Siapa yang teringin untuk memasak ayam persis ayam panggang, tapi tak memiliki ketuhar? Hanya dengan periuk nasi, hasrat anda boleh tercapai!
Resipi ayam yang dimasak menggunakan garam ini unik kerana ia dimasak menggunakan periuk nasi saja! Mari cuba resipi yang dipetik daripada portal berita EraBaru ini. Resipi ini pada asalnya telah dikongsikan oleh seorang pengguna YouTube. Mudah sahaja!
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (bergantung kepada saiz periuk nasi) 2 paket garam kasar 3 batang daun bawang (dipotong dua) 5 ulas bawang putih 1 tangkai bunga lawang 1 potong halia Sedikit pati Anggur 3 tangkai bunga lawang (ditumbuk kasar) 1 sudu besar lada hitam ½ sudu kecil garam Minyak masak Cara-cara: 1. Bersihkan ayam dan lumurkan dengan sedikit garam. Picit-picit seluruh bahagian ayam sehingga garam tersebut mesra. 2. Tuang sedikit pati atau perahan anggur ke atas ayam. Lumurkan sehingga rata di luar dan dalam ayam. 4. Toskan ayam untuk mengasingkan lebihan minyak masakan, pati anggur dan garam. 5. Setelah itu, masukkan bawang putih, daun bawang, halia dan setangkai bunga lawang ke dalam perut ayam. Ikat kedua-dua kaki ayam untuk menutup ruang yang terbuka. 6. Sediakan sekeping pembalut kerajang aluminium berdasarkan saiz ayam. Sapukan sedikit minyak di permukaan pembalut. 7. Kemudian, bungkuskan ayam dengan pembalut kerajang aluminium tadi dengan kemas. 8. Tuangkan dua paket garam kasar ke dalam kuali panas. Sangrai (goreng tanpa minyak) sebentar dengan api kecil. 9. Kemudian, campurkan tiga tangkai bunga lawang yang telah dihancurkan dan lada hitam dengan garam. Sangrai campuran garam, bunga lawang dan lada hitam itu sehingga kering. 10. Sapukan permukaan dalam periuk nasi dengan sedikit minyak masakan. 11. Tuangkan sebahagian campuran garam yang telah disangrai kedalamnya. Kemudian, masukkan ayam yang telah dibalut dengan kertas kerajang aluminium tadi ke dalam periuk nasi. Timbuskan ayam dengan sebahagian lagi garam sangrai tadi sehingga ayam tertutup sepenuhnya. 12. Masukkan periuk nasi ke dalam bekasnya. Tekan butang memasak sebagai mana proses memasak nasi lazim dilakukan. Biarkan selama kira-kira 35 minit. 13. Setelah masak, ayam bolehlah dipotong kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Siap dimakan! Anda juga boleh mengolah resipi di atas mengikut cita rasa masing-masing. Yang penting, pastikan ayam dibalut dalam kerajang aluminium dengan kemas. Jangan sampai terkoyak atau berlubang ya balutannya! Selamat mencuba! - CARI Kredit resipi: EraBaru
|
merrissa replied at 28-9-2018 01:36 PM
membazirnya garam bebanyak tuh....
nampak pon mcm x sdp je...hehe....kalo mcm gmbr 1st tu baru la ...
krustykrab replied at 28-9-2018 02:46 PM
hahha kejamnya komen chuols...tp betul la nmpk mcm tak memberangsangkan langsung
missDollie replied at 26-12-2018 01:15 AM
Pls jangan sangai garam kasar dalam kuali non stick..habis terhakis..guna kuali bodo jer la kalo nak ...
ADVERTISEMENT