"Jangan salah tafsir istilah 'sendu' yang saya maksudkan. Saya tak maksudkan 'sendu' tu bermakna anda bukan siapa-siapa."
Gara-gara dikecam hebat hingga ada penggiat seni terasa hati dan mahu memboikotnya, Datuk Seri Vida (DSV) tampil memberi penjelasan. Jutawan kosmetik itu meminta golongan artis supaya tidak mudah melatah dengan kenyataannya menggunakan istilah 'sendu' sebelum ini. "Ia merujuk kepada perbezaan anda dari zaman kegemilangan dan setelah anda tak gemilang. Kenapa nak terasa? "Kalau artis tu dah lama tak menyanyi, lama menyepi, lama menghilang dan lama tak muncul TV apa istilahnya tu? "Kalau saya salah, tolong betulkan. Bagi saya jawapannya" katanya kepada mStar Online. Terdahulu, DSV menegaskan dia tiada niat membuli artis demi kepentingan diri sendiri seperti didakwa Aishah. "Sebenarnya Aishah silap. Saya menaja itu satu platform, tapi nawaitu saya buat program ini dengan Michael Ang adalah untuk mengangkat artis yang sendu supaya mereka boleh cari makan balik. "Sekarang semua artis GV meletup-letup, sedangkan kalau artis nak naik ini memang susah, kena marketing tapi mereka dah dapat red karpet. "Daripada tak ada show buat show. Motif kita mahu menaikkan artis bukan membuli artis. Jadi, jangan ingat program ini hanya sekadar hiburan semata-mata, tidak ya," katanya. Malah, dalam kemas kini terbarunya di Instagram, DSV memaklumkan akan mengadakan sidang media petang ini bagi membuat penjelasan berhubung isu berlian pemberiannya. Semua orang memiliki pandangan dan terjemahan berbeza bagi sesuatu perkara. Jadi, berhati-hatilah sebelum berkata sesuatu kerana dikhuatiri akan menyinggung perasaan orang lain. Apa pula pandangan anda terhadap penjelasan terbaru daripada DSV ini? - CARI
|
62
Bagus |
35
Marah |
46
Terkejut |
19
Sedih |
38
Lawak |
31
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
talapia replied at 9-10-2018 11:15 AM
Makin lama makin terserlah bongkaknya DSV ni... tak pernah nak mengaku salah. Seburuk2 Datok Aliff t ...
kucingitam replied at 9-10-2018 11:22 AM
kau jangan bagi dia idea nak menyanyi nasyid lak weh..tak sanggup dgr sora dia terngiang2 mcm masa ...
talapia replied at 9-10-2018 11:38 AM
hahahaha...
ini pon aku dah bersyukur amat2 bole tengok GGV5 tanpa DSV tu. At least busuk2 perang ...
ADVERTISEMENT