CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Air Tangan Ibu, segmen baru WHI sempena Ramadan

11-7-2013 01:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2581| Komen: 2



UMUM mengakui, masakan paling sedap ialah masakan ibu sendiri. Malah, setiap anak akan sentiasa merindui masakan ibu sekiranya terpisah lama.

Disebabkan gaya hidup terlalu sibuk, ibu yang berkerjaya tidak mempunyai masa terluang untuk bersama keluarga.

Malah, ibu-ibu juga menghadapi kesukaran dan kekangan masa untuk menyediakan hidangan.

Menyedari hakikat itu, Planta dengan kerjasama rancangan wanita popular, Wanita Hari Ini (WHI), memperkenalkan segmen Air Tangan Ibu, yang bertujuan memberi kesedaran kepada golongan ibu.

Segmen  ini juga turut menekankan kepentingan masakan di rumah dan menggalakkan masyarakat meluangkan lebih masa bersama keluarga.

Menurut Pengurus Jenama, Kategori Makanan dan Minuman Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Victor Leow, segmen itu dibawakan secara istimewa sempena Ramadan.

"Pada Ramadan, ahli keluarga biasanya berkumpul dan berbuka puasa bersama. Ia peluang bagi golongan ibu untuk memasak dan menjamu hidangan bersama keluarga tersayang.

"Selain itu, ia juga membolehkan keluarga mencipta detik-detik manis sambil mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga.

"Dengan cara inilah ibu dapat memikat hati anak-anak untuk terus menikmati hidangan dari air tangan ibu sendiri," katanya.

Untuk berkongsi pengalaman dan tips masakan, WHI juga turut menjemput dua selebriti iaitu Chef Anis Nabilah Umaruddin dan ibunya, Sharifah Bibi Md Ismail serta pelakon cantik, Ifa Raziah bersama ibu mertuanya, Khizan Zain.

Tambah Leow, planta bukan sekadar kandungan penting di dapur, malah ia juga membantu kaum ibu menyediakan makanan yang lazat dan berkhasiat.

"Tiada masakan dapat menandingi kualiti masakan ibu yang dilimpahkan dengan perisa cinta dalam setiap hidangan.

"Dengan adanya planta, masakan ibu lebih sedap dan tidak memerlukan masa yang lama untuk menyediakannya.

"Ini antara usaha kami  membantu golongan ibu yang menghadapi kekangan masa untuk memasak di rumah," katanya.

Dalam rancangan itu juga, Ifa Raziah dan ibu mertuanya turut menyediakan menu kegemaran keluarga mereka iaitu Nasi Goreng Planta.

Pengikat kasih sayang

Kolaborasi ini juga turut melambangkan persamaan nilai yang dikongsi Planta dan WHI iaitu menyerlahkan lagi kesucian kasih sayang ibu dan menerapkan nilai kekeluargaan.

Menurut Penerbit Eksekutif Wanita Hari Ini, Siti Hatija Yusoff, TV3 terutamanya di WHI sentiasa mengetengahkan kepentingan kekuatan perhubungan antara keluarga.

"Dalam segmen Air Tangan Ibu ini, ia bukan sekadar  'pengikat' kasih sayang anak dan ibu, malah suami dan isteri.

"Segmen ini juga turut berkongsi resipi istimewa selebriti bersama ibu mereka termasuk Tasha Shilla dan Nabil untuk berbuka dan sahur," katanya.

Bermula 8 Julai hingga 6 Ogos, penonton WHI dapat menikmati segmen ini di TV3, pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 12 tengah hari.

Segmen ini juga akan terus dipaparkan dalam sembilan episod WHI. Setiap episod, WHI akan menjemput seorang selebriti untuk berkongsi pengalaman air tangan ibu.  


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 11-7-2013 12:10 PM
segmen coli dan spender tk de plak ye...
Quote pestol 11-7-2013 12:53 PM
pakwetizzaqyah posted on 11-7-2013 12:10 PM
segmen coli dan spender tk de plak ye...

xpaham la dik commnent apa ni bulan2 pose

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.228053 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top