Menurut dokumen mahkamah, penyanyi Rihanna, 30, bakal menyaman bapanya kerana mencuri jenama 'Fenty' dan menggunakan untuk kepentingan perniagaannya sendiri.
Dalam salinan saman yang diperolehi TMZ, Rihanna mendakwa bapanya, Ronald Fenty telah membuka sebuah syarikat mencari bakat dinamakan Fenty Entertainment pada tahun 2017. Masalahnya trademark 'Fenty' telah lebih dahulu didaftarkan atas nama Rihanna dalam beberapa perniagaannya termasuk produk kecantikan, Fenty Beauty Line. Pihak Rihanna mengatakan bapanya cuba mengaut keuntungan berdasarkan reputasi anaknya. Dalam dokumen mahkamah tersebut, Rihanna mendakwa Ronald dan beberapa rakan perniagaannya telah mengaut berjuta dolar secara haram, termasuk mengiklankan kononnya Rihanna akan muncul dalam 15 konsert di Amerika Latin, tanpa pengetahuannya. Rihanna juga mahu rakan perniagaan bapanya membatalkan permohonan untuk menggunakan nama Fenty bagi rangkaian hotel yang akan dimulakan sedikit masa lagi. Difahamkan, peguam Rihanna telah menghantar beberapa notis amaran kepada Ronald, tetapi tidak dilayan. Rihanna kini memohon hakim untuk melarang bapanya daripada menggunakan trademark 'Fenty' dan membayar sejumlah ganti rugi. Sehingga kini, Ronald belum membuat sebarang kenyataan berkaitan saman anaknya itu. Masalah yang sebenarnya boleh diselesaikan 'diam-diam' bersama keluarga, tetapi melarat ke mahkamah. Mungkinkah ayah Rihanna hanya dipergunakan oleh rakan-rakan kongsinya? - CARI
|
13
Bagus |
5
Marah |
3
Terkejut |
6
Sedih |
7
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
armin replied at 18-1-2019 05:11 PM
Masalahnya kenapa bapaknya scam org. Dorg ni mmg gaduh ke?
Sang_Pencinta replied at 18-1-2019 05:19 PM
Tak dengar pun diorang bergaduh
Sang_Pencinta replied at 18-1-2019 12:46 PM
Confuse macam ni,
Fenty tu kan nama bapa dia, boleh ke trademark semula, atau kena saman curi tra ...
Orix replied at 19-1-2019 04:29 PM
sheols ni ad problem ke dgan ayah dia sendiri ala2 kelly clarkson n adele???
ADVERTISEMENT