifat kejam gini..

ni mesti ada jarum2 halus perburukkan kan leluhur bertamadun ni

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.065729 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top