Polis Melaka akan melantik 94 Petugas Pemantau untuk meronda kawasan taman perumahan dan kampung bagi memantau pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri itu.
Kata Ketua Polis negeri, Datuk Mat Kasim Karim, pihaknya tidak akan teragak-agak membawa tuan rumah yang menerima tetamu melebihi had dibenarkan. Mereka akan membuat pemeriksaan mengejut di mana-mana kediaman yang didapati mencurigakan dan mempunyai kenderaan yang banyak di sekitar rumah. "Kita tidak akan berkompromi dalam perkara ini, malah akan bertindak tegas kepada mereka yang ingkar arahan termasuk membawa tuan rumah ke balai polis untuk diambil tindakan.
"Kita sudah memberi amaran awal, jangan ada yang marah atau tidak berpuas hati jika ditangkap nanti," katanya. Pihaknya juga akan memantau kawasan tumpuan sepanjang Syawal seperti pasar awam, pasar basah dan pasar raya bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dipatuhi semua peniaga dan pengunjung. - CARI
|
hiswife: Kesian plak kalau tuan rumah xtahu. So to be safe, tak payah terima tetamu langsung
ADVERTISEMENT