Niat baik pelakon Lindsay Lohan, 32, cuba menyelamatkan dua kanak-kanak lelaki yang kononnya cuba diseludup sepasang suami isteri hampir berakhir dengan tragedi apabila rupa-rupanya suami isteri yang juga pendatang dari Syria itu sebenarnya ibu bapa kandung kepada kanak-kanak berkenaan.
Kredit Video: Youtube Dalam video tular yang dimuat naik Lindsay, dia kelihatan hanya menyedari kesilapannya selepas mendapat 'hadiah' daripada ibu kanak-kanak terbabit. Kejadian itu berlaku di Moscow, Russia, pada Jumaat lalu ketika pelakon berkenaan sedang membuat siaran langsung melalui akaun Instagramnya. Menurut TMZ, pada mulanya Lindsay kelihatan gembira dan cuba memperkenalkan keluarga pendatang Syria yang baru dikenalinya itu. Walau bagaimanapun, Lindsay tiba-tiba berasa curiga apabila melihat riak wajah kanak-kanak terbabit. Apabila keluarga itu cuba pergi meninggalkannya, Lindsay menjerit kepada kanak-kanak berkenaan untuk berlari menyelamatkan diri dan masuk ke dalam keretanya. Sambil menjerit meminta pertolongan, Lindsay menuduh pasangan suami isteri terbabit sebagai penyeludup kanak-kanak. Menggunakan kebolehannya berbahasa Arab, pelakon yang pernah tinggal beberapa tahun di Dubai itu menjerit memarahi pasangan berkenaan, "Kamu merosakkan budaya Arab, lepaskan kanak-kanak ini," jeritnya kepada pasangan terbabit. Dia juga cuba menenangkan kanak-kanak itu dengan menyatakan dia akan membantu mereka melarikan diri. Apabila dia masih tidak diendahkan, Lindsay cuba menarik tangan salah seorang kanak-kanak terbabit, tetapi wanita itu menumbuk mukanya dan memberitahu dia adalah ibu kandung kepada kedua budak lelaki berkenaan. Terkejut kena lempang, Lindsay kelihatan menangis dan menghentikan usahanya. Lindsay, kemudiannya dilihat meninggalkan lokasi itu. Sejurus kejadian itu, Lindsay memuat naik kata-kata 'Life is a series of tiny miracles, notice them' di IGnya dengan tanda pagar #helpothers. Nampaknya, niat baik Lindsay hampir memakan dirinya sendiri. - CARI
|
31
Bagus |
27
Marah |
26
Terkejut |
39
Sedih |
22
Lawak |
37
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
gerbera.memopad: Dia ni ada org bela kah? Siap travel sana sini & bukak beach club kat Greece. Bukan ada job berlakon pon. Hutang dia dulu berlambak kan.
Sang_Pencinta replied at 3-10-2018 11:15 PM
Kalau ikut gosip belah sana dia ni pun jenis bisnes 'kerang' utk jutawan arab.
gerbera.memopad replied at 7-10-2018 09:55 PM
oo patutlah tinggal bertahun kan dubai ke kat mana ntah. and gambar dia pegang Quran tu semata2 na ...
ADVERTISEMENT