Sebelum ini seorang bapa membiarkan anak lelakinya berusia sembilan tahun pandu kereta, sekarang tular pula video menyaksikan seorang kanak-kanak di Seremban memandu treler.
Harian Metro melaporkan, hasil semakan mendapati kejadian berlaku di Rantau. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, "Kejadian berlaku pada 4.41 petang semalam menerusi satu video tular berdurasi 1.18 minit memaparkan seorang kanak-kanak di bawah umur dirakam sedang memandu sebuah treler jenis Hino.
"Kejadian berlaku di kawasan Rantau, Seremban dan satu laporan polis diterima berkait video yang tular itu kerana bapa kanak-kanak terbabit dengan cuai membiarkan anak bawah umur memandu treler. "Kita sedang mengesan bapa kepada kanak-kanak terbabit untuk siasatan lanjut." Siasatan lanjut termasuk umur kanak-kanak terbabit itu juga sedang diteruskan. "Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001." -CARI |
sribayu replied at 8-9-2020 03:55 PM
Handal orang nogori
ADVERTISEMENT