CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3727|Reply: 14

Lindsay Lohan Ditumbuk, Tuduh Pendatang Syria Cuba Seludup Kanak-kanak

[Copy link]
Post time 2-10-2018 01:35 PM | Show all posts |Read mode
Niat baik pelakon Lindsay Lohan, 32, cuba menyelamatkan dua kanak-kanak lelaki yang kononnya cuba diseludup sepasang suami isteri hampir berakhir dengan tragedi apabila rupa-rupanya suami isteri yang juga pendatang dari Syria itu sebenarnya ibu bapa kandung kepada kanak-kanak berkenaan.



Kredit Video: Youtube


Dalam video tular yang dimuat naik Lindsay, dia kelihatan hanya menyedari kesilapannya selepas mendapat 'hadiah' daripada ibu kanak-kanak terbabit.


Kredit Foto: YourNewsWire



Kejadian itu berlaku di Moscow, Russia, pada Jumaat lalu ketika pelakon berkenaan sedang membuat siaran langsung melalui akaun Instagramnya.

Menurut TMZ, pada mulanya Lindsay kelihatan gembira dan cuba memperkenalkan keluarga pendatang Syria yang baru dikenalinya itu.

Walau bagaimanapun, Lindsay tiba-tiba berasa curiga apabila melihat riak wajah kanak-kanak terbabit.


Kredit Foto: Breitbart



Apabila keluarga itu cuba pergi meninggalkannya, Lindsay menjerit kepada kanak-kanak berkenaan untuk berlari menyelamatkan diri dan masuk ke dalam keretanya.

Sambil menjerit meminta pertolongan, Lindsay menuduh pasangan suami isteri terbabit sebagai penyeludup kanak-kanak.

Menggunakan kebolehannya berbahasa Arab, pelakon yang pernah tinggal beberapa tahun di Dubai itu menjerit memarahi pasangan berkenaan, "Kamu merosakkan budaya Arab, lepaskan kanak-kanak ini," jeritnya kepada pasangan terbabit.


Dia juga cuba menenangkan kanak-kanak itu dengan menyatakan dia akan membantu mereka melarikan diri.


Kredit Foto: Iconichipsters.com




Apabila dia masih tidak diendahkan, Lindsay cuba menarik tangan salah seorang kanak-kanak terbabit, tetapi wanita itu menumbuk mukanya dan memberitahu dia adalah ibu kandung kepada kedua budak lelaki berkenaan.

Terkejut kena lempang, Lindsay kelihatan menangis dan menghentikan usahanya. Lindsay, kemudiannya dilihat meninggalkan lokasi itu.


Kredit Foto: IG Lindsay Lohan




Sejurus kejadian itu, Lindsay  memuat naik kata-kata 'Life is a series of tiny miracles, notice them' di IGnya dengan tanda pagar #helpothers.


Nampaknya, niat baik Lindsay hampir memakan dirinya sendiri. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2018 01:50 PM | Show all posts
ah dulu pnh tgk vid lilo gaduh ngan ex fiance. Ai think sheols ada kecenderungan berdrama queen bagai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2018 01:54 PM | Show all posts
Lindsay Lohan memang drama saja memanjang
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 02:13 PM | Show all posts
aduhai....sib bek la cter mean girls tuh best ....
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Cian sheols kena tumbuk. niat dia baik tapi tersalah sangka..Ganas tol puak ni...cakap jela elok2 budak tu anak kandung.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2018 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ting tong ka apa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2018 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Sikit hari lg fatiya jd mcm ni la..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 11:32 AM | Show all posts
Sheols ni berlakon best tapi hanyut tak sedar-sedar. Britney tu pun dah boleh keluar dari kemelut hidup sheols, miley, and angelina semua boleh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2018 12:29 PM | Show all posts
mane tak kene tumbuk siap kejar lagi
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 12:51 PM | Show all posts
Dia ni ada org bela kah? Siap travel sana sini & bukak beach club kat Greece. Bukan ada job berlakon pon. Hutang dia dulu berlambak kan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2018 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
gerbera.memopad: Dia ni ada org bela kah? Siap travel sana sini & bukak beach club kat Greece. Bukan ada job berlakon pon. Hutang dia dulu berlambak kan.


Kalau ikut gosip belah sana dia ni pun jenis bisnes 'kerang' utk jutawan arab.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlu igt mati2 dia ni mcm dpt hidayah nak masuk islam.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 11:14 AM | Show all posts
motif tiba2 nak tarik anak orang suruh ikut sendiri. mesti mak dia dah cuba cakap itu anak sendiri, dah ko xnak dengar, dapat la pelempang sedas
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2018 09:55 PM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 3-10-2018 11:15 PM
Kalau ikut gosip belah sana dia ni pun jenis bisnes 'kerang' utk jutawan arab.

oo patutlah tinggal bertahun kan dubai ke kat mana ntah. and gambar dia pegang Quran tu semata2 nak tarik perhatian orka2 areb la yer.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2018 02:32 PM | Show all posts
gerbera.memopad replied at 7-10-2018 09:55 PM
oo patutlah tinggal bertahun kan dubai ke kat mana ntah. and gambar dia pegang Quran tu semata2 na ...

Pegang Quran tu pun  publisiti murahan dia jer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.075665 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list