Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) membuat siasatan susulan tindakan platform e-dagang menjual secara haram filem terbitan Astro First Keluarga Iskandar The Movie dan Ada Apa Dengan Dosa (AADD).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Idham Ahmad Nadzri akan menyiasat pihak e-Dagang dan mereka yang menjual filem cetak rompak itu.
Kredit foto: IG Ahmad Idham
"Siasatan kami untuk memastikan sama ada mereka ini mempunyai lesen pengedaran dan adakah sudah mendapat kebenaran pihak penerbit untuk menjual filem terbabit.
"Berdasarkan laporan diterima, mereka (pihak e-dagang itu) tidak mendapat kebenaran daripada penerbit untuk menjual filem itu," katanya dalam kenyataan yang dipetik Harian Metro.
FINAS juga akan menyiasat sama ada pihak e-dagang itu tahu bahawa sesetengah produk yang dijual itu adalah bahan cetak rompak.
"Jadi, FINAS rasa tercabar apabila mereka secara terbuka menjual filem cetak rompak itu," ujarnya. - CARI |