Nora Ariffin menyifatkan ia satu pembaziran jika muncul dengan single baharu buat masa ini. Dakwanya, ia disebabkan segelintir stesen radio tidak memainkan lagu baru dinyanyikan penyanyi lama sepertinya.
"Lagu baharu sendiri belum lagi. Memang ada hasrat nak buat dan pernah bincang dengan komposer, tapi sebenarnya buang duit saja. Kalau ada sekarang pun, siapa nak main? Macam buang duit saja, jadi biarlah dulu. "Kita pun bukan banyak duit. Duit yang ada boleh buat benda lain. Bagi saya tak mengapa, tapi sedih keadaan itu, tak sihat. Ada beberapa rakan penyanyi keluar lagu baharu, tapi mana lagu-lagu mereka di stesen radio? Kata nak sangat lagu baharu, tapi bila ada tak main pun. Jadi macam sedih. "Kebetulan kelmarin tengok status pemain gitar Aznan di Facebook yang dia sudah malas nak dengar radio. Katanya sekarang terbalik, kita pula kena dengar selera mereka. Sepatutnya sebagai penyanyi, orang ikut apa kita buat. Sekarang terbalik yang mana orang seni kena ikut selera yang mereka sajikan. Jadi saya macam, okeylah, tak nak," katanya kepada Harian Metro.
Dalam masa sama, Nora berkata, dia mahukan nafas baru jika ada perancangan lagu baru. Katanya, dia sudah letih mengeluarkan lagu sedih. "Saya nak lebih kepada aura positif. Saya kena gembirakan diri. Kalau tak gembira, sedihkan?" katanya. Nora bagaimanapun menafikan soal pasangan menjadi faktor menggembirakannya. - CARI
|
sleepandream replied at 17-7-2020 04:33 PM
kalau lagu sedap radio main je...
kalau ikhlas berkarya keluarkan jela lagu..
ada luck lagu sedap ...
caca_eric replied at 17-7-2020 04:58 PM
Tp bosan gak lagu yg sama 20 kali
Contoh naim daniel sumpah
Sehari 20kali
azimodin replied at 21-7-2020 04:23 PM
dah malas nak dengar radio sekarang, asyik2 lagu yang sama. nak ke ofis, meouls ambik masa 45 to 60 ...
aammyy replied at 21-7-2020 09:23 PM
SETUJU! Zaman sekarang radio kereta orang dah boleh bluetooth joox, Spotify & YouTube.
Tapi I j ...
bintangcinta replied at 22-7-2020 09:29 AM
jangan berharap dengan radio dahlah kakak oi. orang dengar radio pun time pergi and balik kerja tu p ...
supernaturalee replied at 22-7-2020 05:24 PM
create channel sendiri kt YouTube tu
then post lagu2 baru kt situ
klu org suka org akn tegk dan ul ...
aammyy replied at 23-7-2020 04:34 PM
Untuk post balik performance yg lama2 tak boleh kot sbb ada copyright stesen tv? Dia boleh buat co ...
sleepandream replied at 17-7-2020 04:33 PM
kalau lagu sedap radio main je...
kalau ikhlas berkarya keluarkan jela lagu..
ada luck lagu sedap ...
ADVERTISEMENT