CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Serpihan Ditemui Di Afrika Selatan Milik MH370 - Menteri Pengangkutan

12-5-2016 10:11 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 8996| Komen: 54

Oleh Izzah Abbasy

Siasatan terbaru mengenai serpuhan MH370, kerajaan Malaysia berterima kasih kepada Mozambique, Mauritius Afrika Selatan bagi bantuan yang diberikan berhubung siasatan.

Dua serpihan pesawat yang ditemui masing-masing di Afrika Selatan dan Pulau Rodrigues, Kepulauan Mauritius, disahkan hampir pasti milik penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang 8 Mac 2014.

Gambar hiasan

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan media pagi ini.

Jelas Tiong Lai hasil itu dirumuskan selepas Pasukan Penyiasatan Keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Annex 13 Malaysia, selesai menjalankan penyiasatan ke atas dua serpihan pesawat berkenaan.

"Pemeriksaan ke atas dua serpihan pesawat yang ditemui di Afrika Selatan dan Pulau Rodrigues, di kepulauan Mauritius, yang merupakan sekeping bahagian enjin dengan logo Rolls-Royce, serta panel dinding kabin dalam, dilakukan pasukan pakar antarabangsa di Australia.

"Selepas pemeriksaan keseluruhan, ICAO Annex Malaysia merumuskan kedua-dua serpihan adalah konsisten dengan panel yang ditemui pada pesawat Boeing 777, milik Malaysia Airlines," kata Tiong Lai dalam satu kenyataan.

Pengesahan ini juga adalah selari dengan pemeriksaan pada Mac, apabila pasukan penyiasat juga mengesahkan serpihan ditemui di Mozambique hampir pasti milik MH370.

Sehingga kini, kawasan pencarian sudah meliputi 105,000 kilometer per segi. - CARI Infonet

Kredit : Astro Awani




16

Bagus
19

Marah
13

Terkejut
13

Sedih
14

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote delsmomm 12-5-2016 10:55 AM
Ape laa dah jadi kat mayat2 penumpang..
Quote rospinki 12-5-2016 11:05 AM
hancur bekecai agaknya ...moga roh tenang disana

at least terjawab segala persoalan segala misteri

Quote eiman 12-5-2016 11:31 AM
senang cite, dah bole tutup kes,dah bole bayar pampasan.
Quote MariaClara 12-5-2016 11:45 AM
btol tu atleast kite tau btol terhempas kat sane...
Quote EvieWanKenobi 12-5-2016 11:52 AM
betul la agaknya citer makcik yang balik umrah dulu tu..
Quote idakamaruddin 12-5-2016 11:59 AM
kejap je masa berlalu dh 2 thn rupanye...

Quote eizarz 12-5-2016 01:07 PM
EvieWanKenobi replied at 12-5-2016 11:52 AM
betul la agaknya citer makcik yang balik umrah dulu tu..

makcik yg balik umrah..saje nk sedap kan cite je tu
Quote EvieWanKenobi 12-5-2016 01:10 PM
eizarz replied at 12-5-2016 01:07 PM
makcik yg balik umrah..saje nk sedap kan cite je tu

kann.. tak pepasal dah tergelak ni..
Quote kemaruk 12-5-2016 01:14 PM
Jadi teori diego garcia ape ntah tu kantoi le kan?
Quote Bell 12-5-2016 01:21 PM
"serta panel dinding kabin dalam" - This is interesting. Ini benda baru i.e. bahagian dlm badan kapal. Sebelum ini bahagian yg ditemui adalah external part. External part kita tak pelik sgt sebab bahagian ini yg bersentuhan dgn air. Kalau internal part bermakna badan kapal pecah. Kalau badan kapal pecah kenapa isinya tak dijumpai langsung. Beg-beg, seat cushions, pinggang mangkuk, etc, etc and of course mayat penumpang mesti terapung. Teori selama ini mengatakan MH370 membuat soft landing di atas air - badan kapal tak terjejas. Badan kapal dan segala isinya tengelam seketul - menyebabkan isinya yg disebutkan di atas tidak dijumpai.

????? makin pening.
Quote seb_baik 12-5-2016 01:38 PM
adakah smp bila2 kita xkan tau apa sbnrnya yg berlaku kpd mh370 ni. maksudnya knp dia turn back knp dia tuju sana bila depa mati n bla bla bla.... eager to know
Quote aurora273 12-5-2016 01:38 PM
Bell replied at 12-5-2016 01:21 PM
"serta panel dinding kabin dalam" - This is interesting. Ini benda baru i.e. bahagian dlm badan kapa ...

kannn... rasanya takde plak update pasal bhg dalaman kapal yg baru jumpa ni... bukan sepatutnya benda2 ringan mcm benda2 kecik terapung ke?
Quote blackwidowbae 12-5-2016 01:40 PM
Makcik rasa kasihan betul pada families deyolls~ sakitnya tuh disney~~

kannn memang pelik langsung tak jumpa seats ker luggage kerr, kraken makan sumer kerr~~

Quote kenarikelabu 12-5-2016 02:19 PM
aurora273 replied at 12-5-2016 01:38 PM
kannn... rasanya takde plak update pasal bhg dalaman kapal yg baru jumpa ni... bukan sepatutnya be ...

Terapung satu hal. Kompem bende2 tu akan hanyut dan terdampar di mana2 persisiran pantai kan.... Tapi, masalahnya takde pulak jumpa bnda2 tu...

Quote perembes 12-5-2016 02:37 PM
jd yg kat  pulau reunion  dlu tu mh370 juga ke
Quote wana89 12-5-2016 02:39 PM
Dah berlalu.. Dalam 2 tahun macam2 tragedi udara berlaku
Air asia crash,
Heli crash 2 kali.. Tahun lepas dan tahun ni..
Quote opie5662 12-5-2016 10:14 PM
Susah nk percaya....kalau betul pon kenapa afrika...g beijing lalu afrika ke....bg aku mh370 ni mmg ade konspirasi..allah je yg tahu...
Quote perang_candu 12-5-2016 10:53 PM
jadi cerita serpihan boeing ni nak menutup isu apa pulak kali ni?
Quote jalfa 12-5-2016 11:11 PM
sedihnya...nak cari bangkai heli kat batang lupar pun berminggu...inikan pula nak cari @mh370 yg jatuh dihujung dunia....dok imagine bgaimana mereka landing atas laut yg bergelora dan tenggelam.perlahan lahan....

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.064813 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top