Hanya kerana dikejut dari tidurnya, seorang pengasuh bertindak membunuh seorang bayi dengan memaksanya meminum susu hingga mati kelemasan.
Memetik New York Post, kejadian di Maryland itu berlaku selepas bayi berusia lapan bulan berkenaan dikatakan mengganggu Oluremi Adeleye, 73, dari tidurnya. Berdasarkan laporan The Washington Post, wanita warga emas itu didakwa pada Isnin selepas mahkamah mendapati tertuduh melakukan penderaan dan menyebabkan kematian Enita Salubi pada 2016. Perbuatannya itu dirakam sebuah kamera kecil yang dipasang ibu bapa mangsa untuk memantau keselamatan anak mereka. Menerusi rakaman itu, Enita yang menggunakan 'walker' bayi dilihat menarik baju dan menepuk-nepuk kaki pengasuh berkenaan yang sedang berbaring di atas sofa. Berang tidurnya diganggu, Oluremi menyumbat botol susu ke dalam mulut mangsa hingga menghabiskan hampir lapan auns susu dalam masa kurang 30 saat sehingga bayi itu terjatuh dari walkernya. Namun, wanita itu dengan kejam mengangkatnya dan terus menyumbat botol kedua hingga bayi itu terdiam tidak bermaya. Sementara itu, Metro.co.uk melaporkan, Oluremi menegaskan dia hanya ingin memastikan bayi itu tidak kelaparan. Menurutnya, memaksa kanak-kanak untuk makan sudah menjadi kelaziman tempat asalnya di Nigeria. Oluremi sebelum itu menafikan perbuatannya dengan mengatakan dia tidak membuka penutup botol susu berkenaan ketika kejadian. Namun, dia kemudian mengubah pengakuannya selepas diberitahu terdapat bukti rakaman video mengenai kejadian itu. - CARI
|
6
Bagus |
4
Marah |
5
Terkejut |
5
Sedih |
5
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT