CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tumbang Dek Kepanasan, Frontliners Seru Rakyat Duduk Rumah Walaupun PKPB

7-5-2020 11:02 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 4935| Komen: 19|Original author: Oleh: natrahn


Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilaksana sejak 4 Mei lalu, kes COVID-19 masih menular di negara kita.

Para petugas barisan hadapan masih sibuk bertugas dan membuat saringan kes COVID-19 semasa.

Baru-baru ini, seorang petugas barisan hadapan berkongsi kisah pilu di mana beliau bersama rakan-rakan setugasnya telah pitam semasa bertugas.

Bertugas di bulan puasa dengan memakai sut perlindungan diri (PPE) ditambah pula dengan cuaca yang panas ini sangat menguji mental dan fizikal.


Kredit foto: Facebook Semut Hitam

Maka, beliau menyeru orang ramai agar tidak keluar rumah jika tiada urusan penting walaupun hakikatnya sudah diberi pelbagai kelonggaran oleh kerajaan.


Ini kerana penawar wabak maut ini masih belum ditemui. Langkah terbaik adalah mengelakkan daripada berada di luar rumah jika tiada sebarang urusan penting di samping mematuhi saranan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Rata-rata warga maya turut berasa sedih dengan keaadan yang berlaku dan mendoakan segala urusan petugas barisan hadapan ini dipermudahkan.


Kredit Foto - Facebook Semut Hitam

Bertabahlah frontliners semua. Sesungguhnya pengorbanan anda tiada galang gantinya. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsKathryn 7-5-2020 11:47 AM
Take care frontliners...
Semoga diberi kekuatan dlm menjalankn tugas.
Quote Tinot7 7-5-2020 12:21 PM
Semoga dipermudahkan urusan
Quote bloodyamuk 7-5-2020 12:43 PM
yang tak pakai PPE ni je dah panas wehhh...apatah lagi diorang...kesian frontliner kite...
Quote bintangct 7-5-2020 12:45 PM
mggu ni mmg cuaca panas gila kat sg buloh ni Bahang dr awal pg lg
Quote paz 7-5-2020 12:48 PM
Kasihannya. Semoga mereka terus kuat.

Harap kita-kita ni jangan lah keluar kalau takde hal mustahak.
Quote xtahumenahu 7-5-2020 01:19 PM
Ntil...panas sgt skang ni..bdn pon cepat letih...aku ni kalo bole xmo keluar rumah..diorg lagi laa..dok luar..berpanas..ppe...puasa...
Quote Lailerthee 7-5-2020 02:15 PM
Selaen dr panas and puasa dorg ni sbnr nya penat. Penat sangat2. Dr segi emosi n fizikal
Quote Kurex 7-5-2020 02:23 PM
Aku keluar pergi kerja, tengok selamba je keluar ramai2 berkelompok.. macam tak ada apa berlaku.. terlalu awal lepaskan binatang dalam kurungan
Quote Abot 7-5-2020 02:53 PM
arini mydin melaka penuh.. x thu nk kata ape la..  
Quote Nahnukutu 7-5-2020 04:39 PM
kalau saya mufti saya bagi dorang tak payah puasa ganti secupak beras ja

namun apakan daya

Quote nefnefnef 7-5-2020 04:56 PM
Trueness. The battle aint over yet. Semoga dipermudahkan urusan semua frontliners {:hero
Quote Leonclay 7-5-2020 10:11 PM
Dh la panas, posa pulak..mn x tumbang..kesian diaorg..
Yg rakyat jelata ni pn satu hal..dh keluar beramai2 lps tu ramai pulak yg selamba x pakai mask..kes aktif masih byk lg oi..
Quote airmineral 7-5-2020 10:27 PM
aku p keje jalan kaki turun naik lrt tgh panas terik pon dia punya letih tu 2 hari baru recover weh. time2 pose ni jangan buat pasalll la.

semoga kerja2 tuan/puan dipermudahkan. kesian tengok org keje susah2 ni
Quote LadyCarefree 8-5-2020 09:08 AM
Menangis saya pagi ni baca. Allah sayang sebab tu Allah bagi ujian. Abang, kakak, semua Allah sayang. Maafkan saya, ni semua salah saya. Saya baru tau pagi ni ada yang pengsan. Maafkan saya. Saya risau Allah tanya saya kenapa abang kakak pengsan. Allah sayang kita semua. Semoga Allah balas jasa abang kakak. Maafkan saya. Saya menangis lagi ni.
Quote Artemesiaa 8-5-2020 01:58 PM
Simpati dengan mereka tak dah tanggungjawab tak selesa macam mana pun terpaksa pakai juga demi keselamatan dan kesihatan.  Sayangnya berapa ramai je yang kesihan pada pengorbanan mereka ni.
Quote rain2169 8-5-2020 06:49 PM
Ya Allah kesiannya....
semoga dipermudahkan urusan anda semua wahai frontliners....
#kitamestimenang
Quote Knowlee 8-5-2020 06:58 PM
Panas weh... Dah la cuaca panas, berkuwap lagi pakai PPE mcm tu. Puasa lagi... Mmg dugaan kuat
Quote Supersirap 9-5-2020 12:58 AM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote lizaa12 9-5-2020 08:16 PM
great post
https://pradhanmantri-yoganas.blogspot.com/2020/04/mukhyamantri-vridhjan-pension.html

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.046095 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top