CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Angkara Ayam Berkokok, Lelaki Maut Mata Dicungkil Jiran

21-5-2020 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2815| Komen: 10

Lelaki di barat Virginia meninggal dunia selepas matanya dicungkil jiran yang tidak puas hati ayam miliknya tidak berhenti berkokok.

Menurut laporan Bluefield Daily Telegraph seperti dipetik Sinar Harian, Richard Wayne Ellison, 47, pada Ahad lalu nekad membunuh haiwan berkenaan di rumah mangsa, Benny Foutch, 72, sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.



Kredit foto: WVNS

Bertindak di luar kawalan, Ellison kemudian mencungkil mata jirannya itu hingga mangsa maut.

Difahamkan, Pasukan keselamatan Princeton yang bergegas ke rumah berkenaan sebaik menerima aduan, menemui mayat Foutch di beranda rumahnya dalam keadaan mata berlumuran berdarah.

Pemeriksaan awal juga mendapati sebilangan besar bulu dipercayai bulu ayam  di sekitar mayat mangsa.

Menurut Detektif koperal M.S. Horn, Ellison mengakui membunuh Foutch selepas 'disuruh' syaitan.


"Ellison juga meminta dirinya ditembak dan bercakap tentang mahu seseorang dari penjara untuk membunuhnya," katanya.

Berikutan kejadian, Ellison didakwa atas tuduhan membunuh melalui sidang video dan mahkamah menetapkan jaminan sebanyak ASD200,000 (RM870040.00). - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pasa 21-5-2020 01:18 PM
Edited by pasa at 21-5-2020 01:19 PM

ganas laki kokesen bila kene ganggu dengan saka.
Quote Kurex 21-5-2020 01:31 PM
Ni mesti suka bangun lambat ni
Quote Melur1 22-5-2020 03:37 AM
Jantan kokesen kalau dah psycho memang psycho betul2 yach
Quote sukacactus 22-5-2020 05:28 AM
Tu la...waktu ayam tido ko berjaga
Waktu ayam berjaga ko plak nak tido
Patut ko ikut waktu tido ayam tu, selesai prob
Quote loladaily 24-5-2020 11:32 PM
Tak memasal
Quote supernaturalee 25-5-2020 12:42 AM
Sembelih buat rendang kn sedap

Quote Dovahkiin 25-5-2020 02:44 AM
West Virginia.... Rednecks.... What can u expect?
Quote tiesza169 25-5-2020 08:51 AM
Arahan syaitan
Quote Artemesiaa 25-5-2020 11:57 AM
Kejamnya perbuatan sebabkan ayam sampai sanggup membunuh sia2 je lakukannya
Quote Salazarhere 30-7-2020 03:42 PM
fuhhhh boleh buat filem hollywood ni!

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.177592 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top