Dua wanita parah ditetak dengan parang oleh seorang lelaki yang mendakwa kononnya disihir salah seorang daripada mangsa. Memetik Harian Metro, kejadian berlaku di sebuah rumah kongsi di Ladang Harus Abadi, Kinabatangan, malam Isnin lalu.
Mangsa, Bunga Sahade, 65, cedera di belakang kepala, bahu, tangan kanan dan siku kiri serta mengalami tulang patah, ibu jari tangan kiri luka dan patah serta hujung jari kiri putus, manakala Murni Yusup, 43, cedera di bahagian belakang kepala, luka dan patah pergelangan tangan kiri. “Hasil siasatan mendapati suspek dan mangsa pertama (Bunga) tinggal bersama dalam sebuah rumah kongsi, tetapi berasingan bilik. Mereka tiada hubungan pertalian keluarga. “Ketika kejadian, suspek dikatakan menyerang mangsa pertama ketika mencuci kuali di bahagian luar rumah manakala mangsa kedua (Murni) diserang ketika menutup jendela rumahnya,” kata Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat. Susulan laporan, polis menahan suspek warga Indonesia itu di lokasi kejadian pada 2.30 petang 24 April lalu. Polis turut merampas sebilah parang yang digunakan ketika menyerang mangsa. “Ujian air kencing suspek berusia 30 tahun itu positif dadah dan soal siasat mendapati dia menyerang mangsa kerana mendakwa berhalusinasi kononnya disihir salah seorang mangsa. “Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah,” katanya. - CARI
|
31
Bagus |
22
Marah |
15
Terkejut |
19
Sedih |
28
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT