CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Staf Lapangan Terbang Diserang Tiga Penumpang Mengamuk Penerbangan Lewat

16-7-2020 11:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4323| Komen: 33

Description: Tiga petugas syarikat Spirit Airlines cedera ringan selepas diserang tiga wanita di Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale-Hollywood, Florida pada Selasa.
Tiga petugas syarikat Spirit Airlines cedera ringan selepas diserang tiga wanita di Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale-Hollywood, Florida pada Selasa.

Menurut Daily Star, pergaduhan itu tercetus selepas tiga penumpang berkenaan berang apabila penerbangan mereka berdepan kelewatan.





Rakaman kejadian menunjukkan beberapa wanita membaling beberapa objek ke arah petugas sebelum berlari ke belakang kaunter dan menyerang mereka.

Mangsa ditumbuk, ditendang dan dipukul dengan pelbagai barang, seperti telefon, kasut, botol air, papan tanda logam dan makanan segera.

Pergaduhan itu dilaporkan berlaku di luar balai berlepas bagi penerbangan ke Philadelphia.


Menurut laporan, Tymaya Wright, 20, Danaysha Dixon, 22, dan Keira Ferguson, 21, yang ditahan mendakwa mereka mahu pulang ke Philadelphia.


Kredit foto: Daily Star

Ketiga-tiga mereka didakwa melakukan serangan fizikal dengan Tymaya didakwa merampas telefon salah seorang petugas terbabit.

Syarikat penerbangan itu kemudian mengeluarkan satu kenyataan yang mengecam tindakan tiga wanita terbabit.

"Kami sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tingkah laku kasar.

"Pertanyaan lebih lanjut mengenai kejadian ini harus dirujuk kepada pihak berkuasa," katanya. - CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 16-7-2020 11:23 PM
Ganasnya.. Tapi apa punca airlines staff amik hp passenger?
Quote Kurex 16-7-2020 11:26 PM
Mana mungkin leluhur yg selalu jadi mangsa ni bertukar ganas.. mesti ada jarum2 halus perburukan leluhur suci
Quote emptybotol 16-7-2020 11:41 PM
Perawankota: Ganasnya.. Tapi apa punca airlines staff amik hp passenger?


Tymaya tu passengers tu. dia yg rampas handphone staff airlines tu lepas dia serang dorang.
Quote ikanmasin 17-7-2020 12:20 AM
amboii overnya ...
Quote Supersirap 17-7-2020 12:27 AM
Walaupun mereka wanita, mereka berani melakukan tindakan ganas tersebut
Quote rosli_nurizzati 17-7-2020 12:28 AM
nama masing2 habis ghetto...
Quote Normabaru 17-7-2020 12:37 AM
BLM style mmg gini ke?
Quote dudaberhias 17-7-2020 12:39 AM
dah agak dah mesti di US khennn... dan jangan lupa lepastu blacklivesmatter kehulu kehilir
Quote clarizsa 17-7-2020 12:39 AM
Erk
X pernah fly ke
Normal laa flight delay

Menyampah lak tgk muka pelaku2 tu
Quote Nahnukutu 17-7-2020 12:54 AM
Perawankota replied at 16-7-2020 11:23 PM
Ganasnya.. Tapi apa punca airlines staff amik hp passenger?

Ko punya pasal la aku kena ulang baca. Choyyy...
Quote Perawankota 17-7-2020 01:33 AM
Nahnukutu replied at 17-7-2020 12:54 AM
Ko punya pasal la aku kena ulang baca. Choyyy...

Adoi hahha
Quote Perawankota 17-7-2020 01:34 AM
emptybotol replied at 16-7-2020 11:41 PM
Tymaya tu passengers tu. dia yg rampas handphone staff airlines tu lepas dia serang dorang.

Nak cepat Sgt baca... Maafkanlaaaaa
Quote HappyGumbira 17-7-2020 01:41 AM
giler masing2 pun
Quote sambaldurian 17-7-2020 01:46 AM
tp tgk muka tymaya tu mmg mcm sakit hati je ak nengok. mcm nk tampor je rs dgn mulut kemam dia tu. masing2 ni ada telan drugs ke ape. sehati sejiwa cari gaduh.  eeh serius la sakit hati tgk tymaya tu.
Quote imransulaiman 17-7-2020 02:00 AM
#blacklivesmatter kan?
Quote Gintoki08 17-7-2020 02:27 AM
Bila kena pukul balik, playvictim racist bagai. Sebiji macam puak2 sepet
Quote anonims 17-7-2020 03:26 AM
Overnya!!
BLM sangat!
Quote ellejo 17-7-2020 03:28 AM
ghetto. pakai wig pulak tu. tak tercabut pulak wig tu masa gaduh
Quote lostfaith 17-7-2020 07:47 AM
Black lives matter. Puak puak ni memang suka main victim card. Racist card. Padahal perangai memang tak semengah. Bila tertindas katanya isu warna kulit. Bila buat hal katanya jgn main isu warna kulit, itu perangai individu....

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.101082 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top