View: 2047|Reply: 10
|
[Tempatan]
Kerana sunyi, lelaki pinjam ibubapa tatkala Aidil Fitri nan syahdu
[Copy link]
|
|
AKIBAT kesunyian kerana kehilangan ibu bapa tersayang, seorang lelaki sanggup datang ke Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Kempas, Johor Bahru, untuk memohon 'meminjam' warga emas di situ bagi beraya bersama.
Kejadian tahun lalu itu diceritakan Pembantu di pusat jagaan terbabit, Abdullah Ibrahim, 65.
Katanya, pemuda itu berbuat demikian kerana terasa sangat sunyi dipercayai baru pertama kali beraya sendirian tanpa dua insan tersayang.
"Memang terkejut dengan permohonan pemuda itu, saya tidak dapat memenuhi permintaannya walaupun rasa sebak dan sedih.
"Ia memandangkan pada waktu itu hanya ada warga emas yang mempunyai waris dan ahli keluarga yang berada dalam keadaan sihat.
"Kita tidak boleh bantu, sekiranya ada sekalipun kita hanya membenarkan salah seorang sahaja sama ada ibu atau bapa bagi merasai kasih sayang pemuda terbabit," katanya.
Dia ditemui selepas Penyerahan sumbangan Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) Ramadan 2020, hari ini.
Dalam pada itu, Abdullah berkata, ada juga anak yang tidak menghargai dengan 'membuang' ibu bapa uzur mereka dengan membiarkan golongan itu duduk di rumah jagaan itu.
Katanya, pada 2016, suami isteri dari Felda di negeri ini, di bawa ke pusat jagaan ini kerana anak lelaki mereka lari dari rumah dan membiarkan mereka yang sudah uzur sendirian.
"Menurut ketua komuniti yang menghantar pasangan terbabit, mereka sudah menghubungi anak pasangan itu, tetapi anak berkenaan memang tidak mahu menjaga ibu bapanya.
"Pasangan itu sudah uzur dan jiran sekeliling juga tidak mampu sentiasa melihat keadaan pasangan terbabit", katanya.
Abdullah berkata, selang dua tahun, pihaknya berjaya menjejaki anak pasangan terbabit tanpa pengetahuan pasangan itu.
"Anak ini insaf dan ada datang untuk membawa pulang ibu bapanya, namun mungkin hati ibu bapa sudah terluka, pasangan terbabit tidak mahu pulang dan menghembuskan nafas terakhir di pusat ini, selang beberapa bulan.
"Anak itu memang rasa menyesal, dia meminta izin untuk menguruskan jenazah kedua orang tuanya sendiri sebagai bakti terakhir," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mei 2020 @ 8:55 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kau beraya je la kat rumah org tua tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Smlm tgk berita kat tv3 hat time tghari tu sian plak tgk org2 tua ni ada yg mmg anak hantar situ sbb tanak jaga. Ade sorang acik tu dia kata biasa time ramadan atau raya abang dia akan amik utk beraya bersama2.
Tp sbb PKP ni takleh la nak amik bawak balik beraya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihlah....sanggup hantar mak bapa ke pusat jagaan |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh ke dlm waktu pkp ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
risiko la dia ke rumah org2 tua tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bila baca ni, aku bersyukur sgt makpak aku masih ada, walaupun tak dpt raya bersama. Sampai hati la anak2 yg htr makpak kat pusat jagaan mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya baca bg pihak orang tu....yg ada ibu bapa buang pula yg tiada tercari2. ....allahu |
|
|
|
|
|
|
|
tak boleh tgk org tua ot rumah jagaan ni. sedihla. wlpn pernahla cita2 nk keje kt rumah jagaan ni. risau plak diorg relax aku yg hujan nti. hargaila mak pak kita sementara ada |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya pada ibubapa yang diabaikan oleh anak2
|
|
|
|
|
|
|
|
ada juga ibu bapa jenis x suka duduk dgn anak, baik dia duduk dengan kawan-kawan seumur sebaya. Main dam ke baca buku ke borak2 isu favorite yang sekepala.
Kalau kat luar negara lagi elok nurse bertauliah jaga daripada anak sendiri sibuk kerja terabai emosi orang tua ujung2 kena pulak jadi babysitter anak. Kena masak mengemas sidai baju. Lagi kejam pada iol.
Yang guna pusat jagaan tu anak kena melawat setiap hari la tapinya tanpa fail. Bukan tinggal mcm tu je. My jiran dulu chinese pindah oversea, mak iol cerita anak dia hari2 melawat sampai akhir hayat. Anak tunggal. Nurse2 pun kenal dia. Tapi kat UK la bukan pusat jagaan sini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|