Penutupan syarikat penerbitan Blu Inc yang menghasilkan majalah ikonik fesyen sejak 2004 mengejutkan ramai pihak. Sementelah lagi bagi selebriti yang pernah bekerjasama dengan majalah Glam dan EH!, ianya begitu terkesan di hati mereka. Manakan tidak, sebelum ledakan media sosial, majalah sebeginilah yang menjadi tatapan generasi ketika itu. Dan setiap artis yang pernah menjadi penghias muka depan majalah (cover) gah ini diakui sebagai pelaris. Populariti mereka juga bukan calang-calang kerana 'covergirl' bukan sekadar perlu cantik, tetapi ada cerita yang boleh dijaja. Oleh itu, penulis telah melayari laman Instagram beberapa artis dan meletakkan nombor pada hasil karya penghias muka depan ini. Ia dinilai berdasarkan tatarias, konsep 'cover' dan juga impak mereka terhadap industri itu sendiri. Jom kita mulakan.
Sebenarnya, ada lagi beberapa selebriti yang hasil karyanya sangat menarik dan 'high fashion' tetapi tidak diletakkan di Instagram mereka seperti Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Lisa Surihani dan lain-lain. Apapun, selepas ketiadaan majalah sebegini, akan ada lagikah hasil karya 'high fashion' untuk kita tatap lagi selepas ini? - CARI |
adeqo replied at 5-5-2020 10:13 AM
kenapa blu inc tutup ya?
nak tau gak fact nye..
adeqo replied at 5-5-2020 10:13 AM
kenapa blu inc tutup ya?
nak tau gak fact nye..
aikee04 replied at 5-5-2020 10:39 AM
still fazura...
kiah_mai_pulak replied at 5-5-2020 10:36 AM
sbb dh tak relevan dh kot physical magazine.. drpd tanggung rugi, baik tutup terus
fadz84 replied at 5-5-2020 10:35 AM
No of circulation x mampu tampung production cost dorg kot...
kiah_mai_pulak replied at 5-5-2020 10:38 AM
jahkulop dari zaman berambut menyeksi, smpai ke zaman serkup karam singh walia raut muka tetapplahhh ...
ADVERTISEMENT