Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan semakin ramai individu ingkar arahan rentas negeri walaupun pelepasan pergerakan rentas negeri yang diberikan bermula 7 hingga 10 Mei lalu sudah tamat. Susulan itu, individu yang ditahan kerana merentas sempadan negeri tanpa kebenaran boleh dikenakan kompaun sehingga RM1,000. Menerusi Facebook, seorang jururawat mendedahkan ada individu tampil untuk melakukan ujian saringan kesihatan sebaik tiba di kampungnya di pantai timur. Beliau sendiri tertanya-tanya bagaimana individu terbabit berjaya merentas negeri pada waktu ini.
Menurutnya, dia sangat terkejut melihat masyarakat yang menetap di Kuala Lumpur dapat pulang ke kampung halaman di pantai timur untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga. Tambahnya, mereka yang pulang ke kampung turut melakukan pemeriksaan kesihatan (ujian swab) di unit kecemasan hospital sebelum tiba di rumah masing-masing. Lebih mencurigakan, kesemua mereka berjaya merentasi sempadan dan memiliki surat pelepasan polis meskipun kerajaan tidak membenarkan mereka berbuat demikian. Menurut individu yang pulang beraya, mereka mengakui melakukan pemeriksaan kesihatan untuk memastikan diri negatif Covid-19 sebelum berjumpa keluarga di rumah. Lebih musykil, mereka mendedahkan kawasan rumah mereka di Kuala Lumpur merupakan zon merah. Tinjauan di Facebook bagaimanapun mendapati posting asal jururawat ini telah dipadamkan. Menurut Sinar Harian, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes-kes positif Covid-19 yang berkait rapat dengan aktiviti merentas negeri adalah amat membimbangkan terutamanya jika ia terus berlaku berlaku walaupun selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan. Masyarakat seharusnya lebih berwaspada menjelang tempoh perayaan kerana ia mungkin menjadi pemangkin kepada penularan Covid-19 ke kawasan-kawasan yang kini telah mencapai status hijau. Kepatuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) PKPB amat penting dalam usaha menjayakan misi memutuskan rantaian Covid-19. Jangan pentingkan diri sendiri! - CARI |
Boomibulat replied at 19-5-2020 11:25 AM
Rentas negeri, polis buru hingga ke Rumah
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa mungkin akan mengunjungi k ...
msdummy.2018 replied at 19-5-2020 11:39 AM
satu jer aku nk tny...sdgkan aku balik pada rrkh merentas negeri, polis duk mintak qr code bagai...s ...
johan-adx replied at 19-5-2020 11:50 AM
sekatan mmg 24jam..tp bkn 24jam tahan kereta kot..tgk pagi lalu pegi keje lepas je semua
ptg br ...
prettyuglybabe replied at 19-5-2020 11:36 AM
dah kobar dah..
sek sek kito jange pecoh ni memang ummah paling degil..
sure ramai jugak akan bali ...
msdummy.2018 replied at 19-5-2020 12:01 PM
dah tuh..mmg btollah ada yg terlepas...nama pun malaysia..sma pun boleh...bukan ker tuk org yg per ...
msdummy.2018 replied at 19-5-2020 12:02 PM
ttp border kang ada plak merempan xleh g kerja..kang kena buang kerja...
belilies replied at 19-5-2020 12:51 PM
Dari kau sebok pasal orang rentas negeri ni, datin alya bawak budak 5 ketol pegi beli toys tu ke m ...
pcr13 replied at 19-5-2020 01:01 PM
Aku tgk igsrory dia ni dalam hati terus menyumpah bodoh
ADVERTISEMENT