View: 3308|Reply: 20
|
[Tempatan]
Tetamu rentas negeri tanpa kebenaran, tuan rumah diheret ke balai - Polis Melaka
[Copy link]
|
|
ALOR GAJAH: Polis Melaka tidak teragak-agak mengheret pemilik kediaman ke balai polis sekiranya didapati menerima tetamu yang melakukan perjalanan rentas sempadan negeri tanpa kebenaran pada Hari Raya Aidilfitri ini.
Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim berkata, seramai 94 petugas pemantau akan dikerahkan di ketiga-tiga daerah di negeri itu bagi membuat pemeriksaan mengejut terhadap kediaman yang mempunyai jumlah kenderaan diparkir yang meragukan.
Beliau berkata, tidak dinafikan ada antara individu yang berusaha menipu pihak berkuasa untuk pulang ke kampung dengan memaklumkan mereka hanya merentas daerah memandangkan aktiviti itu dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.
Bagaimanapun ujar Mat Kasim, pada musim perayaan ini, pintu-pintu masuk ke sempadan negeri itu terutama di plaza-plaza tol akan diperketatkan, memandangkan alasan berkenaan tidak masuk akal.
Ini kerana jelasnya, Melaka merupakan sebuah negeri yang kecil dan kebanyakan pengguna jalan raya cenderung memilih laluan persekutuan berbanding lebuhraya dengan mengambil kira faktor jarak antara daerah yang dekat.
“Jadi kita tahu negeri Melaka ini kecil dan laluannya pun agak mudah tetapi bagaimanapun di pintu-pintu masuk dan pintu keluar, contoh di tol Simpang Ampat ini, dua-dua belah kita akan jaga.
“Kita akan pastikan mereka ini mematuhi dan mempunyai permit yang sebenarnya. Janganlah cuba-cuba hendak melintasinya tanpa sebarang alasan yang kukuh.
“Sayang duit untuk bayar RM1,000, lebih baik digunakan untuk hari raya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau sekatan jalan raya di plaza tol Simpang Empat, Alor Gajah pada malam Rabu.
Mengulas lanjut ujarnya, ketika ini lapan sekatan jalan raya yang melibatkan 505 pegawai dan anggota, dilaksanakan di negeri itu termasuk di laluan-laluan pesisir pantai bagi mengekang cubaan penyeludupan keluar dan masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan beberapa laluan laut.
Dalam pada itu ujar Mat Kasim, pihaknya turut menempatkan pasukan pemantau di pasaraya dan pasar-pasar awam di negeri itu sepanjang musim perayaan ini bagi memastikan kesemua peniaga dan pengunjung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Tegas beliau, individu yang dikesan ingkar terhadap arahan pihak berkuasa juga akan diberikan saman tanpa sebarang alasan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
simpan la duit tu.. tak berbaloi |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian plak kalau tuan rumah xtahu. So to be safe, tak payah terima tetamu langsung |
|
|
|
|
|
|
|
Senang cerita, tak payah terima tetamu langsung. Sekarang sesiapa je datang, kita je yang ke pagar. Jumpa kat pagar aje, itupun di celah2 papan pagar |
|
|
|
|
|
|
|
Senang senang kunci pagar kunci pintu je la la. Jangan terima tetamu langsung. I cakap kat suami tahun ni kunci pagar umah mak mertua. Beraya sendiri sendiri je. Kalu PIL ada bunyi pape just ignore je. Kita buat untuk kebaikan dorang and diri sendiri jugak.
Yang dok lapar sangat nak gi beraya musim covid ni. Dok umah diam diam |
|
|
|
|
|
|
|
tampal ni kat pintu
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
patut beraya wajib pakai baju PPE aja |
|
|
|
|
|
|
|
Korang gigih nk datang beraya...
tp yg kena kompaun tuan rumah...
sila hadam ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Naya kalau tuan rumah kena
|
|
|
|
|
|
|
|
time pkpb ni leh tak kita duk hotel dlm daerah sendiri?...akak nak tau ni |
|
|
|
|
|
|
|
Peringatan utk mak pak yang dah main wayang suruh anak balik beraya juga dengarlah nasihat polis untuk kebaikan bersama |
|
|
|
|
|
|
|
diaorg ni tak sayang duit yer,sanggup byr rm1k dr simpan duit tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Hurmmm,PIL iols dok tampin,iolls dok durian tunggal. PIL suruh balik,boleh ker?
Sungguh-sungguh tu siap pesan jalan dlm yg xde roadblock.eerrr..
Iols risau lah,ada anak kecik ... kan bahaya nak bawak kuar. Silent carrier ada di mana-mana. |
|
|
|
|
|
|
|
1k tu banyak la zaman gawat ni. lagi2 org yg keje tatau lagi caner keadaan lepas raya masih blh continue kerja or tak. baik la simpan 1k tu.
yg dah bolos blk kg tu jgn mengada sangat nak beraya sana sini. jgn menyusahkan org. |
|
|
|
|
|
|
|
Ambillah iktibar lelaki yang balik ke Kedah dari Melaka itu. Tak pasal-pasal melayang seribu. Barangkali hasil aduan dari masyarakat sekeliling juga. Banyak mata yang memerhati. |
|
|
|
|
|
|
|
hiswife: Kesian plak kalau tuan rumah xtahu. So to be safe, tak payah terima tetamu langsung
Kalau dia tak tahu mestilah dia terima tetamu hahah |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sapa suruh awal awal pi announce boleh beraya 20 orang. 20 orang satu hari. 20 orang hari raya pertama. Beraya jiran2 dan keluarga? Korang yg sendiri bagi mesej yg tak jelas dan mengelirukan orang ramai.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Sayang duit untuk bayar RM1,000, lebih baik digunakan untuk hari raya,” katanya
Betul sangat |
|
|
|
|
|
|
| |
|