CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ed Sheeran Mengaku Pernah Dibuli Kerana Warna Rambut, Berkaca Mata Dan Gagap

26-3-2019 10:45 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3561| Komen: 9|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Dia kini memilliki empat Anugerah Grammy tetapi suatu ketika dahulu penyanyi terkenal, Ed Sheeran, 28, mengakui pernah dibuli kerana warna rambut kuning kemerahannya itu.


Kredit foto: Carian Google

Penyanyi yang baru melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Cherry Seaborn mendedahkan bahawa di zaman persekolahannya beliau menangis hampir setiap hari kerana dibuli rakan sekolah disebabkan warna rambutnya, kaca mata dan gagap ketika bertutur.


Kredit foto: Youtube

Kerana rupa parasnya yang 'ganjil' dicaci, Ed Sheeran berkata dia berazam untuk berjaya dalam dunia muzik. Beliau mendedahkan perkara itu dalam temu bual dengan DJ Nihal dan Dave sempena kempen anti-perkauman anjuran kumpulan Love Music Hate Racism. 


'Muzik yang akhirnya mengubah diri saya menjadi lebih berkeyakinan.


Kredit foto: Youtube

'Saya selalu kelihatan ganjil dan tidak ada teman wanita sehinggalah saya dikenali kerana sering membawa gitar dan mula menyanyi,' kata Ed Sheeran lagi. 

Ed juga menambah, sekolah rendahnya penuh dengan para atlit yang jaguh bermain bola sepak sedangkan dia kaki bangku. Jadi, dia sering tersisih sehinggalah berada di sekolah menengah di mana bakatnya menyanyi dan bermain gitar menjadi tumpuan.


Kredit foto: Carian Google


Ed Sheeran kini bangga menjadi antara penyanyi paling laris di United Kingdom dan berkata hidupnya dengan isteri, Cherry bagaikan satu mimpi yang menjadi kenyataan. Untuk kempen itu, Ed Sheeran memberi nasihat kepada semua mangsa buli supaya bangga menjadi diri mereka sendiri.


Satu nasihat yang berguna daripada Ed Sheeran untuk mereka yang sering merasa disisihkan kerana rupa paras. - CARI
4

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Babanana 26-3-2019 12:00 PM
Mat saleh memanglah kalau ada orang red headed ni dorang rasa tak lawa. Macam rasa downgrade sgt, padahal orang melayu rasa dorang cantik je.
Quote Sang_Pencinta 26-3-2019 12:03 PM
Kenapa mat salleh diskriminasi golongan rambut kemerahan??
Quote Artemesiaa 26-3-2019 12:28 PM
Biasalah sebelum nak berjaya pasti akan banyak dugaannya.  Kalau ada bakat dan suara yang bagus pasti akan ada peminatnya.
Quote mieymiey 26-3-2019 12:48 PM
Comel jer gambar dia masa kecik tu dengan mata bulat cenggitu
Quote ikanmasin 26-3-2019 02:47 PM
buli ni mana2 negara pun sama jg tp kat luar negara tu sgt2 memudaratkan
sampai menyebabkan kematian pun ada..nsb baik dia ada kebaikan yg dia dpt..
yg membuli dl tu mst menyesal skrg ni..
Quote missflamingo 29-3-2019 10:50 AM
Hmmmm tak dapat beli tix concert heshe dah sold out
Quote annehuda 29-3-2019 03:28 PM
tp ed sheeran ni berasal dr keluarga yg kaya jugak sbnrnye
Quote Akumalas 31-5-2019 10:03 PM
Testing 123
Quote aammyy 17-6-2019 11:08 AM
Suka lagu heolls Castle on the hill. Lirik dia cerita nak balik kampung dia, pastu cerita psl kwn2 dia. Kwn2 dia actually kwn2 abg dia. Mmg meremang tiap2 kali dengar. Sbb benda tu pun kita lalui jugak, bila dah besar, pakat2 bawak haluan masing2.

Pastu lagu apa tah yg semua video heolls kecik2. Kecik2 lagi dah pakai spec.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.168169 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top