Runtun hati mendengar kisah pemuda ini yang sanggup memohon untuk 'meminjam' warga emas menjelang Syawal nan syahdu. Pertama kali beraya tanpa ibu bapa membuatkan seorang lelaki nekad 'meminjam' warga emas di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Kempas, Johor Bahru untuk beraya bersama.
Memetik Harian Metro, pusat jagaan berkenaan bagaimanapun tidak dapat memenuhi permintaan pemuda walaupun beliau kesunyian. "Memang terkejut dengan permohonan pemuda itu, saya tidak dapat memenuhi permintaannya walaupun rasa sebak dan sedih. "Ia memandangkan pada waktu itu hanya ada warga emas yang mempunyai waris dan ahli keluarga yang berada dalam keadaan sihat," kata pembantu di pusat jagaan terbabit, Abdullah Ibrahim, 65. Menurutnya, walaupun ada warga emas yang tidak mempunyai waris, pihaknya hanya boleh membenarkan seorang saja sama ada ibu atau bapa bagi merasai kasih sayang pemuda terbabit.
Hargailah ibu bapa sementara mereka masih ada. - CARI
|
ADVERTISEMENT