Ingat lagi dengan pelakon Falisha Crossley? Sekarang ini dia selesa menjadi suri rumah sepenuh masa.
Bagaimanapun katanya sampai sekarang dia masih menerima tawaran berlakon.
"Saya dah makin membiasakan diri jadi suri rumah. Kadang-kadang itu kalau tengok televisyen, terdetik juga rindu nak berlakon. Ada juga yang tertanya-tanya saya masih berlakon lagi ke tak sebab lama tak nampak. "Bahkan, tawaran ada juga yang datang. Orang masih beritahu ada watak nak berikan kepada saya. Tahun ni pun ada lagi, cuma, saya cakap tak boleh nak buat sebab mengandung lagi," katanya kepada Astro Gempak. Pelakon drama Dia Semanis Honey ini juga memberitahu yang suaminya juga lebih suka sekiranya dia memberi fokus kepada keluarga di rumah.
"Di rumah hanya saya, suami dan anak sahaja. Saya tidak ada bibik ke pembantu. Jadi, sayalah yang akan uruskan semuanya. Tak tahulah kalau nak berlakon suami beri ke tak. "Tapi sebenarnya, suami lagi suka saya duduk di rumah jaga anak memandangkan di luar sana pun macam-macam kes berlaku bila hantar anak kepada pengasuh," tambahnya. Sumber pendapatan Falisha kini adalah mengusahkan perniagaan daging sejuk beku bersama suami. "Kami buat perniagaan menjual daging sejuk beku dari New Zealand. Kalau ada tempahan, sayalah yang akan uruskan. Itulah kerja saya sambil duduk di rumah." Falisha dan suaminya yang merupakan seorang juruterbang berkahwin pada Januari 2017. Hasil perkahwinan meeka dikurniakan seorang anak perempuan berusia tiga tahun dan sekrang sedang mengandung enam bulan. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|