CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Garis Kemiskinan Kini RM2,208, Kita Yang Gaji Minimum Kena Menggelabah Ke?

12-7-2020 08:09 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5351| Komen: 35|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional berjumlah RM980 pada tahun 2016 akhirnya dinaikkan kepada RM2,208 bagi tahun 2019 dengan mengambil kira corak ekonomi semasa.





Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional berjumlah RM980 pada tahun 2016 akhirnya dinaikkan kepada RM2,208 bagi tahun 2019 dengan mengambil kira corak ekonomi semasa.

Angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia itu berdasarkan kajian yang dijalankan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) Kementerian Kesihatan, dan beberapa kementerian serta agensi berkaitan bermula Mac 2019 sehingga Jun 2020.

Menurut laporan Astro Awani, metodologi penetapan PGK telah ditambahbaik dalam tiga aspek, antaranya adalah penetapan PGK makanan yang diperkemaskan daripada 'minimum' kepada 'optimum minimum'.



Kredit foto : Awani

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, angka tersebut adalah nilai PGK baharu yang diperolehi setelah kerajaan mengkaji semula metodologi pengiraan yang diguna pakai sejak 2005.

Jelas beliau, usaha penambahbaikan kaedah pengukuran kemiskinan tersebut bermula daripada pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (KSP RMKe-11) pada 18 Oktober 2018.


Kredit foto : Free Malaysia Today

Bertitik tolak dari itu, Mustapa memaklumkan kerajaan telah mengkaji semula metodologi penetapan PGK supaya ia lebih menggambarkan corak perbelanjaan dan keperluan serta demografi semasa isi rumah, seiring dengan kemajuan yang dicapai oleh negara sejak tahun berkenaan.

"Ia mengambil kira peningkatan kualiti item Piramid Makanan 2020 dan Panduan Diet Malaysia (PDM) 2020 selaras dengan aktiviti fizikal harian dan kehidupan yang sihat. Sebagai contoh susu pekat manis dalam bakul makanan sebelum ini telah ditukarkan kepada susu tepung yang lebih sihat."

Mustapa turut berkata perubahan corak perbelanjaan isi rumah, harga barangan dan perkhidmatan semasa pada 2019 berbanding tahun 2005 juga diambil kira.


Kredit foto : PPIM

Jadi, ia bermakna semakin ramailah yang berada di bawah paras PGK memandangkan gaji minimum rakyat Malaysia sendiri pun RM1,200. 

Statistik sudah pun dikeluarkan. Apa pula tindakan dari pihak kerajaan selain sentiasa bertekak isu politik? - CARI
2

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 12-7-2020 08:37 AM
Dah tu, naikkanlah gaji
Quote Normabaru 12-7-2020 09:03 AM
Garis kemiskinan naik.. Tp jumlah bantuan zakat masih xnaik2.hshshs
Quote nazzse 12-7-2020 09:36 AM
B10 bawah Rm2500, maka makin ramailah rakyat tergolong dlm ni
Quote TravellingBear 12-7-2020 09:37 AM
naik gaji tak selesai masalah.

kurangkan tax & subsidi yg kena naikkan . contoh: petrol , beras

tapi barang mewah kena tax kawkaw punya tinggi

Quote CiliPadiSedap 12-7-2020 10:01 AM
TravellingBear: naik gaji tak selesai masalah. kurangkan tax & subsidi yg kena naikkan . contoh: petrol , berastapi barang mewah kena tax kawkaw punya tinggi


Kat malaysia ni golongan main property saham bisnes mmg instant millionaire.. Bangla jd malaysia pun blh jd jutawan

Setuju org kaya kena tax mcm2
Quote helicornia 12-7-2020 02:55 PM
pendapatan garis kemiskinan tu pendapatan isi rumah. gaji minimum tu individu. 2 kaedah berbeza.kena faham tu
Quote rosasen 12-7-2020 03:56 PM
naikkan gaji tp tak leh control kenaikan harga barang, end up sama jgk...

minyak naik, harga brg naik sama...minyak turun nape x turun? pandai lak statik
Quote LadyCarefree 12-7-2020 04:05 PM
Apa nak risau? Abah ada. Paklong ada.
Quote Earkix94 12-7-2020 04:18 PM
Selagi kerajaan tak bertegas dengan pihak majikan yang bayar gaji rendah dekat pekerja, selagi tu rakyat takkan menikmati gaji yang selesa. Buatlah undang-undang dan akta gaji minimun, kalau tak ada tindakan dan hukuman dari kerajaan, selagi tu ada syarikat seronok bayar murah untuk pekerja.
Quote crazybeach 12-7-2020 05:39 PM
so kalau tak kena menggelabah nak buat apa babi? bukan semua orang mampu nak dapat keja mindef gred n1 gaji pokok jah rm 1625.84 tambah pulak lagi elaun tetap rm695 boleh belasah tumbuk anak bini orang sesedap maggi cukup rasa pulak? kahwin pun free bini loan duduk kuaters tak renew roadtax segala mana tak rasa senang terus fefeling langsi samseng nak belasah orang kan babi?
Quote pooh~key 12-7-2020 06:56 PM
Akak sokong naik gaji dekkk... at least kalau set2 usahawan terulung ni naikkan harga produk dan perkhidmatan diorang pun, ada jugalah pihak yang boleh merasa niaqmat of buying power dekkkk!
Quote msdummy.2018 12-7-2020 08:18 PM
Kurex: Dah tu, naikkanlah gaji


boleh..theb brg akan naik, bangla akan jd bnyk...ko mau?
Quote sayawifenikmie 12-7-2020 09:13 PM
banyak tu je ke orang miskin kat malaysia ni ?
ikut isi rumah ... bukan ikut berapa kepala  dalam rumah ?
Quote misuke 13-7-2020 08:11 AM
crazybeach replied at 12-7-2020 05:39 PM
so kalau tak kena menggelabah nak buat apa babi? bukan semua orang mampu nak dapat keja mindef gred  ...

tersedak acik mindef tu... hahaha..
Quote jaja8 13-7-2020 09:31 AM
sekarang susah jumpe org yg tak buat kerje lebih dari satu..lepas keje harian, gi bukak gerai burger la..tak pun jadi agen macm2..sume sebb nk menampung komitmen..takkan la tak nampak lagi..
Quote jaja8 13-7-2020 09:38 AM
TravellingBear replied at 12-7-2020 09:37 AM
naik gaji tak selesai masalah.

kurangkan tax & subsidi yg kena naikkan . contoh: petrol , beras
...

Setuju..yg income biase2 nk shopping brg mahal pun kumpul duit..yg income terlebih tu patut shopping esp brg import kne tax lebih skit..contoh jee.jgn mara..Zaman dulu selalu promote belilah barang buatan malaysia..
Quote Modngengade 13-7-2020 09:43 AM
selamat gelabah tetek sisters
Quote seri_mawr 13-7-2020 09:55 AM
gara2 pandemic....gaji yang ada pun kena potong dah ni...garis kemiskinan naik...huhuh...

dunia semakin maju....yang pandai jana income boleh survive...yang duk makan gaji...cukup2 makan je..silap tgh bulan dah kering.....

Quote husna_amal 13-7-2020 10:05 AM
Kita yang gaji kecik ni kena cut perbelanjaan2 yang tak perlu lah macam tu.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.060684 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top