CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

UMNO 70 Tahun! Najib Seru Jangan Biarkan Perbezaan Pendapat Cemar Parti

12-5-2016 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 2528| Komen: 22

Description: Najib menyeru seluruh anggota parti untuk tidak membiarkan perbezaan pendapat
Oleh Izzah Abbasy

Dalam meniti usia kematangan bersempena dengan ulang tahun ke-70 UMNO hari ini, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak seluruh anggota parti agar bersama-sama berdoa supaya perjuangan parti keramat ini terus diberkati Allah SWT.

"Insya-Allah, saya yakin selagi mana UMNO berdiri teguh, selagi itu orang Melayu akan terus kekal sejahtera dan membangun di bumi bertuah Malaysia ini. Selamat ulang tahun ke-70, UMNO," katanya.

Foto : Bicara.news


Najib menyeru seluruh anggota parti untuk tidak membiarkan perbezaan pendapat dan ketidaksefahaman mencemar keharmonian parti.

Perdana Menteri berkata sesuatu isu itu perlu diselesaikan secara matang dan berhemah.

"Ada yang memilih untuk tidak bersama UMNO dan membentuk parti baru, dan ada juga yang memilih untuk keluar masuk UMNO mengikut kehendak diri dan keadaan.

"Tetapi tidak mengapa, UMNO hormati keputusan mereka. Hal ini tidak sesekali mematahkan semangat juang UMNO malah mematangkan lagi kita semua," katanya dalam catatan terbaharu bertajuk 'UMNO 70 Tahun' dalam blognya www.najibrazak.com hari ini.

Katanya UMNO bermula dengan perjuangan mulia, melakukan desakan kepada kerajaan British untuk memansuhkan Malayan Union seterusnya membentuk Persekutuan Tanah Melayu.

"Peristiwa ini merintis laluan ke arah kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957," katanya. - CARI Infonet

Kredit : Bernama



29

Bagus
30

Marah
18

Terkejut
15

Sedih
19

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (135 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tungkai 12-5-2016 10:18 AM
Nak kata harus hangguk2 la ye?
Quote bit 12-5-2016 10:25 AM
Itu yg dia risau dia yg cemarkan parti x sedar
Quote bluehedgehog 12-5-2016 10:26 AM
yes sir
#respectmypm

Quote palmolive 12-5-2016 01:15 PM
Mari duaner 70 tahun..reti kira dok
Quote kemaruk 12-5-2016 01:23 PM
Ya.. ini yang kita nak..

Agree to disagree..

Terima kasih DS Najib kerana memperingatkan kami
Quote bluehedgehog 12-5-2016 01:31 PM
Ko yg gigih pecat sesiapa yg tegur anda..puih najib
Quote tagas 12-5-2016 02:47 PM
Butoh la lu
Quote namirulmukminin 12-5-2016 02:51 PM
palmolive replied at 12-5-2016 01:15 PM
Mari duaner 70 tahun..reti kira dok

2016 - 1987 = 70
Quote gaara_X 12-5-2016 02:53 PM
baru nak sedar ke.....ahaks!!...kat sana sedap je dok bejanji.....ahaks!!...tak nak tabut janji lg ko....
Quote palmolive 12-5-2016 09:33 PM
namirulmukminin replied at 12-5-2016 02:51 PM
2016 - 1987 = 70

Hahaha...puok ni bab ngira memang failed...
Quote bluehedgehog 12-5-2016 09:35 PM
Ele...pistol..rm50...nasi bungkus...ni je modal umno...pui
Quote ajinomotonosuga 14-5-2016 08:28 AM
umno dah tak relevan.. kalah besar kat kole kongsar ngan sungei beso kangi


faktor kekalahan ialah si kepit dan dugong nya!


tadak umno pun melayu leh dikari leh maju, melayu dok overc tadak bantuan apa pun tetap leh maju

fundamental nya ko baik, ko rajin, ko pintar dan paling utama ko percaya Allah tu maha esa, ni dah lebih dr cukup

umno dah tokleh guna modal perkauman so depa guna modal CASH IS KING, ringgit malaysia

kebas duit negara kasik kroni dan macai suh BELI SOKONGAN..tapi rakyat mesia masih ramai ADA MARUAH

BUKAN MACAM UMNO  united maruah nil organisation, organisasi tidak bermaruah kebangsaan !
manusia takdok maruah lagi hina dari babi kurap !!

sapa sokong umno depa sokong organisasi yang tadak maruah, takdok honor takdok dignity !! makna depa juga tergolong dalam kategori manusia tak punya maruah

agama islam letakkan manusia di tingkat maruah , kehormatan tertinggi, manusia kejadian tuhan paling baik!!

tapi manusia sendiri akan hina kan diri depa dan tidak merasai nya sebab sudah di kelabui IBLIS SYAITAN

depa itu ler syaitan berupa manusia! bohong demi bohong sampai belit diri, curi hak manusia lain di halalkan atas alasan negara bla bla bla

kendian angkut tok lebai ulama mufti suh sokong perbuatan zalim mereka

nanti ada yang balas kata tapi orang lain pun rasuah gakkk..bohong dan curi gak !! ahahahaaha bowdowww

oang lain makan taik ko pun nak makan taik? sapa ajar idup dalam dunia ni di suruh ikut orang lain sapa ajar?


lagi si jebon ni banyak songeh laaaagi oang meluat..sib baik dugong dia tak banyak cakap kalo tak kene boooo manjang

Quote ultra78 14-5-2016 08:32 AM
Ada perbezaan pendapat tak mengapa,asalkan aku masih jadi presiden dan tiada orang cabar aku

Quote bluehedgehog 14-5-2016 08:38 AM
kes mb kedah dan ganu
kes dedak jamal dan ali

dan

byk2 lagi
Quote sipendiam 14-5-2016 09:07 AM
+1 untuk logbook kebaikan bijan al-syumul


Quote dodolgemok 14-5-2016 10:00 AM
kemaruk replied at 12-5-2016 01:23 PM
Ya.. ini yang kita nak..

Agree to disagree..

Muhyidin, syafie apdal, mukhriz tegur terus kena buang. Agree to disagree kepala hangguk kau cai
Quote dodolgemok 14-5-2016 10:48 AM
sipendiam replied at 14-5-2016 09:07 AM
+1 untuk logbook kebaikan bijan al-syumul

Kahkahkah tersembur kopi o panas aku tgok logbook tersebut. Mesti dah bermuka2 kebaikan bijan dlm logbook kemaruk   
Quote bluehedgehog 14-5-2016 11:07 AM
dodolgemok replied at 14-5-2016 10:48 AM
Kahkahkah tersembur kopi o panas aku tgok logbook tersebut. Mesti dah bermuka2 kebaikan bijan dlm  ...


pistol
rm50
nasi bungkus
Quote safran 14-5-2016 11:10 AM
Eleh..1,271,000 orang dah sign tolak dia as PM...tak termasul 258000 yg borang kena reject

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.072439 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top