CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

FINAS Tercabar Bila e-Dagang Jual Filem Cetak Rompak

5-8-2020 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2291| Komen: 10

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) membuat siasatan susulan tindakan platform e-dagang menjual secara haram filem terbitan Astro First Keluarga Iskandar The Movie dan Ada Apa Dengan Dosa (AADD).


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Idham Ahmad Nadzri akan menyiasat pihak e-Dagang dan mereka yang menjual filem cetak rompak itu.


Kredit foto: IG Ahmad Idham

"Siasatan kami untuk memastikan sama ada mereka ini mempunyai lesen pengedaran dan adakah sudah mendapat kebenaran pihak penerbit untuk menjual filem terbabit.

"Berdasarkan laporan diterima, mereka (pihak e-dagang itu) tidak mendapat kebenaran daripada penerbit untuk menjual filem itu," katanya dalam kenyataan yang dipetik Harian Metro.

FINAS juga akan menyiasat sama ada pihak e-dagang itu tahu bahawa sesetengah produk yang dijual itu adalah bahan cetak rompak.


"Jadi, FINAS rasa tercabar apabila mereka secara terbuka menjual filem cetak rompak itu," ujarnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 5-8-2020 11:17 AM
Shopee ni patut tapis seller diorang.
Quote meow_tompok 5-8-2020 11:48 AM
saman seller dpt apa.. baik saman shopee

kaka @Sarah82.... shopee nak kena saman 50 juta ni
Quote sharlenetexas 5-8-2020 11:52 AM
Shopee tak tapis dulu ke produk dijual? Dulu iols upload nak jual baju Zalora tunggu sehari baru lepas. Shopee nak revise apa tah. Ni perkara hak cipta takkan main lepas cam tu je?
Quote dekmieDandy 5-8-2020 11:57 AM
dia macam lepas je sekarang kan

haritu ternampak ads utk CBD oils, take month jugak dia nak take down
Quote lipans 5-8-2020 12:00 PM
shopee bukan layan kalau orang komplen.

aku pernah nak beli susu. tajuk misleading macam harga 3 paket, tapi sevbenarnya hanya satu packaet je. bila check komen, ramai gila yang terkena. ramai dah complain ke shopee, tapi tak dilayan.

sib baik aku check komen dulu.
Quote Normabaru 5-8-2020 12:06 PM
Law dh obsolete pergi la pinda.. Pung pang2 gini pe je settle. Haih
Quote AbukRokok 5-8-2020 02:31 PM
push la kpd gomen ban shopee
US dan India pun boleh ban ban app
Quote Artemesiaa 5-8-2020 03:13 PM
Senangnya mengaut keuntungan dari hasil kerja orang lain.  Dulu guna cetak rompak sekarang guna cara eDagang pula.  
Quote ninja9 7-8-2020 08:37 AM
shopee memang kena hati2... kena baca komen kalau tak bila bila boleh kena. Scammer relax jer tukar2 ad setiap kali ada orang lepas beli.. jadi ramai tak tahu dia scammer, malah ada yg siap puji lagi  scammer sbb tak tahu lagi barang tu tak ikut spec
Quote mawar_mustika 9-8-2020 03:41 PM
dlm shopee ada jual filem ke?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.147332 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top