CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13579|Reply: 9

[Tempatan] Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal (STSS) disebarkan terutamanya melalui titisan daripada mukosa hidung atau tekak, dan melalui sentuhan dengan luka.KKM berjaga jaga.anda bersedia?

[Copy link]
Post time 21-6-2024 05:09 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 21-6-2024 07:39 AM

PUTRAJAYA – Malaysia akan mendapatkan maklumat dan input berkaitan kes Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal (STSS) yang melanda Jepun daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).



Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, segala input diperoleh itu adalah bagi memastikan Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan langkah kawalan pencegahan di negara ini.

“Kita belum dapat apa-apa maklumat atau perkembangan (kes itu), mungkin juga kita memerlukan input daripada WHO dan ia sangat mustahak.

“… apabila kita ada dapat ‘heads up’ ataupun perkembangan (kes itu) dan kita akan seterusnya ambil langkah kawalan.

Setakat ini, (kes itu) ia belum sampai lagi kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan atau ‘infection division’ (Bahagian Kawalan Penyakit) kita,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan myBRP@CKAPS di sini pada Khamis.

Jepun dilaporkan mencatatkan kes STSS melebihi 1,000 pada 2024, lapor Xinhua yang memetik Institut Penyakit Berjangkit Nasional (NIID).

STSS juga dikenali sebagai jangkitan streptokokus invasif teruk, adalah penyakit yang bermula secara tiba-tiba yang disebabkan oleh Streptokokus Kumpulan A.

Gejala awal biasanya termasuk sakit tekak, demam, hilang selera makan, cirit-birit, muntah dan masalah gastrousus lain, serta gejala septik seperti tekanan darah rendah

Jika tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan kerosakan tisu lembut, kegagalan pernafasan, kegagalan hati, kegagalan buah pinggang dan kegagalan pelbagai organ dengan kadar kematian melebihi 30 peratus

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2024 07:20 AM | Show all posts
ahhh sudahhh......
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
macam macam
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 10:16 AM | Show all posts
perlu tak keluarkan larangan ke/dari nippon?




Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 10:43 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 02:38 PM | Show all posts
back to pakai mask la kita..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2024 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 21-6-2024 10:16 AM
perlu tak keluarkan larangan ke/dari nippon?

potong keparer???-mat jepang
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sma dlm umah ni bergilir2 amik turn tuk cirit birit..kusut dah aku...tah2 sb virus nihhh..huwaaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2024 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke strep ni akan trigger ocd/tourette syndrome?


Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari mana asal bakteria strep ni? Najis?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.070110 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list