CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11478|Reply: 0

[Tempatan] Malaysia alami kelunturan terumbu karang besar-besaran - DOF

[Copy link]
Post time 23-6-2024 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kelunturan terumbu karang hingga kelihatan putih dan tak bernyawa seperti ini dibimbangi semakin banyak berlaku di perairan negara. - Adobe Stock

KUALA LUMPUR: Terumbu karang di negara ini sedang mengalami isu kelunturan besar-besaran 'mass coral bleaching' akibat peningkatan suhu permukaan laut yang boleh memberi implikasi serius terhadap biodiversiti marin, perikanan terumbu karang dan pelancongan di Malaysia

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu dikenal pasti melalui bantuan dan laporan diterima daripada badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, operator selam skuba dan penyelam skuba serta pemantauan kelunturan karang yang dijalankan NGO dan penyelidik tempatan.

DOF juga sedang memantau rapi beberapa tapak Kepulauan Taman Laut susulan lebih 50 peratus terumbu karang terjejas dan berdasarkan tinjauan dijalankan dari April hingga Jun, antara kawasan itu ialah Pulau Payar, Kedah; Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Tenggol di Terengganu; Pulau Tioman, Pahang dan Pulau Pemanggil, Johor.


"Kebanyakan terumbu yang terjejas berada di perairan cetek kurang 10 meter. Tapak ini sedang dipantau rapi oleh DOF dan pelbagai pihak untuk mengesan perubahan dalam situasi kelunturan," menurut kenyataan itu.

Kelunturan karang adalah tindak balas semula jadi karang terhadap tekanan alam sekitar sehingga menyebabkan batu karang menjadi putih manakala kelunturan secara besar-besaran merujuk kepada kelunturan berskala besar pelbagai spesies batu karang di kawasan luas disebabkan kenaikan suhu air laut melebihi paras purata normal suhu tahunan dalam tempoh berpanjangan.

Mengenai tindak balas menangani perkara itu, DOF bekerjasama dengan wakil dari Sabah dan Sarawak serta penyelidik tempatan dan NGO untuk menubuhkan Malaysia Coral Bleaching Response Committee (MCBRC) bagi mengumpul maklumat dan mengambil tindakan terhadap kelunturan karang.

"Jika kelunturan melebihi 80 peratus, tindakan intervensi lanjut pengurusan mungkin termasuk sekatan akses sementara untuk melindungi terumbu yang terjejas.

"Bagaimanapun, DOF memberi jaminan kepada semua pihak berkepentingan bahawa seboleh-bolehnya, gangguan kepada aktiviti pelancongan yang disebabkan oleh intervensi pengurusan ini akan diminimumkan," menurut kenyataan itu.

Menurut DOF ia untuk mengurangkan tekanan yang disebabkan oleh terumbu yang sudah lemah bagi memastikan kelangsungan hidup organisma marin pada masa depan.
DOF turut menggesa semua pihak melaporkan sebarang kemunculan kelunturan karang serta menyeru penglibatan awam untuk membantu bersama-sama meminimakan kesan kelunturan karang.

Pengusaha pelancongan di pulau-pulau Taman Laut juga digalakkan mengawal jumlah pelancong yang terlibat dalam aktiviti rekreasi air bagi mengurangkan tekanan ke atas terumbu karang.

"Pelancong harus mengelak kawasan yang sesak dan sebarang sentuhan fizikal terhadap batu karang semasa aktiviti air, mengurangkan penggunaan plastik sekali pakai, membuang sisa sampah dengan betul dan melaporkan penemuan kelunturan karang kepada DOF atau pihak berkuasa berkaitan," menurut kenyataan itu.

Proses pemulihan karang yang mengalami kelunturan boleh mengambil masa beberapa minggu sehingga beberapa bulan, namun usaha pemantauan akan dijalankan secara berterusan.
"Pelan tindakan telah disediakan dan maklumat lanjut akan diberikan apabila ia tersedia," menurut kenyataan itu.

Kepentingan ekonomi dan ekologi terumbu karang adalah untuk menyediakan habitat dan tempat pembiakan sehingga satu pertiga daripada spesies marin dan menurut kajian DOF, nilai ekonomi Taman Laut yang sebahagian besar dikelilingi ekosistem terumbu karang berjumlah RM8.7 bilion setahun melalui pelbagai perkhidmatan ekosistem.
-- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Bangi rekod angka penduduk tertinggi
mojarean_XBangi rekod angka penduduk tertinggi
Views : 8399 Replies : 37
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 77196 Replies : 3179
Suami kecewa isteri yang dinikahi selama ini rupanya lelaki
mojarean_XSuami kecewa isteri yang dinikahi selama
Views : 9962 Replies : 48
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 11689 Replies : 89
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 266593 Replies : 6676
Clash of Titan:TMJ tak puashati MFL kurangkan denda Selangor FC.Sindir Sultan Selangor?
YgBenarClash of Titan:TMJ tak puashati MFL kura
Views : 9658 Replies : 44
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 33387 Replies : 267
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 13038 Replies : 17
Apakah Views Dari Tingkap Tepi Katil Anda?
ipes2Apakah Views Dari Tingkap Tepi Katil And
Views : 10831 Replies : 46
Laptop HP ProBook 450 Untuk Dijual
MarkChulbuliLaptop HP ProBook 450 Untuk Dijual
Views : 5151 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.081761 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list