CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3338|Reply: 9

Rihanna Saman Bapa Sendiri Kerana Curi Jenama Fenty

[Copy link]
Post time 18-1-2019 12:32 PM | Show all posts |Read mode
Menurut dokumen mahkamah, penyanyi Rihanna, 30, bakal menyaman bapanya kerana mencuri jenama 'Fenty' dan menggunakan untuk kepentingan perniagaannya sendiri.





Kredit foto: RadarOnline





Dalam salinan saman yang diperolehi TMZ, Rihanna mendakwa bapanya, Ronald Fenty telah membuka sebuah syarikat mencari bakat dinamakan Fenty Entertainment pada tahun 2017.





Kredit foto: Fenty Beauty





Masalahnya trademark 'Fenty' telah lebih dahulu didaftarkan atas nama Rihanna dalam beberapa perniagaannya termasuk produk kecantikan, Fenty Beauty Line.


Pihak Rihanna mengatakan bapanya cuba mengaut keuntungan berdasarkan reputasi anaknya. Dalam dokumen mahkamah tersebut, Rihanna mendakwa Ronald dan beberapa rakan perniagaannya telah mengaut berjuta dolar secara haram, termasuk mengiklankan kononnya Rihanna akan muncul dalam 15 konsert di Amerika Latin, tanpa pengetahuannya.





Kredit foto: Carian Google





Rihanna juga mahu rakan perniagaan bapanya membatalkan permohonan untuk menggunakan nama Fenty bagi rangkaian hotel yang akan dimulakan sedikit masa lagi. Difahamkan, peguam Rihanna telah menghantar beberapa notis amaran kepada Ronald, tetapi tidak dilayan.





Kredit foto: TMZ





Rihanna kini memohon hakim untuk melarang bapanya daripada menggunakan trademark 'Fenty' dan membayar sejumlah ganti rugi. Sehingga kini, Ronald belum membuat sebarang kenyataan berkaitan saman anaknya itu.


Masalah yang sebenarnya boleh diselesaikan 'diam-diam' bersama keluarga, tetapi melarat ke mahkamah. Mungkinkah ayah Rihanna hanya dipergunakan oleh rakan-rakan kongsinya? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2019 12:46 PM | Show all posts
Confuse macam ni,

Fenty tu kan nama bapa dia, boleh ke trademark semula, atau kena saman curi trademark?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 04:34 PM | Show all posts
Boleh trademark kan as business name, Lgpun ayah dia bukak company after Rihanna marketkan jenama Fenty.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya kenapa bapaknya scam org. Dorg ni mmg gaduh ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2019 05:19 PM | Show all posts
armin replied at 18-1-2019 05:11 PM
Masalahnya kenapa bapaknya scam org. Dorg ni mmg gaduh ke?

Tak dengar pun diorang bergaduh


Rasanya bapak dia ni lugu sampai kena tipu dengan investor yang mempergunakan nama Rihanna

Dia dah sign kontrak tak boleh buat apa2 lagik kot

Maybe Rihanna nak selamatkan keadaan
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2019 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 18-1-2019 05:19 PM
Tak dengar pun diorang bergaduh



Buat bisnes dgn anak je patutnya tak pyah investor2 lain ni. Tak pasal2 je scam org, kena saman bykjgk 75juta
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2019 10:23 PM | Show all posts
Mak pak mmg akan guna nama anak la. Anak saya anak saya   But mengaku jd wakil anak n buat deal dendiam  , melampau .


Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2019 04:29 PM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 18-1-2019 12:46 PM
Confuse macam ni,

Fenty tu kan nama bapa dia, boleh ke trademark semula, atau kena saman curi tra ...

spe daftar trademark dlu, dia punya hak la utk guna nama tu sbg nama produk/syarikat/dll ............ wlupun fenty tu asalnya nama apak dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2019 04:29 PM | Show all posts
sheols ni ad problem ke dgan ayah dia sendiri ala2 kelly clarkson n adele???
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2019 08:33 PM | Show all posts
Orix replied at 19-1-2019 04:29 PM
sheols ni ad problem ke dgan ayah dia sendiri ala2 kelly clarkson n adele???

katanya mmg ada masalah dari dulu lagi. ayah dia selalu mintak duit dari dia, lps tu pi mabuk & berjudi.

yg buat Rihanna saman apak sheol sbb apak sheol guna nama Rihanna utk tipu org dgn kata company yg dia bukak tu sister's company Fenty Beauty. tu yg Rihanna bengang. langsung sheol bukak file saman.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.055691 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list