Sejak mengalami masalah pada rangkaian perkhidmatannya, Umobile teruk dihentam netizen dan pelanggannya. Ketika mana manusia hari ini bergantung harap pada Internet dalam kehidupan seharian, gangguan perkhidmatan ini semestinya memberi kesan kepada penggunanya.
Berikutan itu, laman Facebook Hero Umobile memuat naik status berbaur sindiran yang mencetuskan provokasi, sekali gus menimbulkan kemarahan netizen. Malah, penggunaan kata-kata admin laman berkenaan ketika membalas komen netizen dilihat tidak bersesuaian dan agak kasar. Ramai netizen mempersoalkan cara syarikat telekomunikasi itu melayan pelanggannya dan menangani masalah berkenaan.
Tidak kurang juga yang mendorong orang ramai untuk beralih kepada perkhidmatan telekomunikasi lain. Susulan itu, FB Hero Umobile sekali lagi memuat naik kenyataan memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku. Namun, rata-rata pelanggan masih tidak berpuas hati dan membanjiri ruangan komen dengan makian. Malah, ada individu dipercayai peniaga mendakwa dia kerugian RM3,000 akibat masalah perkhidmatan tersebut. Tidak cukup dengan itu, didapati terdapat beberapa pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menggunakan nama syarikat itu untuk mengeruhkan lagi keadaan. Bagaimanapun, Umobile menerusi Twitter mengeluarkan satu kenyataan yang menafikan mesej dipaparkan Hero Umobile datang dari pihak mereka. Aduhai, dugaan apalah yang melanda Umobile ya. Diharap semua pelanggan yang terjejas tidak akan 'meninggalkan' Umobile dan beralih ke telco lain. - CARI
|
Ferr_Remy: Dlu iols pkai umobile, lega da tukar ke digi. Mmg teruk line die.
missinpiece replied at 27-3-2019 09:02 PM
Hahahaha tatau nak caye ke tidak yg rugi 3k tersebut
Elle_mujigae replied at 27-3-2019 06:48 PM
Kalau org meniaga,yg sentiasa nak kena ada internet sebaiknya kena ada backup line telco yg berbeza. ...
ADVERTISEMENT