Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pemimpin yang melancarkan Proton pada 1985, mengenang kembali peristiwa itu dengan memuat naik beberapa foto memandu kenderaan tersebut serta menitipkan ucapan ringkas. "Selamat ulang tahun ke-35 Saga," catat Dr Mahathir di Twitter.
Kicauan tersebut mendapat reaksi warga maya yang turut berkongsi kenangan bersama kenderaan itu. Sempena ulang tahun ke-35 ini, Proton turut memperkenalkan kereta Saga Edisi Khas dengan harga bermula RM39,300 terhad kepada 1,100 unit sahaja. Hantaran Dr Mahathir itu setakat ini dikongsi lebih 3,000 kali dan disukai lebih 5,000 pengguna Twitter. Siapa sangka negara kecil seperti Malaysia mampu menghasilkan kenderaan berjenama sendiri. Tahniah, Proton! - CARI |
ADVERTISEMENT